RAJA KOMANDO MENJAWAB DAN MENERANGKAN BEBERAPA
PERSOALAN POKOK ROMPAKAN SENJATA DI KEM TENTERA SAUK
( Untuk keluaran Harakah)
Berbagai penerangan kes rompakan senjata ini telah diberi oleh Kerajaan BN /
UMNO dan Menteri Pertahanan serta Lt. Jeneral Zaini termasuk Mahathir.
Kerajaan BN / UMNO boleh merayu, memujuk, memaksa dan mengugut rakyat supaya
mempercayai apa yang berlaku tetapi akhirnya terpulang kepada rakyat untuk
membuat keputusan ; Sandiwara atau benar berlaku.
Sebagai seorang bekas komando dan pernah menjaga Stor senjata "Z Skuadren"
di Kem Komando Sg. Udang, Melaka selama 6 bulan, saya boleh memberi
pandangan peribadi ke atas perkara ini. Kerana tidak ada kenyataan dan
penjelasan daripada anggota yang menjaga stor senjata ini sepanjang laporan
berkenaan rompakan ini berlaku. Ke mana pergi anggota yang menjaga stor
senjata ini?
Rakyat tidak perlu dengar penjelasan daripada Lt. Jeneral Zaini, Najib dan
lebih lebih l!
agi daripada PM dan orang UMNO tentang rompakan senjata ini.
Saksi penting atau penjelasan yang penting adalah daripada penjaga stor
senjata. Justeru itu akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain-lain
akhbar yang pro kerajaan BN termasuk mereka yang memberi penjelasan
menyembunyikan fakta penting ini ( kenyataan Penjaga Stor Senjata ) kepada
rakyat. Ramai bekas tentera termasuk saya sendiri merasa ragu tentang
penjelasan kes ini yang dikatakan ditulis oleh akhbar dengan terperinci
(atau satu inci).
Sabit tentang demonstrasi "lakunan semula" untuk membuktikan semua senjata
yang dirompak boleh dimuatkan dalam Pajero oleh Najib adalah menjadi
"Sandiwara" sebenar. Semua pelakun telah dilatih dan senjata berada ditepi
Pajero. Justeru masa empat (4) minit, perkara biasa atau mungkin
............. (kurang pasti).
Perlu diingat dalam kes mahkamah, tempat berlaku, masa dan siapa yang
merompak adalah penting. Dalam kes ini yang merompak a!
dalah orang awam, di
Kem Grik. Oleh yang demikian, demonstrasi itu tidak "relevan" tidak boleh
diterima oleh rakyat. (Rakyat Hakim Negara).
Demonstrasi atau keterangan yang boleh diterima oleh rakyat ialah; "lakunan
semula" dijalankan di Kem yang terlibat dan pelakun terdiri daripada
kategori orang awam yang terlibat (bukan tentera yang terlatih). Senjata
pula berada dalam stor senjata. Kalau ini boleh dibuat dalam masa 4 minit ;
Raja Komando akan masuk semula UMNO ; kerana Kerajaan BN dan Menteri
Pertahanan adalah jujur dan ikhlas dalam memberi keterangan kes rompakan
ini. Tetapi malangnya; nampaknya anggota tentera pula hendak dijadikan alat
politik Najib dan Mahathir (Awas anggota tentera!!! Jangan buat kerja bodoh
lagi berdosa ini!!!!!).
Dari unit kajian selidik Parti Keadilan Nasional ada agenda politik BN untuk
melaga-lagakan anggota tentera dengan parti pembangkang. Anggapan ini
berdasarkan kemenangan Parti Keadilan dalam undi!
POS di Telok Kemang; di
mana Undi Tentera telah memberi kemenangan kepada Roslan Kassim dari Parti
Keadilan Nasional. Oleh yang demikian bolehlah kita mengatakan bahawa BN /
UMNO sebenarnya menghasut pengundi (tentera) supaya membenci Parti
Alternatif. Inilah yang dikatakan "Perang Saraf".
Atas sebab sebab Keselamatan, peluru tidak boleh disimpan dalam stor
senjata. Peluru dikategorikan sebagai "bahan letupan dan merbahaya", sebab
itu setiap kem tentera yang bertaraf seperti di Kem Grik itu semestinya ada
"Gudang Peluru". Bagaimana beribu-ribu peluru berada di stor senjata ketika
itu? Ini persoalan mesti dijawab.
Sebagai seorang bekas penjaga stor senjata saya maklum bahawa senjata dan
peluru adalah dikategorikan sebagai "Barang Terkawal" (Control Item). Adalah
mustahil seorang penjaga stor senjata membenarkan sesiapa sahaja termasuk
Pegawai atau Jeneral tentera dibenarkan mengambil senjata sedemikian banyak
tanpa surat arahan dan d!
isahkan oleh Kem Komanden atau sekurang-kurangnya
Pegawai Bertugas pada malam itu. Apabila penjaga stor senjata ini tidak
dicederakan oleh perompak berkenaan dan tidak ada laporan langsung berkenaan
dirinya, maka kita mengambil kesimpulan; penjaga stor senjata terlibat dalam
konspirasi ini.
Sebagai saorang bekas penjaga stor senjata adalah mustahil saya akan
membenarkan seorang pegawai yang tidak saya kenali mengambil senjata itu,
malahan pintu pun saya tidak akan buka. (Pintu senjata ada lobang atau
cermin di atas pintu, kita dapat melihat siapa di luar sebelum membuka pintu
stor senjata).
Saya pernah beberapa kali mengambil bahagian dalam operasi mencari dan
mengesan Pengganas Komunis sewaktu saya bertugas dalam Unit Komando "Z
Skuadren". Antara lain Arahan Khas (Mission) Pasukan Komando atau Gerak Khas
ialah "Mencari dan Memusnah Musuh" tidak ada arahan kepada Pasukan Komando
atau mission "Mencari dan Berbincang dengan Pengganas".!
Mungkin di zaman
Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri yang baru ini Abdullah Badawi
dan Najib arahan ini berubah; komando diarah berbincang dengan pengganas
yang telah merompak senjata dan peluru ATM. Kalau hendak berbincang dengan
pengganas, ini kerja pasukan Risik Tentera dan SB Polis bukan Komando.
Satu perkara lagi, saya berpengalaman menjaga seorang pengganas komunis di
hutan. Pengganas di hutan apabila ditangkap tidak boleh dibenarkan dibiarkan
"lenggang kangkong" apabila ditangkap. Semasa saya dahulu tangan pengganas
tersebut digari ketangan saya ; walaupun sewaktu tidur. Tetapi ternyata
dalam TV seolah-olah Pengganas ini dilayan seperti menangkap pendatang
haram. Ini persoalan mengapa rakyat atau bekas polis dan tentera merasa
ragu.
Cukup setakat ini persoalan yang saya kemukakan, sekiranya semua persoalan
ini dapat dijawab dengan bukti yang sah saya boleh meneruskan persoalan
lain.
Sekian.
Yang ikhlas,
Ra!
ja Kamaruddin bin Raja Ab Wahid
Bekas Komando
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
