Siapa Astora Dalam Umno?
Oleh Azizi Haji Abdullah


Saya sudah lama mengikuti tulisan Astora Jabat di dalam akhbar Utusan
Malaysia/Mingguan Malaysia, baik ketika beliau menjadi wartawan di Kaherah
mahupun ketika menjadi staf, pengelola ruangan agama sekarang. Terus terang
saya nyatakan, adalah sukar untuk menerima tulisan-tulisan beliau kerana
asas tulisan itu 'lebih Umno dari Umno' disebabkan di tangan Astora
mempunyai dua pancing (joran).
Pancing pertama tentulah Astora berkehendakkan ikan untuk menjadi lauk
harian anak istrinya dan pancing kedua untuk mendapat ikan tambahan untuk
dihadiahkan kepada orang yang membenarkannya memancing di tasik itu kerana
tasik lain sukar baginya mendapat ikan. Kerana kalaulah beliau berbuat
begitu maka akan selamatlah beliau dapat memancing di tasik idamannya.
Tapi nampaknya sejak akhir-akhir ini Astora bagaikan diserang penyakit 'gila
dan geram' dengan menghentam terus menerus terhadap PAS dan pemimpinnya.
Astora juga terus menerus 'membabi but! a' membela Umno untuk membuktikan
keUmnoannya yang telus dan maha betul. Kalaulah dilihat dari sudut peranan
seorang seorang penulis atau pengkritik, Astora tidak sepatutnya menghentam
PAS dan pemimpin-pemimpinnya saja, kerana yang meluat pada Umno/BN bukan
saja PAS sebaliknya parti-parti lain juga malah kelompok-kelompok tertentu
dalam Umno sendiri. Malangnya Astora tidak memainkan peranan penulisannya
terhadap itu.
Balik-balik menghentam PAS dan para pemimpinnya, seolah-olah pemimpin maha
kotor ialah Nik Aziz, Haji Hadi, Fadzil Nor dan Dr Harun Din. Dan lebih
malang lagi Astora sering membayangkan orang-orang ini sangat kotor peranan
mereka dalam agama kerana menjadi pemimpin PAS walaupun beliau selalu
berkata bahawa beliau menyerang pemikiran bukan peribadi. Sukar untuk kita
percaya bahawa dengan membuat serangan terhadap pemikiran itu untuk
membetulkan kesilapan dan dan mengajak kembali kepada kebenaran kerana
Astora tidak pula pe! rnah menyerang pemikiran untuk membetulkan kesilapan
para pemimpin Umno.
Jadi peranan Astora sangatlah jelas bahawa beliau dibangkitkan semata-mata
dengan satu missi; jadi alat Umno hentam PAS walau dengan apa cara
sekalipun. Cari salah, hentam. Yang betul pun mesti kata salah, hentam.
Jangan bimbang, tasik disediakan. Pancing pun diberi. Tapi saya ingin
bertanya; sampai bila? Apakah seseorang itu perlu berikrar bahawa segala
urusan hidup kita semata-mata kerana Umno? Seperti yang saya sebutkan di
atas bahawa saya kerap mengikuti tulisan Astora, maka apabila saya membaca
tulisan beliau dalam keluaran Ahad 27 Ogos 2000 lewat ruangan Bicara Agama,
saya dapati Astora benar-benar telah mabuk dengan dua pancing di tangannya
sehingga lupa siapa dia sebenarnya.
Tulisan itu menggambarkan bahasa Astora Jabat adalah jurucakap Umno, pembela
Umno dan tukang karut Umno yang semuanya memberi kesimpulan bahawa Astora
'lebih Umno dari Umno'. Sebenar! nya menjadi pembela Umno, jurucakap Umno
tidaklah salah. Bukankah Umno sendiri ada Pegawai Penerangannya? Tapi sayang
peranan Astora lebih dari pegawai Umno. Saya bimbang kerana 'lebih Umno dari
Umno' ini orang-orang Umno sendiri akan meluat pada Umno disebabkan keUmnoan
Astora yang melampau.
Hal yang sama pernah saya menegur Astora di Majlis Debat Pro dan Kontra
Negara Islam di Mengkuang, Bukit Mertajam tidak lama dulu. Saya bimbang
kerana peranan yang terlampau itu orang ramai akan benci kepada Utusan
Melayu disebabkan wadah yang diberi pada beliau itu disalah gunakan secara
melampau. Seperti artikel Astora `Strategi untuk patahkan putar belit PAS'
dalam Mingguan keluaran 27 Ogos 2000 yang lalu, sekali lagi saya melihat
betapa semberononya Astora melempar tohmahan dan kecaman terhadap PAS dan
tujuan penulisannya berdasarkan tajuk menyimpang sama sekali.
Di sinilah timbul pertanyaan, siapa Astora? Bagi saya selain dari 'lebih
Umno d! ari Umno' Astora merupakan orang yang tidak tahu apa yang ditulisnya
selain dari sekadar memenuhi ruangan khas untuknya. Bayangkanlah apabila
beliau mencadangkan supaya penceramah Umno kemukakan fakta, maklumat dan
ilmu yang benar dan jelas melalui konsep bijaksana sepeprti yang dianjurkan
oleh Quran ayat 125 surah an-Nahl. Saya ingin jelaskan bahawa gesaan Astora
tidak mampu dilakukan oleh penceramah-penceramah Umno, baik dari segi fakta,
maklumat dan ilmu sekalipun, kecuali jika Dr Mahathir bercakap tentang
ekonomi globalisasi, dasar Selatan-Selatan atau multimedia.
Seperti Astora sendiri yang bercakap berdasarkan ilmu contohnya, Astora
tidak mampu memikat hadirin selain dari tersekat-sekat memberi hujah dan ini
menjadikan hadirin bosan jemu dan sekaligus meluat. Kerana itu ceramah di
`booo'. Sepanjang yang saya hadir ceramah-ceramah Umno, fakta dan hujah
hanyalah jalan raya, lampu subsidi kerajaan, keamanan, perpaduan kaum.
Apakah ini! menjadi menarik kepada rakyat? Menuduh ramai orang Umno hadir ke
ceramah PAS kerana terkeliru dengan isu bererti Astora membodohkan
orang-orang Umno kerana tidak dapat memahami isu semasa.
Ini juga membawa erti sebahagian orang Umno lebih bodoh dari Astora. Dan
sememangnya Astora sering membodohnya orang-orang Umno malah pemimpin Umno
sendiri jika dilihat dari sudut apa yang tersirat. Jika tulisan beliau pada
27 Ogos yang lalu hendak dianggap sebagai laporan, maka sudah pasti laporan
itu laporan silap, laporan yang cuba menipu pemimpin Umno dan cuba
membodohkan pemimpin Umno. Ini kerana dakwaan beliau bahawa ceramah PAS yang
dihadiri beribu-ribu orang semasa kemuncak krisis tahun 1998, kini dihadiri
ratusan orang sahaja.
Ceramah PAS sudah tidak ada tarikan lagi dan tidak mendapat sambutan hebat,
malah ada penganjur PAS mengeluh kerana penceramah yang bertaraf superstar
tidak mendapat sambutan. Apakah dakwaan ini benar atau salah? Jika i! ni
dianggap sebagai laporan ternyata Astora merupakan perisik Umno yang akan
menjahanamkan Umno sendiri. Laporan yang tidak tepat akan membawa strategi
tidak tepat. Strategi tidak tepat musnahlah perancangan.
Saya ingin bertanya Astora, di mana ceramah-ceramah PAS yang tidak ada
sambutan sampai penganjur mengeluh? Untuk pengetahuan Astora ceramah-ceramah
PAS dibahagikan kepada beberapa kategori; ada ceramah kelompok; ada ceramah
kawasan; ada usrah dan ada ceramah umum. Bagaimana pun hatta, ceramah
kelompok jika hendak dibanding dengan ceramah Umno, jauh bezanya. Saya
sendiri pernah hadir ke satu ceramah Umno untuk mendengar isu terkini di
Sebarang Perai Utara satu ketika dulu.
Saya sendiri merasa malu kerana yang hadir tidak sampai lapan belas orang
sedangkan majlis itu disediakan makanan dan minuman, kerusi. Berlainan
dengan ceramah PAS, baik sebelum pilihan raya, selepas pilihan raya. Baik
dalam kawasan kalah atau kawasan menang. T! anpa menyediakan kenderaan,
minuman, makanan malah derma pula dikeluarkan. Saya fikir Astora akan
beristighfar seribu kali apabila melihat ribuan orang, termasuk yang
mengendung anak-anak kecil. Jangan timbulkan soal tertipu, tidak ada fakta,
caci, maki hamun tapi dari segi 'pengunjung' Astora tidak boleh menafikan.
Malah saya berni bertaruh dengan Astora, kita jemput Dato' Abdul Hamid
Othman di satu tempat, kita jemput Tuan Ibrahim Tuan Man misalnya di satu
tempat yang berdekatan dan Astora dapat melihat siapakah yang bohong? Astora
atau PAS? Jemput pula Dr Mahathir tapi dengan syarat tidak ada bas percuma,
makan percuma dan arahan dari ketua-ketua jabatan. Malam esoknya jemput pula
orang nombor dua dalam PAS, Haji Hadi Awang. Saya ingin bertanya Astora, di
mana saudara hendak sembunyi kebohongan saudara ini? Astora menilai
kehadiran orang ramai dalam ceramah PAS berdasarkan propaganda, benci, emosi
dan memutar belit fakta sedangkan di ! sanalah mereka mendapat fakta, ilmu
setelah mereka tidak yakin dengan media-media massa.
Oleh itu janganlah perlekeh kemampuan PAS menarik orang ramai dalam ceramah
dan jangan pula mengada-ngada yang tidak ada apabila Umno buat ceramah. Yang
sebenarnya dalam Umno, untuk mencari lima orang penceramah agama pun tidak
ada. Kalau ada pun mereka tidak mampu pula dan kalau mampu pula, hadirin
tidak ramai yang datang kerana mereka terkongkong dengan teks. Cadangan
Astora berdasarkan pengalaman dalam program ceramah saya kira akan diketawa
oleh pemimpin Umno sendiri pendekatan Astora sudah ketinggalan zaman.
Tunjukkan keratan Harakah kepada orang ramai? Pasang keset lama ucapan
pemimpin PAS? Baca transkrip? Itukah saranan terbaik bagi penceramah Umno?
Untuk pengetahuan Astora, pendekatan itulah yang dibuat oleh PAS sejak dulu.
Bukankah lebam mata Anwar Ibrahim sudah dicetak dan ditunjuk? Bukankah
penyelewengan saham ditunjuk melalui transkrip? B! ukankah keratan akhbar
cakap-cakap pemimpin tentang salah fakta keagamaan dibuktikan? Bukankah
gambar-gambar skandal juga didedahkan? Jika cara itu mengikut Astora dapat
meyakini orang ramai, maka apakah silapnya fakta itu juga oleh PAS lalu
orang ramai meyakininya?
Soalnya sekarang sekarang, apa yang dibukti oleh Astora melalui keset,
keratan Harakah, transkrip dan lain-lain tidak betul. Oleh kerana tidak
betul maka orang ramai pun tidak percaya dan apabila tidak percaya, sukar
sekali ceramah-ceramah Umno dihadiri lebih dari seratus orang. Orang-orang
PAS sukakan ilmu. Apabila ceramah-ceramah yang tidak ada unsur ilmu mereka
menganggap buang masa saja. Jadi strategi untuk patahkan putar belit PAS
yang Astora cadangkan tidak lebih dari cuba membodohkan pemimpin dan
orang-orang Umno sendiri dan membuktikan Astora sebenarnya lebih Umno dari
Umno. Jika begini, patutkah orang Umno mempercayainya?
(Azizi akan terus mengulas tulisan Astora! melalui ruangan ini seterusnya -
Editor)
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke