*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum sdr..
Terimakasih saya ucapkan dgn bantuan saudara.
Wassalam.
>From: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Hakikat Nur Muhammad
>Date: Wed, 16 Aug 2000 15:41:43 GMT
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
>{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
>{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum yang dikasihi.......
>
>Izinkan saya mengambil kesempatan ini dalam memberi pandangan dan maklumat
>berkenaan dengan tajuk yang dikemukakan ini.
>
>Namun, dalam pada itu... saya hanya sekadar memberi huraian yang asas
>kepada pemahaman demi untuk memudahkan saudara/i rakan netters mengetahui
>secara basic, apa dia yang dikatakan Hakikat Nur Muhammad / Hakikat
>Muhammadiyyah.
>
>Untuk mengetahui huraian yang lebih mendalam, adalah dianjurkan saudara/i
>rakan netters berguru dengan guru yang mursyid (ahli di dalam tasauf).
>
>InsyaAllah.......
>
>AJLAQ
>
>
>
>
> HAKIKAT NUR MUHAMMAD MENURUT ISLAM
>
>
>
>� Pendahuluan
>
>
>Berhubung dengan konsep "Nur Muhammad" telah lama dibincangkan dan
>diperkatakan oleh ramai umat Islam di Malaysia dan di Nusantara ini. Ada
>segolongan umat Islam menerima konsep tersebut dengan mengemukakan
>hujah-hujah tersendiri. Manakala segolongan yang lain menolaknya dan tetap
>tidak boleh menerimanya dengan mengemukakan hujah-hujah dan dalil-dalil
>tersendiri pula.
>
>
>� Erti Nur Muhammad
>
>
>Perkataan "Nur" berasal dari Bahasa Arab "An-Nur" bermaksud cahaya atau
>sinaran, lawan kepada perkataan gelap. Nur juga merupakan sebahagian dari
>sifat Allah, seperti mana yang disebut dalam Al-Qur'an, bermaksud :
>
>
>"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah
>adalah seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita
>besar. Pelita itu di dalam kaca, (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang
>bercahaya) seperti mutiara yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang
>banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur
>dan tidak di sebelah baratnya. Yang minyaknya sahaja hampir-hampir
>menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya
>(berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia
>kehendaki dan Allah memperbuat perbandingan bagi manusia, dan Allah Maha
>Mengetahui segala sesuatu."
>
>[An-Nur : 35]
>
>
>Manakala "Muhammad" yang dimaksudkan di sini ialah Nabi Muhammad SAW, Nabi
>akhir zaman yang diutus oleh Allah Ta'ala untuk seluruh umat manusia dan
>baginda dari bangsa Arab kabilah Quraisy yang dilahirkan di Makkah.
>
>Apabila kedua-dua perkataan di atas digabung sekali menjadi sebutan "Nur
>Muhammad", maka bagi segolongan yang percaya kepada konsep Nur Muhammad,
>mereka berkata ia bermaksud "Roh Nabi Muhammad" atau "Hakikat Muhammad"
>yang dianggap makhluk Allah yang mula-mula dijadikan dan semua makhluk yang
>ada di langit dan di bumi dijadikan daripada Nur Muhammad tersebut, serta
>segala makhluk yang ada ini dijadikan adalah kerana Nabi Muhammad. Kalau
>tidak kerana baginda, makhluk tidak akan dijadikan.
>
>Ada banyak kita sama ada di dalam bahasa Arab atau Melayu (jawi dan rumi)
>menulis dan memperkatakan perkara ini seperti "Kitab Hikayat Nur Muhammad"
>dan sebagainya. Ramai penulis menyebut bahawa Hikayat Nur Muhammad ini
>memang masyhur dan popular diperbincangkan sewaktu keagungannya kerajaan
>Islam di Acheh dan di Melaka lagi, dan ia terus tersebar atau diperkatakan
>orang sampai ke hari ini.
>
>Bagi golongan yang menyokong kewujudan Nur Muhammad, mereka mengatakan ia
>ada kaitan dengan apa yang dipanggil "Martabat Tujuh" @ "Wahdatul Wujud"
>yang membicarakan asal kejadian alam ini, dan ada kaitan dengan cara bagi
>meningkatkan kefahaman Tauhid.
>
>
>� Kisah Tentang Nur Muhammad
>
>
>Kisah Nur Muhammad mempunyai kaitan rapat dengan tiga perkara penting iaitu
>pertama; Nur Muhammad adalah makhluk Allah yang mula-mula sekali dijadikan.
>Tidak ada makhluk Allah yang mendahului kewujudan Nur Muhammad.
>
>Kedua; Nur Muhammad adalah punca segala kejadian makhluk atau dengan kata
>lain makhluk keseluruhannya dijadikan dari Nur Muhammad sama ada melalui
>Nur Muhammad secara d'airat atau melalui peluhnya.
>
>Ketiga; dikatakan kerana Muhammad SAW segala makhluk dijadikan jika tidak
>kerana Muhammad SAW, makhluk tidak dijadikan Allah.
>
>
>� Pandangan Golongan Yang Menyokong
>
>
>Di bawah ini dijelaskan konsep Nur Muhammad mengikut golongan yang
>menyokong.
>
>Cerita berhubung dengan konsep Nur Muhammad ini ada bermacam-macam dan
>berbagai-bagai tafsiran, tidak ada persamaan di antara satu dengan yang
>lain. Di antara cerita-cerita itu ialah :
>
>
>1. Syaikh Ab. Razak menyebut bahawa Rasulullah SAW memberitahu Jabir
>sesungguhnya Allah mencipta Nur Nabi Muhammad SAW daripada Nur-Nya sebelum
>dijadikan makhluk-makhluk lain. Sebelum dijadikan Luh Mahfuz, Qalam,
>Syurga, Neraka, Malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, manusia, jin dan
>sebagainya. Dikatakan apabila Allah hendak mencipta makhluk, dibahagikan
>Nur Muhammad kepada empat bahagian, dari bahagian pertama dijadikan Qalam,
>dari bahagian kedua dijadikan Luh Mahfuz, dari bahagian ketiga dijadikan
>Arash. Kemudian dibahagi bahagian keempat kepada empat bahagian lain,
>bahagian pertama dijadikan Malaikat yang memikul Arash Allah, bahagian
>kedua dijadikan Kursi Allah, bahagian ketiga dijadikan para Malaikat yang
>lain. Kemudian bahagian yang keempat itu dibahagi lagi kepada empat bahagi
>lagi kepada empat bahagian dari bahagian pertama dijadikan tujuh petala
>langit, bahagian kedua dijadikan tujuh petala bumi, dari bahagian ketiga
>dijadikan Syurga dan Neraka. Kemudian bahagian yang keempat dibahagi lagi
>kepada empat, bahagian; pertama dijadikan cahaya pandangan orang mukmin,
>dari bahagian kedua dihadikan cahaya hati mereka untuk dapat mengenali
>Allah. Dari bahagian ketiga dijadikan cahaya manusia (Nurul Insan) iaitu
>Tauhid "La ilaha ilallah, Muhammad Rasulullah SAW".
>
>Manakala di dalam kitab "Kasyfu al-Ghaibiyyat" karangan Syeikh Zainal
>Abidin Patani menyebut cerita yang berbeza dari di atas katanya, Allah
>menjadi sepohon pokok ada empat cabang dinamakan pokok Al-Muttaqin atau
>Al-Yaqin, kemudian dijadikan Nur Muhammad dalam hijab dari permata putih
>menyerupai burung merak. Burung itu bertasbih di atas pokok tersebut selama
>70 ribu tahun. Apabila ia melihat rupanya di dalam cermin dan malu kepada
>Allah lalu berpeluh sebanyak enam titik. Dari titik pertama jadi Roh Abu
>Bakar As-Siddiq, titik kedua jadi Roh Umar Al-Khattab, dari titik ketiga
>jadi Roh Uthman Ibn Affan dari titik keempat jadi Roh Ali bin Abi Talib
>KWJ, titik kelima jadi pokok bunga mawar dan titik keenam jadi padi.
>Kemudian Nur itu (Burung Merak) sujud sebanyak lima kali yang menyebabkan
>wajib sembahyang lima kali. Kemudian ia menilik kali kedua dan berpeluh
>lagi. Dari peluh hidungnya dijadikan Malaikat, dari peluh muka dijadikan
>Arash, Kursi, Luh Mahfuz, Qalam, Matahari, bulan, bintang-bintang dan
>benda-benda di langit. Dari peluh dadanya dijadikan para Nabi,
>Ulama'-ulama' Syuhada' dan orang-orang soleh. Dari peluh belakangnya
>dijadikan Baitul-Ma'mur, Ka'abah, Baitul Maqdis dan tapak-tapak masjid di
>seluruh dunia. Dari peluh dua kening dijadikan umat Nabi Muhammad yang
>mukmin lelaki dan perempuan. Dari peluh dua telinga dijadikan roh
>orang-orang Yahudi, Nasrani, Majusi, Mulhid dan Munafiq. Dari peluh dua
>kaki dijadikan bumi dan isi kandungannya.
>
>Cerita yang hampir sama disebut dalam kitab "Daqaiq al-Akhbar", karangan
>Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Langka. Dalam kitab ini ada sedikit
>perbezaan dengan yang disebut di atas iaitu kitab ini menyebut dari peluh
>Nur Muhammad yang kelima dijadikan air mawar (bukan pokok bunga mawar). Dan
>dari titik peluh keenam dijadikan beras (bukan padi). Manakala yang lain
>sama seperti dalam kitab di atas.
>
>
>2. Jikalau dilihat kepada hubungan di antara Nur Muhammad dengan kelahiran
>Nabi Muhammad SAW, ada cerita menyebut bahawa kira-kira dua ribu tahun
>sebelum Adam a.s. dijadikan, Nur Muhammad bertasbih memuji-muji Allah dan
>Malaikat juga turut bertasbih bersama. Apabila Adam a.s. dicipta oleh
>Allah, maka Nur tadi disimpan dalam dalam tanah lembaga Adam a.s. Apabila
>Adam a.s. turun ke bumi, Nur itu berada di belakangnya. Sewaktu Nabi Nuh
>a.s. berada dalam kapal semasa taufan, Nur itu berada dalam salbi Nabi Nuh
>a.s., kemudian berpindah ke salbi Nabi Ibrahim a.s. sewaktu baginda
>dicampak ke dalam api, dan begitulah seterusnya Nur Muhammad itu
>berpindah-pindah dari satu salbi ke satu salbi datuk nenek baginda
>sehinggalah akhirnya Nur itu berada dalam kandungan perut Siti Aminah,
>bonda Rasulullah SAW. Kemudian apabila baginda dilahirkan, maka lahirlah
>seorang manusia yang dijadikan daripada Nur. Apabila berumur 40 tahun
>baginda dilantik menjadi Nabi akhir zaman.
>
>Menurut golongan ini, Nur Muhammad adalah Qadim kerana ia dari Nur Ilahi,
>sebab itu dalam kitab berzanji pengarangnya ada menyebut, "Aku berselawat
>dan memberi salam ke atas Nur (Muhammad)", yang disifatkan Qadim dan awal
>yang berpindah-pindah dari keturunan yang mulia.
>
>
>3. Selain itu ada sumber yang dikatakan Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir
>r.a. bahawa Rasulullah SAW, bersabda, maksudnya :
>
>
>"Sesungguhnya Allah mencipta roh Nabi Muhammad SAW, dari Zat-Nya dan
>dicipta alam seluruhnya dari Nur Muhammad SAW."
>
>
>Ustaz Abdullah Muhammad (Naqula) dari Kelantan apabila ditanya
>pandangannya, beliau menyebut, bahawa Roh atau Nur Muhammad adalah sebagai
>umbi (asal) segala isi alam ini.
>
>
>4. Ekoran dari kepercayaan kepada Nur Muhammad seperti di atas, melahirkan
>pula satu anggapan bahawa makhluk dijadikan kerana Nabi Muhammad SAW.
>Golongan yang percaya ini membawa beberapa dalil, antaranya :
>
>Dikatakan ada Hadis Qudsi menyebut, ertinya :
>
>"Kalau tidak kerana engkau (wahai Muhammad) tentu Aku (Allah) tidak
>mencipta cakerawala (alam ini)."
>
>
>Dan yang lain lagi bermaksud :
>
>"Aku (Allah) ciptakan segala benda kerana kamu (Muhammad) dan Aku jadikan
>kamu kerana Aku (Allah)."
>
>
>Apa yang disebut di atas adalah sebahagian daripada dalil-dalil dan
>hujah-hujah yang dikemukakan oleh golongan yang menyokong konsep Nur
>Muhammad dan perkara-perkara yang berhubung dengannya. Kerana itu mereka
>tetap menerima dan menjadi pegangan mereka. Dan adalah tidak dinafikan
>dalam pada itu ada juga golongan kedua yang menolak dan tidak menerima
>dalil-dalil dan hujjah-hujjah tersebut.
>
>
>Wallahu ta'ala a'lam��.
>
>Wassalamu��.
>
>Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
>
>
>
>>From: "som siah" <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: H-Net* Hakikat Nur Muhammad
>>Date: Tue, 15 Aug 2000 08:28:30 MYT
>>
>>Assalamualaikum.
>>
>>Saya ingin bertanya kepada netters yang arif tentang hakikat
>>Nur Muhammad. Apakah memang benar sebelum Allah mencipta
>>makhluk2Nya , yang mula2 dicipta ialah Nur Muhammad?
>>Sekiranya benar adakah terdapat nas atau hadis yang
>>jelas tentangnya? Atau ia hanya datang dari fahaman
>>yang direka2...
>>
>>
>>Sekian.
>>
>>Wassalam
>>_____________________________________________________________________
>________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>
________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "som siah" <[EMAIL PROTECTED]>