*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kuliah Tok Guru (Loghat Kelantan)�
Kitab nama dia At-Tazkirah bi Qurtubi. Kitab ini satu daripada kitab
rujukan. Maknanya kitab yang di kira ada mutu. Di karang oleh Ulama' terkenal
Qurtubi. Dia mati tahun 671 Hijrah.Lo lo nih 1403 dia mati 600 tahun ari tu
lagi. Jadi kira-kiranya 800 tahunlah umur dio lebih kughenyo.
Benda hok dio nok sebut di sininyo iaitu perkara-perkara hok boleh
melembutkan hati kita. Ingat ko akhirat khususnya hal ehwak kubur dan hal ehwal
mati.
Bagi kita orang Islam yang kita yakin 100% dan telah menjadi I'tiqad kita
bawah kita akan hidup balik lepas mati kita hidup balik dan lepas kita hidup
balik kita akan berdepan dengan perkara yang seghoti. Perkara hok . Perkara hok
lo lo nih perkara hok tok seghoti lagi. Akhirat se sok perkara seghoti, syurga
nerako, pahala - dosa, maksiat dan barang yang tok leh nok chok balik doh.
Oleh kerana I'tiqad kita lagu tu maka kewajipan kita kena ambil tahu lo
nih. Bambang takut perkara tu mari, pah kita tok ambik tahu, jadi terkejutlah
kitanya.
Bila terkejut jadi bengong. Sedangkan benda nih baso benda tidak kena
bengong ha tu dio duduk. Jadi oleh kerana kita akhir-akhir zaman boleh
dikatakan kurang benar oghe mengaji dan oghe ambik tahu hal begonih.
Ambo rasa mustahak kita kena ambil tahu dan kebetulan kitab ini khusus
ghoyat hal gotuh. Dia tidak ghoyat lah semaye be' , nikah kahwin gapo - dia
ghoyat perkara-perkara yang boleh melembutkan hati kita. Apa nama nih mengenai
perkara-perkara akhirat.
Mula-mula start dia sebutnyo hal mati ( baca kitab)�
Bab yang pertama, bab mengenai ingat kepada mati, kelebihan ingat pada
mati dan persiapan-persiapan yang nok di buat untuk mati.
Belum pada bab ini nya ada dohdua tiga bab hok di buat sinihnyo tapi oleh
sebab ambo sudah baca doh tiga dari bab, jadi ambo raso tak payahlah dok sebab
kita sini.
Cuma ada cerita menarik ambo nok baca sini, ceritanya Malikil maut gi jumpa
dengan Nabi Ibrahim untuk nak ambil nyawa dia, Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim nih
khalil, pangkat Nabi Ibrahim khalil, dia tiap-tiap orang nabi ada pangkatan
khas Allah Taala beri macam nabi kita Al-Mustafa mace Nabi Musa Khalim orang
yang berkecek secara langsung dengan Dia. Nabi Isa di panggil Roh Allah, Jadi
nabi Ibrahim gak Khalil, Khalil kalu kita boh makna gak orang dalam yang kita
bersaing dengan dia hinggo tak dok peluang ertinya kosong ingat ko Dia, tu
makna Khalil.
Baik, satu hari dekat dia nok mati Malikil Maut jumpo nok gi ambil nyawa
dia, bila ambik nyawa dio, kata Nabi Ibrahim "Boleh fikir ko masuk akal seorang
saing cekok ko nok ambil nyawa saing dio. Jadi Nabi Ibrahim terkejut tengok
Malikil Maut nak ambil nyawa dia. Aik, tak munasabah nak ambil nyawa aku kerana
tuhan ni rapat benar dengan aku dan aku ni rapat benar dengan Dia.
Bersambung�
(Tulisan ini berdasarkan teks ucapan sebenar kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Nik Mat dalam loghat Kelantan�)
----------------------------------------------------------
This message was sent using http://uk2.net
NEWS - CHEAPEST DEDICATED SERVERS IN THE WORLD - 29/month
UK's FREE Domains, FREE Dialup, FREE Webdesign, FREE email
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]