Expo Perdagangan Islam: 5 ahli PAS Seremban di tahan polis


SEREMBAN, 7 Sept (Hrkh) - Lima orang ahli PAS kawasan Seremban termasuk
Ketua Pemudanya ditahan oleh polis ekoran tindakan Majlis Perbandaran
Seremban (MPS) merobohkan bangsal yang mereka dirikan untuk Expo Perdagangan
dan Produk Islam sempena sambutan 40 Tahun PAS kawasan berkenaan.
Mereka dikehendaki hadir ke Mahkamah Majistret pada 2 Oktober depan selepas
dibebaskan dengan jaminan polis sebanyak RM1,000. Polis bertindak menyaman
mereka selepas Ketua Bahagian Perlesenan MPS membuat laporan polis kononnya
beliau dipukul ketika pihak MPS mahu merobohkan bangsal untuk Expo yang
dibina oleh mereka.
"Mereka ditahan atas tuduhan menghalang tugas pejawat awam iaitu pegawai
penguatkuasa MPS," beritahu Setiuasaha PAS Kawasan Seremban, Abdul Rahim
Yusof yang datang sendiri ke pejabat Harakah hari ini.
Expo perdagangan itu diadakan bertujuan untuk membuat promosi barangan
keluaran orang Melayu dan Islam sempena sambutan 40 tahun PAS kawas! an
Seremban. Pihaknya, kata Rahim, telah membuat permohonan untuk expo
berkenaan kepada MPS tetapi ditolak tanpa diberikan sebarang sebab.
"Bagi kami, expo ini tidak salah kerana dibuat di atas tanah persendirian
dan kami telah mendapat kebenaran tuan tanah berkenaan," cerita Rahim.
Kerana tidak dapat kebenaran itu, bangsal yang mereka bina telah dirobohkan
oleh MPS.
Adalah dianggarkan, PAS Seremban kerugian kira-kira RM10,000 di atas
tindakan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, acara lain perayaan 40 tahun PAS Seremban ini akan
diteruskan sebagaimana yang dijadualkan. Antaranya termasuklah ceramah (pada
10, 17, 24 dan 29 September), pertandingan bolasepak (24 September),
ekspedisi kereta Kancil (16 dan 17 September) dan konsert Shoutul Amal (23
September).
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.A! NYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke