sumber: mahazalimtwo.tripod.com

LAPORAN PENANGKAPAN
AHLI-AHLI keADILan SEREMBAN
PADA MALAM MENJELANG 31 0GOS 2000
Pada malam menjelang 31 Ogos 2000 baru-baru ini seramai enam orang ahli
keADILan Bahagian Seremban, Negeri Sembilan yang meraikan sambutan Hari
Kemerdekaan ke 43 yang bergerak secara konvoi kenderaan dengan mengibarkan
bendera Malaysia dan keADILan telah ditangkap dan disoalsiasat oleh pehak
polis. Arahan penangkapan ini secara jelas adalah dari Ketua Polis Negeri
Sembilan yang juga berada di tempat kejadian yang secara peribadi mengetuai
operasi penahanan tersebut.
Akhbar NST pada 1hb. September 2000 melaporkan mereka telah mempamerkan
gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa didalam perarakan konvoi kenderaan
tersebut. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah
Seremban, Mak Chee Onn dimana beliau telah dipetik menyatakan bahawa "The
youths were also displaying pictures of Datuk Seri Anwar Ibrahim". Diantara
bahan-bahan bukti yang ! dirampas adalah bendera parti keADILan dan gambar
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli-ahli yang ditangkap telah diarahkan untuk
melakonkan semula untuk memasang bendera parti keADILan dikenderaan
masing-masing dan gambar-gambar mereka telah diambil dengan aksi bersama
kenderaan masing-masing bersama bendera keADILan tanpa bendera Malaysia.
Adalah menjadi malang didalam negara ini apabila ada diantara rakyat
Malaysia yang ingin meraikan secara patriotik sempena sambutan kemerdekaan
baru-baru ini bersama mengibarkan bendera sebuah parti yang sah telah
dianggap seperti penjenayah besar. Mereka telah ditangkap bermula dari jam
11.30 malam sehingga jam 4.30 pagi iaitu selama 5 jam. Soal-siasat
berulang-alik diantara bahagian Jenayah dan Cawangan Khas dan empat orang
dari mereka telah menerima surat arahan untuk menghadirkan diri di Mahkamah
Majistret Seremban pada jam 9.00 pagi, 13 September 2000.
Di antara yang telah ditangkap, disoalsiasat dan ! diarahkan ke Mahkamah
Sesyen adalah sepasang suami-isteri yang juga membawa dua orang anak mereka
yang baru berumur dua setengah tahun dan lima tahun. Pehak polis langsung
tidak menghiraukan nasib dua orang kanak-kanak malang yang menangis diluar
Balai Polis Seremban dan malahan sehingga terkencing-kencing sementara
menanti kedua-dua orang ibu-bapa mereka yang sedang disoal-siasat oleh pehak
polis didalam Balai Polis. Sikap ini secara langsung mengambarkan sikap
tidak berperikemanusiaan pehak berkuasa didalam menjalankan tugas mereka di
atas "kesalahan" membawa bendera sebuah parti yang sah bersama bendera
Malaysia.
Apabila Ketua keADILan Bahagian Seremban hadir di Balai Polis pada jam 12
tengahmalam dan bertemu dengan Ketua Polis Negeri untuk menyelesaikan
masalah tersebut, beliau berkeras untuk meneruskan soal-siasat dan
menyatakan terpulang kepada mahkamah yang akan menentukan andaikata mereka
akan didakwa. Apabila ditanya adakah m! ana-mana pehak lain yang meraikan
malam kemerdekaan ditangkap semasa perarakan yang banyak berlaku disekitar
bandar Seremban; beliau menjawab tidak tahu pada peringkat awalnya dan
akhirnya bersetuju bahawa hanya ahli-ahli keADILan yang berarak konvoi
kenderaan yang ditangkap.
Adalah lebih malang kerana pada malam tersebut banyak berlaku perarakan yang
menganggu keadaan lalu-lintas. Malahan dihadapan perhentian bas Terminal One
Seremban berlaku perkara-perkara yang cukup memalukan dengan anak-anak muda
yang mabuk dan menganggu kenderaan yang lalu-lintas. Ada diantara mereka
telah mencurahkan arak di atas kenderaan yang lalu secara perlahan dan ada
jua diantara mereka yang membuka baju serta mula baring di atas jalan. Pehak
polis yang ada tidak membuat sebarang tangkapan dan nampaknya Ketua Polis
Negeri Sembilan lebih tertarik untuk menahan ahli-ahli keADILan yang
bergerak didalam konvoi kenderaan secara aman. Ini semata-mata kerana mereka!
membawa bersama bendera parti dan gambar pemimpin mereka semasa konvoi
kenderaan tersebut.
Parti Keadilan Nasional merasa cukup kesal di atas tindak-tanduk pehak polis
yang gagal memahami hak asasi rakyat negara ini yang ingin menyuarakan suara
mereka menerusi sebuah parti yang sah. Perarakan di malam sambutan
kemerdekaan sewajarnya dialukan walaupun mereka membawa bersama bendera
parti. Ini kerana Parti Keadilan Nasional adalah sebuah parti yang sah yang
jua ingin bersama meraikan malam tersebut. Tindakan menahan sepasang
suami-isteri tanpa menghiraukan dua orang anak kecil mereka adalah sesuatu
tindakan yang amat mengaibkan. Penahanan selama lima jam ibu-bapa mereka
seolah-olah seperti penjenayah besar adalah sesuatu yang tidak sewajarnya
berlaku. Tidak ada seorang anggota polis yang ingin mengambil tahu tentang
nasib anak-anak kecil yang terbiar di luar Balai Polis Seremban semasa
ibu-bapa mereka di soalsiasat. Anak-anak kecil ini! bernasib baik kerana
ramai diantara ahli-ahli keADILan yang berada diluar Balai Polis Seremban
cuba mententeramkan mereka.
Walaubagaimanapun, pada jam 4.00 pagi, Ketua keADILan Bahagian Seremban
tidak dapat menahan sedih dan sabar apabila melihat anak-anak kecil tersebut
menangis-nangis sambil terkencing-kencing untuk berjumpa ibu-bapa mereka
lalu mendukung mereka dan terus menyerbu masuk di bilek Cawangan Khas
Seremban di tingkat satu Balai Polis serta menyerahkan anak kecil tersebut
kepada ibu mereka.
Kita merayu agar pehak polis dapat bersikap profesional dan dapat
menghormati hak asasi rakyat negara ini walaupun mereka adalah dari parti
bukan pemerintah.
Parti Keadilan Nasional Bahagian Seremban menyeru kepada semua
penyokong-penyokong yang bersimpati untuk turut serta memberi sokongan moral
kepada ahli-ahli parti yang telah disoalsiasat diatas "kesalahan" ini untuk
turut hadir diperkarangan Mahkamah Majistret Seremban pada ! jam 9.00 pagi, 13
September 2000.
Lawan tetap lawan!



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke