*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
siri 50
( Alhamdulillah hidup lagi saya �kalau mati pun saya nak cakap macam mana sebab
nyawa nih bukan hak saya. Perasaan nak sambung siri pengantar psikologi masih
berkobar-kobar dalam diri�cuma kadang-kadang kena akur dengan kejadian kita
sebagai manusia�ada masalah dan masa hanya 24 jam sahaja�semua sama�cuma saya
tak pasti sama ada Gus Dur sudah jadi 10 jam sahaja sehari dalam hidup dia�itu
lah kalau ikut kaedah Islam kan selamat�.teringat pesan Nabi siapa yang buka
aib seseorang maka Allah akan buka aibnya pula�jadi hati-hati ..mana ada
manusia macam kita nih yang tak ada aib (sempurna 100%)�siapa yang banyak makan
dialah yang kenyang�sorry Tuan Presiden jangan marah )
(laaa hari nih nak cakap pasal psikologi bukan pasal Gus Dur�.untuk makluman..
persepsi ini dengan isu Gus Dur tidak ada kaitan sama ada hidup atau mati�kalau
ada pun anggaplah kebetulan semata-mata)
Perkembangan Persepsi
(perkembangan ini dilihat dari sudut sejarah laa..maknanya bagaimana orang
.iaitu hamba Allah boleh mengkaji persepsi�.dan kalau siapa yang cerdik dia
akan sentiasa ingat pada Allah �gitulah lebih kurang)
Para psikologi sering bertanya sama ada kebolehan persepsi itu telah sedia ada
semasa bayi dilahirkan ataupun diperolehi daripada pengalaman dan pembelajaran.
(dari dulu sampai sekarang ini lah yang asyik berbalah�tak habis-abis..berbalah
nih ada baik dan ada buruknya�berbalah di sini bukan bermaksud bertumbuk..tapi
berbeza pendapat�.cuma silap-silap ia boleh membawa kepada
pertumbukan�masing-masing ada hujah�.tapi bagi kita yang hak itu jelas dan yang
batil itu jelas�dan kita tak boleh terlibat dengan perkara was-was �.nanti tak
pasal-pasal jadi hamba syaitan)
Perkara ini telah menjadi pokok persoalan sejak dahulu kala lagi.
Pakar-pakar Empirisme seperti Berkeley dan Locke menegaskan yang kebolehan
persepsi manusia hanya diperolehi melalui pengalaman.
(maknanya kena belajar laah tu�macam saya nak menaip komputer tak kan lah masa
saya umur 3 tahun dah pandai taip komputer�apa nak kisah sebab itu ada suruhan
supaya kita belajar atau menuntut ilmu dalam Islam. lagi pun nabi pernah pesan
bahawa manusia di lahirkan seperti kain putih jadi tugas ibu bapa lah yang
mencorakkanya�..tapi bukan dikaitkan dengan kemahiran komputer (atau kemahiran
menagis�kecil-kecil tak nak menangis..besar baru nak menagis) tapi dikaitkan
dengan aqidah iaitu sama ada Yahudi atau Nasrani ( nama ringkasnya musuh Islam)
� corak yang diterima oleh Allah ialah Islam)
Sebaliknya, ahli-ahli falsafah Nativis seperti Rene Descartes menyarankan yang
kebolehan persepsi manusia ialah kebolehan sejadi. Kebolehan persepsi telah
sedia ada pada manusia sejak dilahirkan ke dunia.
(tak ada masalah juga kalau kata macam tu�tidak menjejaskan kesihatan�Islam
juga mementingkan nasab dan keturunan �.kalau nak cari calon isteri (bagi yang
bujang�bagi yang dah kawin saya tak tanggung jawab�enjas sendirilah) sebab
beberapa pembawakan boleh dibawalah�.kepada anak kita. kalau kita suka marah
anak kita pun besar kemungkinan suka marah juga ( Petua : ubat penyakit marah
yang kronik�makan batu sebutir satu hari�(batu tersebut hendaklah benar-benar
keras�.air batu ..tak kira )kalau gigi anda patah dan mengalami sakit perut
maka ingatlah bahawa Allah lah yang Maha Berkuasa�sehebat manapun kita lemah
juga )
Ahliahli psikologis kontemporarl pula mengambil jalan tengah dan mengatakan
yang campuran kedua-duanya adalah perlu bagi perkembangan persepsi manusia.
Mereka melakukan beberapa kajian untuk menyokong dakwaan ini.
(macam ni kan baik�lebih harmoni�setelah berabad-abad berbalah�sedangkan Islam
sudah mengakuinya dari awal-awal lagi..kalau ikut Islam kan mudah�tak ada
permusuhan ..pahala (pitis(duit) di Akhirat) pun dapat�namun apa boleh buat
hidayah itu hak Allah �. Dia hanya anugerah pada orang yang Dia kehendaki�kalau
kita bijak seperti Rene Descartes pun�kalau tak ada hidayah nak buat apa�habut
pun tak ada nilai�)
Bersambung
----------------------------------------------------------
This message was sent using http://uk2.net
NEWS - CHEAPEST DEDICATED SERVERS IN THE WORLD - 29/month
UK's FREE Domains, FREE Dialup, FREE Webdesign, FREE email
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]