*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum yang dikasihi.......


                 DOKTRIN HAKIKAT MUHAMMAD (Bahagian 3)


(e) Aspek Hakikat Muhammad Yang Ketiga : Hakikat Muhammad Sebagai Insan 
Kamil

Ibnul Arabi menggunakan istilah Kamil (Sempurna) dengan satu pengertian yang 
tersendiri (unik). Yang dimaksudkan dengan "Sempurna" itu ialah memiliki 
wujud yang positif. Sesuatu maujud itu sempurna menurut peringkat wujud 
positif yang dimilikinya. Ataupun bilangan sifat-sifat Tuhan yang 
dizahirkannya atau yang sanggup dizahirkannya. Maujud yang paling sempurna 
ialah Allah SWT dan penzahiran Allah yang paling sempurna ialah Insan Kamil.

Theori Ibnul Arabi tentang Kalimat (Logos) terdiri dari faktor-faktor yang 
berikut :

1. Logos (kalimat) sebagai Hakikat bagi segala hakikat : yakni aspek 
metafizika.
2. Logos (kalimat) sebagai Hakikat Muhammad : yakni aspek mistik.
3. Logos (kalimat) sebagai Insan Kamil : yakni aspek kemanusiaan.

Prinsip Akal Semesta (Principle of Universal Reason) yang ada terserap dalam 
setiap makhluk dan merupakan Kesedaran Ketuhanan disamakan dengan Hakikat 
bagi segala hakikat dan Hakikat Muhammad dan Hakikat ini tidak hadir dalam 
semua maujud sama banyak atau sama peringkat. Hanya pada Manusia saja 
Prinsip ini terzahir dalam peringkat yang amat tinggi dan dengan itulah 
patut Manusia itu digelar Khalifah Allah atau Bayangan Allah (al-Surah) dan 
Alam Kecil atau Mikrokosma (al-Kawn-ul-Jami') atau Cermin Allah yang 
membayangkan semua kesempurnaan dan Sifat-sifat Allah.

Pada Insan Kamil inilah tersimpulnya semua yang terzahir dalam alam semesta 
raya ini. Alam Semesta Raya ini digelar oleh orang Sufi sebagai Manusia 
Besar (al-Insanul Kabir). Bentuk (iaitu alam raya) ini mempunyai kuasa-kuasa 
iaitu Malaikat; dan Rohnya ialah Manusia. Manusia Sempurna itu digelar juga 
sebagai Alam Kecil (mikrokosma). Manusia Sempurna itu adalah salinan Insan 
Kabir itu.

Insan Kamil itu adalah roh alam sejagat ini, penyebabnya dan aflak 
(falak-falak) dan peringkat-peringkat (maqamat) dan pergerakan, dan 
lain-lain.


        "Roh Alam Raya (Insan Kabir)
        Adalah Insan Saghir (Manusia)
        Tanpa Manusia Allah tidak akan berfirman
        Akulah yang Agung dan Maha Rahman
        Janganlah wujudku melindungi-Mu
        Atau matiku atau hidupku semula
        Jangan itu melindungi-Mu
        Jika anda periksa Aku
        Aku yang agung dan yang meliputi segala sesuatu
        Yang Kekal dalam zat-Ku
        Yang Sementara itulah yang zahir."


Manusia yang dimaksudkan di sini bukanlah manusia haiwan (al-insanul 
hayawani) tetapi adalah manusia yang sempurna yang meliputi semua para 
Anbiya', Aulia' dan Ahli Ma'rifat yang besar.

Setiap sesuatu menzahirkan Prinsip Rasional Semesta menurut keupayaannya 
masing-masing. Bahkan maujud yang tidak bernyawa itu pun menzahirkan 
kerasionalan (bersangkut dengan akal) yang tersembunyi kerana benda-benda 
tidak bernyawa itu pun mematuhi hukum-hukumnya sendiri yang digelar 
rasional. Seluruh makhluk ini adalah satu struktur (binaan) rasional dari 
yang paling rendah iaitu benda-benda galian hingga ke yang paling tinggi 
iaitu Insan Kamil.

Ibnul Arabi berkata bahawa tidak seorang pun yang dapat mengetahui nilai 
manusia dan kedudukannya dalam alam raya ini kecuali mereka yang tahu 
bagaimana mengingat, memerhati dan mengenal Allah dengan sempurna. Hanya 
manusia yang dapat mengenal Allah dengan sempurnanya. Manusia itulah 
kesedaran Ketuhanan yang zahir (manisfested consciousness of God).

Makhluk yang lain hanya kenal kepada Allah setakat yang mereka kenal diri 
mereka sendiri kerana benda-benda alam ini tidak lain kecuali 
sifat-sifat-Nya saja. Pengetahuan benda-benda itu tidak sempurna dan tidak 
cukup berbanding dengan pengetahuan Insan Kamil yang merangkumi dalam 
dirinya semua sifat-sifat Allah. Bahkan ilmu Malaikat tentang Tuhan tidak 
sempurna. Malaikat mengetahui Allah sebagai Hakikat (Reality) yang Maha 
Tinggi (tanzih) yang tidak bersangkutan dengan Alam Zahir ini. Hanya manusia 
saja yang kenal Allah sebagai Haqq (Hakiki) dan Fenomenal (Khalq) kerana 
Insan Kamil itu saja Yang Hakiki dan Yang Fenomenal, yang zahir dan yang 
batin, yang kekal dan yang sementara. Hati Insan Kamil itu adalah kursi atau 
tempat duduk penzahiran Kalimat (yakni Hakikat bagi segala hakikat atau 
Hakikat Muhammad, dan sebagainya) dan dalam hati itu saja kegiatan Kalimat 
(logos) ini terzahir sepenuhnya. Insan Kamil berhubung dengan Hakikat 
(Allah) dengan rapat sekali dan melaluinya kesatuan sejagat (universal) 
dengan bahagian-bahagian (particular) disedari.

Yang dimaksudkan "Sempurna" ialah Insan Kamil itu adalah penzahiran Tuhan 
yang sempurna dan juga sempurna kesedaran atau pengetahuannya dalam 
pengalaman keruhaniannya dan ia sedar betapa dirinya sebenar adalah esa atau 
bersatu dengan Tuhannya. Manusia sempurna itu tidak sempurna kecuali ia 
sedar bahawa dirinya "berpadu" dengan Tuhannya. Inilah perbezaan antara 
manusia biasa dengan manusia sempurna. Setiap orang adalah alam kecil 
(microcosm) delam pengertian ini tetapi hanya satu kemungkinan (potentially) 
saja. Manusia sempurna itulah alam kecil sebenarnya kerana beliau sebenarnya 
yang menzahirkan semua sifat Allah dan kesempurnaan-Nya dan penzahiran 
seperti itu tidak sempurna tanpa kesedaran sepenuhnya tentang keesaan atau 
"kesatuan" dirinya dengan Tuhan. Oleh yang demikian, setiap Orang Sempurna 
mestilah seorang mistik (Sufi) kerana dalam keSufian saja kesedaran yang 
demikian dapat dicapai.


(f) Insan Kamil Sebagai Alam Kecil (Microcosm)


Insan Kamil itu adalah aspek zahir dan aspek batin Wujud Semesta ini. Ini 
menyimpulkan apa yang dimaksudkan dengan Alam Kecil (Microcosm). Insan Kamil 
itu adalah salinan kecil Wujud Semesta iaitu TUHAN, dan Alam Raya. Zat Insan 
Kamil itu adalah satu ragam daripada Roh Semesta. Badannya adalah satu ragam 
dari Badan Semesta (al-Arasy). Ilmunya adalah salinan atau bayangan Ilmu 
Ketuhanan. Hati Insan Kamil itu ibarat Baytul-Ma'mur. Daya-daya 
keruhaniannya ibarat Malaikat. Ingatannya ibarat planet Saturn (Zuhal). 
Fahamannya ibarat Jupiter (Musytari). Akalnya ibarat Matahari, dan 
seterusnya dan sebagainya.

Seperti Logos yang dizahirkan oleh Insan Kamil, maka Insan Kamil itu adalah 
barzakh (peringkat antara), bukan dengan pengertian suatu "diri" antara 
Allah dengan alam, Ketuhanan dengan Kemanusiaan, tetapi dalam pengertian 
bahawa Insan Kamil itu menyatakan dan menzahirkan kedua-duanya itu dengan 
sempurna.

Wallahu ta'ala a'lam.......

TO BE CONTINUED.......

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke