PAS HANTAR TIGA WAKIL TONTON LAKONAN SAUK
Laporan TARMIZI MOHD JAM


Kuala Lumpur, Isnin 14 Ogos: PAS akan menghantar tiga wakil parti itu untuk
menyaksikan lakonan semula pemunggahan senjata yang dirompak ke dalam tiga
Pajero pada 18 Ogos ini.
Tiga wakil PAS ialah Presidennya, Ustaz Fadhil Mohd Noor, Naib Presiden,
Hassan Shukri dan Ketua Pemuda, Mahfuz Omar.
Mahfuz dan Hassan ketika berceramah di Markaz PAS Taman Melewar semalam,
memberitahu hadirin, pihaknya akan mengajukan pelbagai soalan kepada pihak
berkuasa berkenaan pelbagai tandatanya yang tercetus dalam Tragedi Sauk.
PAS terus menegaskan supaya satu Suruhanjaya Bebas Diraja dibuat untuk
menyiasat Tragedi Sauk ini bagi menggantikan Kertas Putih. Ia bertujuan
untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan pasukan
keselamatan dan meredakan "kepanasan" politik Malaysia.

ABU HASSAN JATUH AKIBAT FITNAH UMNO
Laporan TARMIZI MOHD JAM


Kuala Lumpur, Isnin 14 Ogos: PAS menyifatkan apa yang sering dituduh oleh
pemimpin utama Umno selama ini, kononnya parti itu dan rakan-rakan parti
dalam komponen BA sebagai pemfitnah dan pengadu-domba akhirnya menikam diri
mereka semula, apabila Menteri Besar Selangor, Abu Hassan Omar meletakkan
jawatan ekoran fitnah dari surat layang dan surat terbang yang dijaja ke
seluruh negeri berkenaan.
Akibat tragis dari sebaran surat layang dan surat terbang itu, Abu Hassan
yang dianggap bersih oleh kalangan perwakilan Umno kecundang untuk menangkis
dan berpencak silat membenamkan segala tuduhan yang terkandung berkenaan
sumbang mahram atau skandal seksnya dengan adik ipar sendiri.
Naib Presiden PAS, Senator Hassan Shukri mendedahkan, kerja-kerja memfitnah
ini bukan dilakukan oleh pembangkang atau PAS, tetapi ia dijalankan secara
sistematik dari dalam badan Umno sendiri bagi tujuan untuk menjatuhkan
seseorang pemimpin.
"Siapa yang bua! t fitnah? Bukankah kalangan ahli-ahli dan pemimpin Umno
sendiri yang sering menabur fitnah sesama sendiri dalam permainan politik
dalaman mereka," tegas Senator Hassan lagi.
Beliau yakin, fitnah yang sering dilemparkan kepada PAS pasti akan dibalas
oleh Allah SWT pada suatu masa nanti, kepada penyebar fitnah itu. Sekalipun
katanya, PAS dan para pemimpinnya sering difitnah, tetapi yang menjadi
mangsa fitnah di dalam Umno terus jatuh tersungkur buat selama-lamanya.
Abu Hassan adalah mangsa surat layang dan surat terbang tetapi perletakkan
jawatannya mendedahkan spekulasi rakyat tentang kaitannya dengan isu skandal
seks yang hangat diperkatakan sekarang. Sebelum ini, Anwar Ibrahim juga
dimangsakan ekoran sebaran surat layang tetapi ianya dipandang serius dan
diambil tindakan. Hal yang sama tidak dibuat keatas Abu Hassan atas
sebab-sebab politik.
Beliau berkata demikian dalam ceramah PAS mengulas isu perletakkan jawatan
MB Selangor itu ! di Markaz PAS Taman Melewar semalam. Hampir 8 ribu hadirin
merasa lega tanpa "ganguan" pihak polis dan pembesar suara kembali pulih dan
bergema memecah kesunyian Taman Melewar.

PERLETAKKAN JAWATAN MB SAHKAN TUDUHAN
Laporan TARMIZI MOHD JAM


Kuala Lumpur, Isnin 14 Ogos: Tindakan Abu Hassan Omar melepaskan jawatan
Menteri Besar Selangor makin mengesahkan cerita-cerita yang disebarkan
melalui surat layang dan surat terbang kononnya beliau melakukan sumbang
mahram dengan adik iparnya. Kegagalan beliau mempertahankan diri dalam
tuduhan berkenaan, akan mencemarkan maruah dan kewibawaannya, sekiranya
beliau terus membisu dan berlapang dada atas perletakkan jawatan itu.
Mahfuz Omar ketika memberikan ucapan kepada hampir 8 ribu hadirin di Markaz
PAS Taman Melewar semalam melahirkan rasa hairan dengan sikap dan tindakan
"lembut" Abu Hassan yang hanya menangkis tomohan dan fitnah liar dari
kalangan ahli-ahli Umno Selangor itu dengan hanya "meletakkan jawatan" tanpa
membela diri atau mengambil tindakan mahkamah untuk membersihkan nama dan
imej beliau.
Ketua Pemuda PAS Pusat itu turut mempersoalkan sikap Mahathir dan beberapa
pemimpin utama Umno yang lain, yang menyifatkan tuduh! an skandal seks yang
dihadapkan kepada Abu Hassan itu hanya berupa isu peribadi dan fitnah
semata-mata.
"Ooooo..! Masa nak seret Anwar dulu, depa kata itu betui. Mahkamah belum
putus pertuduhan malah belum habis polis siasat, Mahathir sudah kata Anwar
bersalah. Tapi bila kena dekat Abu Hassan, itu fitnah. Itu masalah peribadi.
Hampa bila kena dekat kroni hampa, tak apa. Tapi bila kena dekat musuh
politik hampa, hampa guna mahkamah untuk jatuhkan," sindir Mahfuz dalam
loghat Kedah, sambil disambut tepukkan gemuruh hadirin.
Mahfuz mahu pihak polis dan Peguam Negara membuat siasatan terhadap dakwaan
yang dibuat ke atas Abu Hassan itu. Ini kerana katanya, penahanan dan
pemenjaraan Anwar juga adalah bermula dari surat layang dan hal yang sama
juga sudah terjadi ke atas Abu Hassan, seorang pemimpin Umno yang dianggap
"Mr. Clean" dan amat dipercayai oleh Mahathir akan kepemimpinannya.
Turut berceramah, Naib Presiden PAS, Hassan Shukri dan ! dua ADUN PAS
Selangor, Ustaz Solehin Mohyi dan Dr. Shafie Abu Bakar. Pasukan polis FRU
yang lazim berkampung bersebelahan Taman Melewar sewaktu PAS atau KeAdilan
menganjurkan ceramah di markaz ini, tidak kelihatan malah pembesar suara di
luar dewan dapat berfungsi seperti sediakan dengan "gema" yang meyakinkan.
Para hadirin kelihatan gembira dan berpuas hati dengan ketiadaan pihak polis
"mengganggu" perjalanan ceramah.

PERTEMUAN DENGAN TAN SRI MUSA HITAM
Laporan TARMIZI MOHD JAM


Kuala Lumpur, Isnin 14 Ogos: Satu pertemuan dan perbincangan khusus mengenai
isu-isu hak asasi manusia di negara ini akan diadakan pada 22 Ogos ini.
Selembar surat jemputan yang difakskan ke Pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat di
Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, yang ditandatangani oleh Pengerusi
SUHAKAM, Tan Sri Musa Hitam turut mengundang seramai 25 orang wakil-wakil
pemuda dari semua parti komponen BA.
Demikian diumumkan oleh Mahfuz Omar ketika memberikan ucapan di Markaz PAS
Taman Melewar semalam. Menurutnya, Dewan Pemuda PAS Pusat sudah mengutus
surat untuk mengadakan pertemuan SUHAKAM sejak tiga bulan dulu.
Respon yang diterima dari Tan Sri Musa amat mengembirakan apabila beliau
bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Pemuda PAS malah, lanjutan surat
jemputannya juga turut menjemput semua wakil-wakil pemuda parti-parti
komponen BA.
Katanya, pihaknya akan menyediakan satu memorandum terperinci bagi
dibincangkan bersama! dalam pertemuan itu kelak, berkenaan dengan isu-isu
undang-undang dan kenegaraan yang meragut hak asasi manusia disamping
isu-isu lain yang difikirkan perlu.


SEMUA CALON MB SELANGOR TIDAK LAYAK
Laporan TARMIZI MOHD JAM


Kuala Lumpur, Isnin 14 Ogos: Kesemua calon-calon yang bakal ditabalkan
sebagai Menteri Besar baru Selangor adalah terdiri dari pemimpin Umno yang
"hilang kelayakkan" untuk menduduki kerusi keramat itu, berikutan perletakan
jawatan MB oleh Abu Hassan Omar secara "mengejut" minggu lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Besar, Ustaz Solehin Mokhyi
menyifatkan nama-nama yang dihantar oleh Badan Perhubungan Umno Selangor
baru-baru ini tidak memenuhi kehendak Mahathir yang menginginkan seorang
pemimpin yang
"layak" mengikut kaca mata beliau.
Ustaz Solehin mengingatkan kepada hampir 8 ribu hadirin di Markaz Tarbiyyah
PAS Taman Melewar, dengan kenyataan terbuka Mahathir sewaktu pelepasan
jawatan Menteri Besar oleh Muhamad Muhd Taib tiga tahun dulu, kununnya hanya
Abu Hassan Omar sahaja yang layak dan perlu diturunkan ke DUN bagi
membolehkan beliau ditabalkan menjadi Menteri Besar, menggantikan Muhamad
Muhd Taib.
Kata Mahat! hir, calon-calon dari kalangan wakil rakyat di Selangor semuanya
tidak layak dan hanya Abu Hassan sahaja yang dianggap "layak" bagi mengisi
kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Muhmad Muhd Taib itu. Ini sekaligus,
kata Ustaz Solehin, Mahathir telah menghina wakil-wakil rakyat di Selangor
pada masa itu sebagai tidak layak dan untuk itu, satu pilihanraya kecil
telah diadakan bagi membolehkan Abu Hassan bertanding kerusi DUN untuk
tujuan mengisi jawatan Menteri Besar yang dikosongkan itu.
"Bukankah nama-nama yang dihantar kepada Perdana Menteri itu, juga adalah
nama-nama wakil rakyat yang telah dianggap
"tidak layak" oleh Mahathir tiga tahun dulu?" tanya Ustaz Solehin dan
disambut tepukan gemuruh para hadirin.
Menurut beliau lagi, Umno Selangor kini sedang menghadapi krisis dalaman
yang makin teruk dan Mahathir pastinya akan memilih MB yang baru dari
kalangan mereka yang "bermasalah" dan boleh menurut kehendaknya.
Abu Hassan meleta! kkan jawatan MB Selangor minggu lalu atas sebab-sebab
kesihatan dan menumpu perhatian terhadap keluarga. Bagaimanapun, rakyat
Selangor khususnya tertanya-tanya apakah perletakkan jawatan itu berkait
dengan isu skandal seks sumbang mahram antara beliau dan adik iparnya atau
adanya tekanan politik dari PM.
Ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu khusus mengenai isu perletakkan
jawatan Abu Hassan Omar sebagai MB Selangor. Turut memberikan ucapan ADUN
Kajang, Dr. Shafie Abu Bakar, Ketua Pemuda PAS Pusat, Mahfuz Omar dan Naib
Presiden PAS, Hassan Shukri.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke