*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Malam ini malam kemerdekaan kali ke-43.

Kalau orang tanya aku erti merdeka; secara ikhlas aku akan kata yang
aku memang jahil dan tak berapa pandai pasal merdeka.

Yang aku tahu, kampung aku, tempat aku dilahirkan masih dok macam tu.
Yang itu aku tahu, cukup tahu.

Sungai yg masa aku kecik-kecik dulu jadi tempat mandi; pagi-pagi sebelum
ke sekolah, lepas mengelamun seketika di tebing sungai...zasss...terus
aku terjun ke lubuk sedalam dada di tepi pokok duri tu....hari ini, sungai itu 
masih ada, walau pun sedikit cetek kerana perubahan masa, tapi sungai itu masih 
ada, dan masih digunakan oleh orang-orang kampung, tak kira tua tak kira muda.

Ketika itu, sungai itu bukan saja jadi tempat mandi, tapi juga jadi tempat 
mendapatkan air minum melalui telaga-telaga kecil yg dikorek di atas pantai 
berpasirnya. Bukan itu saja, sungai itu juga digunakan untuk kada hajat tak kira 
hajat besar atau pun hajat kecil.

Tak berapa lama dulu, aku bersama anak-anak kembali lagi ke kampung halaman ku 
itu; dan aku lihat suasana tak banyak berubah; sungai itu masih ada di situ; 
telaga-telaga kecil di pantai berpasir masih sebegitu; dan sekali itu ketika aku 
bermain air di sungai bersama anak-anak aku, cuba mengajar mereka tentang 
sejarah hidup ayahanda mereka ini, tiba-tiba aku lihat seketul najis berwarna 
kuning meluncur laju di atas permukaan air itu. Nasib baik mereka tidak perasan, 
kalau tidak, sudah pasti mereka yg biasa bermain air di kolam-kolam renang ini, 
tentunya akan menjerit sakan!

Sambil bermain air di sungai itu, aku bercerita kpd mereka, bagaimana ketika 
kecil dulu, aku cuma menggunakan batu sungai menggantikan sabun, menggunakan 
daun buluh sebagai berus gigi, dan pasir-pasir sungai sebagai ubatnya. Anak2 aku 
nampak bersemangat dengan cerita aku itu; maklumlah mereka kini yg tinggal di 
banglo mewah di bandar tentunya tak pernah terfikir akan semua ini; aku hanya 
tersenyum apabila melihat salah seorang anak aku itu mencuba-cuba menggunakan 
batu sungai untuk menggosokkan lengan dan kakinya. Tapi, bila aku bercerita 
mengenai daun buluh dan pasir sungai, tak ada pula yg berani mencubanya.

Setelah puas bermain di sungai, kami ke rumah saudara mara di situ; aku lihat
rumah mereka tak banyak berubah berbanding dahulu, kalau ada pun cumalah lapisan 
bawah yang dibubuh simen dan lampu kalimantan menggantikan lampu 'gasoline'.

KALAULAH ITU BOLEH DINAMAKAN KEMAJUAN, MAKA ITULAH KEMAJUAN!!

Ada pun aku, kerana mungkin sudah takdir, tanpa makanan bervitamin, tanpa kelas 
tuisyen, tanpa kelas motivasi, tanpa buku-buku rujukan, tanpa lampu kalimantan, 
cuma berbekal lampu minyak tanah untuk membuat kerja-kerja rumah; aku 
ditakdirkan lulus cemerlang, mendapat 5A dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5; 
menjadi budak pertama di sekolah itu yang mendapat 5A; seterusnya melayakkan aku 
memasuki sekolah berasrama penuh.

Kata mereka, aku terpilih kerana aku dari golongan miskin. Hmm, cakap pasal 
miskin, keluarga aku memang keluarga miskin; Dalam samar-samar aku masih ingat 
bagaimana ketika kecik-kecik dulu, ketika hari tidak bersekolah, aku  menemankan 
ayah aku menoreh dan mengutip getah sekerap di gelap-gelap subuh. Hasil terehan 
yg tak seberapa itulah yg membesarkan kami adik beradik.

Ketika mula-mula masuk asrama; aku jadi terkedu, sebab aku ingatkan semua yg 
masuk asrama itu adalah anak-anak orang kampung yg miskin macam aku; lama 
selepas itu, apabila aku sudah kenal semua mereka, baru aku perasan bahawa dari 
setiap 10 orang di sekolah elit itu, hanya 2 atau tiga orang saja yg semacam 
aku; yg lain-lain itu, kalau bukan anak diplomat, kalau bukan anak menteri, 
sekurang-kurangnya adalah anak-anak 'pegawai'.

BILA AKU BESAR, BARU AKU MENGERTI APABILA ADA ORANG KATA BAHAWA DASAR EKONOMI 
BARU (DEB) MEMANG MERAPATKAN JURANG PERBEZAAN ANTARA KAUM, TAPI DALAM MASA YANG 
SAMA BERTANGGUNGJAWAB MENJARAKKAN PERBEZAAN ANTARA GOLONGAN BERADA DAN GOLONGAN 
TIDAK BERADA DALAM MASYARAKAT MELAYU!

Aku hanyalah sebagai bahan tontonan, sebagai bukti kononnya DEB benar2 
diwujudkan untuk membantu golongan bumiputera miskin seperti aku.

Pun begitu, aku bersyukur dengan segala rezeki yg dikurniai Illahi ini; cuma aku 
jadi sedikit terkilan kerana rata-rata kawan2 sedarjah aku di kampung dulu
tidak mampu hidup 'senang' seperti aku; Aku masih ingat ada 4 orang antara kami 
yg selalu bergilir2 menjadi pelajar terbaik di sekolah berkenaan; dua pompuan 
dan dua lelaki. Salah seorang pompuan itu dengar katanya sudah berhenti kerja 
kilang menjadi surirumah sepenuh masa, yg seorang lagi memang jadi surirumah'
sepenuh masa semenjak hari pertama perkahwinannya; seorang lagi yang lelaki itu 
pula, kali terakhir aku pulang, aku sempat singgah di kedai runcit 
ala-kampungnya; kami bersembang tentang kisah silam, dan sesekali beliau cuba 
memberi clue bertanyakan kot-kot ada peluang business yg boleh dikongsikan.
Aku pun cuma makan gaji, pasal business kalau tak dak kroni, payah jugak nak 
tumpang sekaki!

Ringkas ceritanya, kawan-kawan dan saudara mara aku di kampung sana seakan-akan
terperangkap dengan kehidupan di kampung sana, mereka tidak berkesempatan
untuk menikmati kehidupan seperti mana yg aku nikmati sekarang; cuma mungkin 
kini mereka menaruh harapan, mungkin anak-anak mereka bakal membuat perubahan
di masa depan.

Aku tak tahu kenapa aku garapkan semua ini; cuma apabila aku renung jauh ke 
dalam diri; aku rasa macam tak puas hati dengan semua ini...kerana nikmat dari 
DEB (yg dihentikan itu) tidak dapat dicapai oleh semua orang yg benar-benar 
memerlukannya. Ramai yang berjaya dari DEB ini rata-ratanya adalah anak-anak 
kroni seperti Mukhriz dan Mokhzani....dua-dua orang ini aku cukup pasti!!

TAMBAH MEMBARA LAGI, APABILA DALAM KEADAAN BUMIPUTERA YG TAK SAMPAI PUN 20% 
MENGUASAI EKONOMI NEGARA INI, TIBA-TIBA PULA BIASISWA DEPA HAPUSKAN!!

Awat, depa ingat kawan-kawan aku kat kampung itu ada duit ka nak sara
anak-anak depa?????

Maka itu, sempena malam kemerdekaan yang ke-43 ini; kalau sapa-sapa yang 
berkenaan ada baca curahan hati saya ini; dengan penuh takzim dan penuh
ikhlas saya nak minta tolong; tolonglah habag kat pemimpin-pemimpin Melayu kat 
atas sana, bahawasanya dan sesungguhnya masih ramai lagi orang-orang Melayu yang 
masih ketinggalan di kampung-kampung sana; dan jika boleh, tolonglah kembalikan 
semula bantuan biasiswa kepada mereka.

Tolonglah mereka, kerana sesungguhnya merekalah anak-anak Malaysia yang
sejati......"the real Malay Malaysian" tolong dan bantulah mereka....

Jika tidak, slogan Keranamu Malaysia tidak ada ertinya buat mereka!


Hidup Melayu!

Mari kita keriau:

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


-Temingat Dari Belantara-



__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke