*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Cuma satu yang pasti.

Orang-orang Muslim (tak kira sapalah, PAS ke UMNO ke, DAP ke Keadilan ke, 
muda mudi, menteri, atau sapa-apa pun) yang dok berjoget, berkonsert, 
bernyanyi, melalak melaung di malam Merdeka tu, rugi benarlah.

Sebab? Perbuatan2 maksiat sebegitu akan menempa KETIDAKMERDEKAAN di akhirat 
nanti.

Buat apa dok meneriak MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Tiba-tiba di akhirat tak 
MERDEKA pun dari neraka jahannam- nauzubillah.

Menteri yang dok buat temasya-temasya ni (Kadir Syeikh Fadir), harap-harap 
beringatlah sikit. Awak tu orang Islam tau. Ini tidak. Pantang ada hari 
penting.Mulalah buat joget kat KL. Sakit betul mata umat Islam menengoknya. 
Lainlah kalau awak tu sanggup jawab dengan Allah nanti di akhirat.

Sepatutnya, malam Medeka, umat Islam buatlah kenduri kesyukuran ke, tahlil 
ke, kalau nak buat konsert pun, buatlah yang berbentuk Islamik seperti 
Raihan ke, baharulah boleh bermakna Merdeka tu- Merdeka yang sebenar. 
Merdeka Dunia dan Merdeka Akhirat. Ini yang kita nak.

Wassalam.




>From: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Catatan Malam Kemerdekaan
>Date: Wed, 30 Aug 2000 11:34:18 0100
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum,
>
>Malam ini malam kemerdekaan kali ke-43.
>
>Kalau orang tanya aku erti merdeka; secara ikhlas aku akan kata yang
>aku memang jahil dan tak berapa pandai pasal merdeka.
>
>Yang aku tahu, kampung aku, tempat aku dilahirkan masih dok macam tu.
>Yang itu aku tahu, cukup tahu.
>
>Sungai yg masa aku kecik-kecik dulu jadi tempat mandi; pagi-pagi sebelum
>ke sekolah, lepas mengelamun seketika di tebing sungai...zasss...terus
>aku terjun ke lubuk sedalam dada di tepi pokok duri tu....hari ini, sungai 
>itu
>masih ada, walau pun sedikit cetek kerana perubahan masa, tapi sungai itu 
>masih
>ada, dan masih digunakan oleh orang-orang kampung, tak kira tua tak kira 
>muda.
>
>Ketika itu, sungai itu bukan saja jadi tempat mandi, tapi juga jadi tempat
>mendapatkan air minum melalui telaga-telaga kecil yg dikorek di atas pantai
>berpasirnya. Bukan itu saja, sungai itu juga digunakan untuk kada hajat tak 
>kira
>hajat besar atau pun hajat kecil.
>
>Tak berapa lama dulu, aku bersama anak-anak kembali lagi ke kampung halaman 
>ku
>itu; dan aku lihat suasana tak banyak berubah; sungai itu masih ada di 
>situ;
>telaga-telaga kecil di pantai berpasir masih sebegitu; dan sekali itu 
>ketika aku
>bermain air di sungai bersama anak-anak aku, cuba mengajar mereka tentang
>sejarah hidup ayahanda mereka ini, tiba-tiba aku lihat seketul najis 
>berwarna
>kuning meluncur laju di atas permukaan air itu. Nasib baik mereka tidak 
>perasan,
>kalau tidak, sudah pasti mereka yg biasa bermain air di kolam-kolam renang 
>ini,
>tentunya akan menjerit sakan!
>
>Sambil bermain air di sungai itu, aku bercerita kpd mereka, bagaimana 
>ketika
>kecil dulu, aku cuma menggunakan batu sungai menggantikan sabun, 
>menggunakan
>daun buluh sebagai berus gigi, dan pasir-pasir sungai sebagai ubatnya. 
>Anak2 aku
>nampak bersemangat dengan cerita aku itu; maklumlah mereka kini yg tinggal 
>di
>banglo mewah di bandar tentunya tak pernah terfikir akan semua ini; aku 
>hanya
>tersenyum apabila melihat salah seorang anak aku itu mencuba-cuba 
>menggunakan
>batu sungai untuk menggosokkan lengan dan kakinya. Tapi, bila aku bercerita
>mengenai daun buluh dan pasir sungai, tak ada pula yg berani mencubanya.
>
>Setelah puas bermain di sungai, kami ke rumah saudara mara di situ; aku 
>lihat
>rumah mereka tak banyak berubah berbanding dahulu, kalau ada pun cumalah 
>lapisan
>bawah yang dibubuh simen dan lampu kalimantan menggantikan lampu 
>'gasoline'.
>
>KALAULAH ITU BOLEH DINAMAKAN KEMAJUAN, MAKA ITULAH KEMAJUAN!!
>
>Ada pun aku, kerana mungkin sudah takdir, tanpa makanan bervitamin, tanpa 
>kelas
>tuisyen, tanpa kelas motivasi, tanpa buku-buku rujukan, tanpa lampu 
>kalimantan,
>cuma berbekal lampu minyak tanah untuk membuat kerja-kerja rumah; aku
>ditakdirkan lulus cemerlang, mendapat 5A dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 
>5;
>menjadi budak pertama di sekolah itu yang mendapat 5A; seterusnya 
>melayakkan aku
>memasuki sekolah berasrama penuh.
>
>Kata mereka, aku terpilih kerana aku dari golongan miskin. Hmm, cakap pasal
>miskin, keluarga aku memang keluarga miskin; Dalam samar-samar aku masih 
>ingat
>bagaimana ketika kecik-kecik dulu, ketika hari tidak bersekolah, aku  
>menemankan
>ayah aku menoreh dan mengutip getah sekerap di gelap-gelap subuh. Hasil 
>terehan
>yg tak seberapa itulah yg membesarkan kami adik beradik.
>
>Ketika mula-mula masuk asrama; aku jadi terkedu, sebab aku ingatkan semua 
>yg
>masuk asrama itu adalah anak-anak orang kampung yg miskin macam aku; lama
>selepas itu, apabila aku sudah kenal semua mereka, baru aku perasan bahawa 
>dari
>setiap 10 orang di sekolah elit itu, hanya 2 atau tiga orang saja yg 
>semacam
>aku; yg lain-lain itu, kalau bukan anak diplomat, kalau bukan anak menteri,
>sekurang-kurangnya adalah anak-anak 'pegawai'.
>
>BILA AKU BESAR, BARU AKU MENGERTI APABILA ADA ORANG KATA BAHAWA DASAR 
>EKONOMI
>BARU (DEB) MEMANG MERAPATKAN JURANG PERBEZAAN ANTARA KAUM, TAPI DALAM MASA 
>YANG
>SAMA BERTANGGUNGJAWAB MENJARAKKAN PERBEZAAN ANTARA GOLONGAN BERADA DAN 
>GOLONGAN
>TIDAK BERADA DALAM MASYARAKAT MELAYU!
>
>Aku hanyalah sebagai bahan tontonan, sebagai bukti kononnya DEB benar2
>diwujudkan untuk membantu golongan bumiputera miskin seperti aku.
>
>Pun begitu, aku bersyukur dengan segala rezeki yg dikurniai Illahi ini; 
>cuma aku
>jadi sedikit terkilan kerana rata-rata kawan2 sedarjah aku di kampung dulu
>tidak mampu hidup 'senang' seperti aku; Aku masih ingat ada 4 orang antara 
>kami
>yg selalu bergilir2 menjadi pelajar terbaik di sekolah berkenaan; dua 
>pompuan
>dan dua lelaki. Salah seorang pompuan itu dengar katanya sudah berhenti 
>kerja
>kilang menjadi surirumah sepenuh masa, yg seorang lagi memang jadi 
>surirumah'
>sepenuh masa semenjak hari pertama perkahwinannya; seorang lagi yang lelaki 
>itu
>pula, kali terakhir aku pulang, aku sempat singgah di kedai runcit
>ala-kampungnya; kami bersembang tentang kisah silam, dan sesekali beliau 
>cuba
>memberi clue bertanyakan kot-kot ada peluang business yg boleh dikongsikan.
>Aku pun cuma makan gaji, pasal business kalau tak dak kroni, payah jugak 
>nak
>tumpang sekaki!
>
>Ringkas ceritanya, kawan-kawan dan saudara mara aku di kampung sana 
>seakan-akan
>terperangkap dengan kehidupan di kampung sana, mereka tidak berkesempatan
>untuk menikmati kehidupan seperti mana yg aku nikmati sekarang; cuma 
>mungkin
>kini mereka menaruh harapan, mungkin anak-anak mereka bakal membuat 
>perubahan
>di masa depan.
>
>Aku tak tahu kenapa aku garapkan semua ini; cuma apabila aku renung jauh ke
>dalam diri; aku rasa macam tak puas hati dengan semua ini...kerana nikmat 
>dari
>DEB (yg dihentikan itu) tidak dapat dicapai oleh semua orang yg benar-benar
>memerlukannya. Ramai yang berjaya dari DEB ini rata-ratanya adalah 
>anak-anak
>kroni seperti Mukhriz dan Mokhzani....dua-dua orang ini aku cukup pasti!!
>
>TAMBAH MEMBARA LAGI, APABILA DALAM KEADAAN BUMIPUTERA YG TAK SAMPAI PUN 20%
>MENGUASAI EKONOMI NEGARA INI, TIBA-TIBA PULA BIASISWA DEPA HAPUSKAN!!
>
>Awat, depa ingat kawan-kawan aku kat kampung itu ada duit ka nak sara
>anak-anak depa?????
>
>Maka itu, sempena malam kemerdekaan yang ke-43 ini; kalau sapa-sapa yang
>berkenaan ada baca curahan hati saya ini; dengan penuh takzim dan penuh
>ikhlas saya nak minta tolong; tolonglah habag kat pemimpin-pemimpin Melayu 
>kat
>atas sana, bahawasanya dan sesungguhnya masih ramai lagi orang-orang Melayu 
>yang
>masih ketinggalan di kampung-kampung sana; dan jika boleh, tolonglah 
>kembalikan
>semula bantuan biasiswa kepada mereka.
>
>Tolonglah mereka, kerana sesungguhnya merekalah anak-anak Malaysia yang
>sejati......"the real Malay Malaysian" tolong dan bantulah mereka....
>
>Jika tidak, slogan Keranamu Malaysia tidak ada ertinya buat mereka!
>
>
>Hidup Melayu!
>
>Mari kita keriau:
>
>MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
>
>
>-Temingat Dari Belantara-
>
>
>
>__________________________________________________________
>This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "jack joe" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke