*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum w.b.k.t
Saudara Saudari yg amat dimuliakan... Melihat daripada beberapa e-mail yg datang
dan menjengah ke inbox Chomel, Chomel dapati ruangan Hizbi ini memang tidak silap
memilih. Chomel rasa senang dengan segala info yg diberi walaupun kadang-kala
tidak berapa "memberi hidayah". Ini termasuklah tulisan dari Chomel barangkali.
Maaf jika Chomel juga adalah antara penyumbang yg kurang memberi posting yg menarik.
Jadi, setelah difikirkan berkali-kali, Chomel telah membuat keputusan untuk meminta
pandangan dari rakan-rakan di ruangan ini. Walaupun agak rumit, tapi terpaksa
jua Chomel teruskan niat di hati walaupun ia akan ibarat kata pepatah Melayu:
"Membuka pekong di Dada". Actually, it's not my own "dirty linen", but it's somebody
elses' that I think I should seek all of you people's opinions and views. I
would appreciate it so much!
Begini; Chomel mempunyai seorang sahabat baik yg cukup baik, lemah lembut, berbudi
bahasa dan mempunyai budi pekerti yg tinggi. Sebelum menikah, beliau ini amat
disenangi oleh bukan sahaja rakan-rakan sebaya; bahkan orang-orang tua juga amat
sayang kepadanya. Terutama orang-orang tua yg mempunyai anak teruna yg sebaya
dengannya; pasti tertarik untuk dijadikan "menantu". Begitu sekali amat halus
budi pekerti sahabat Chomel ini.
Seperkara lagi; si sahabat ini (biar Chomel namakan dia "Nina Sari") dia juga pintar
orangnya. Sifat peramah, bersopan santun dan manis budi bicara juga telah
banyak mempengaruhi Chomel agar menjadi wanita "idola" sepertinya. Nina Sari
adalah antara sahabat Chomel yg begitu akrab sekali; namun nasibnya lebih baik
kerana telah bertemu jodoh. Dan jodoh itu adalah dengan seorang teruna/jejaka
pilihan hatinya sendiri yg melalui zaman percintaan yg agak lama. Mungkin jodoh
Chomel belum ada lagi; itu tidak mengapa.... tapi Chomel terlalu risau dengan
rakan Chomel ini.
Setelah menikah; rezeki Nina Sari amat baik. Beliau amat sukses dalam kerjaya.
Telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Tapi, Nina Sari mungkin kurang puas hati
kerana katanya dia masih "underpaid". Tension kerja, katanya. Kerja macam mau gila,
gajinya enggak seberapa. Kadang-kala terpaksa bekerja lewat malam baru pulang
dari kantor (office). Suaminya? Juga seorang yg sukses; giat dalam aktiviti
kemasyarakatan dan agak popular di kalangan masyarakat setempatnya. Ok, Chomel
tidak mahu "describe" lebih mendalam akan si suami Nina Sari, tapi dia pada asalnya
semasa belum bernikah, agak panas baran orangnya. Tapi sejak akhir-akhir ini
dia agak "tone down" dari dahulu. Ajaib, kan?
Nina Sari, setelah mendapat cahaya mata pertama, masih boleh "maintain" dengan
tutur katanya; tapi bertengkar dengan suami ini adalah terlalu kerap. Chomel tidak
faham mengapa...... Memang Nina Sari tiada tempat lain untuk mengadu; Chomel adalah
orang yg paling rapat dengannya; bahkan dengan keluarga Nina Sari sendiri pun enggak
diceritakan problem yg melanda rumahtangganya. Dan Chomel sekarang telah penuh
dengan segala problem yg dicurahkan kepada Chomel.
Inilah yg anih... Nina Sari sekarang bukan Nina Sari yg dulu. Jika dulu amat
lemah lembut, tapi sekarnag Nina Sari telah berubah. Beliau jadi amat pemarah;
bengis; cepat melenting; bercakap dengan nada tinggi dan segala perkara yg teramat
"contravene" dengan apa sifat positif yg ada pada dirinya sebelum ini.... Baru-baru
ini beliau ada menelefon Chomel dengan keadaan yg teresak-esak oleh tangisan
kerana katanya dia berkelahi dengan suaminya; lalu dia "terlepas" perkataan:
"Kalau sudah tidak suka pada Nina Sari, CERAILAH!" Astaghfirullah...!!! Chomel
terkejut dengan ungkapan Nina Sari terhadap suaminya. Chomel amat marah kepadanya,
Chomel katakah kepadanya; Nina.. kamu telah menggegar "tiang Arasy"! Kamu sudah gila??
Sambil teresak; dia memberitahu Chomel bahawa pertelingkahan itu berlaku disebabkan
oleh anak-anaknya. Katanya, anak-anak terlalu nakal; yg sorang suka berbohong
dan yg sorang lagi "hyper-active". Yang sorang bukan sahaja suka berbohong; tapi
suka mengambil barang-barang berharga Nina Sari. Kemudian disorokkan.
Kata Nina Sari, apa lagi yg mereka mahu? Mahu mainan, dibeli & diturutkan kemahuan
mereka, walaupun tidak semua. Nina Sari selalu berkata kepada saya, "aku tidak suka
menurut kehendak anak-anakku; cuma kadang-kala suamiku yg menjadi 'pak turut'".
Tapi itu bukan persoalan; tapi sikap Nina Sari telah berubah; sehingga anak-anaknya
sendiri telah menggelar Nina Sari sebagai "singa betina yg amat garang"!
Astaghfirullah!
Chomel benar-benar tidak percaya apa yg Chomel dengar. Kata Nina, dia mendapat
tahu bahawa anak-anaknya menggelarkan dia begitu kerana pada suatu hari ketika
dia pulang dari kantor, secara diam-diam dia duduk di luar rumah tanpa disedari
oleh sesiapa pun. Dengan tidak disedari, anaknya yg sulung telah berkata kepada
adiknya; "kamu jangan bersepah barang mainan; nanti pulangnya si singa garang itu,
sudah pasti kamu kena pukul!" Jadi, secara ringkasnya, Nina Sari memang telah
menjadi wanita yg garang dan sudah hilang sifat positif sebelum dia bernikah.
Dan seperkara lagi, Chomel perhatikan Nina Sari agak cemburu. Dia agak suspicious
dengan suaminya walaupun suaminya tidak "berlaku serong" terhadap Nina Sari.. dan boleh
dikatakan suaminya agak baik orangnya kerana dengan Chomel pun dia enggak pernah
mengambil kesempatan. Mulia hatinya. Tapi, Chomel tidak pernah mempunyai
apa-apa perasaan terhadapnya kerana telah menganggapnya sepergi abang kandung.
Dan dia juga bukan "kaki betina" seperti yg Nina selalu runsingkan. Chomel cuba
tenteramkan & yakinkan bahawa suaminya itu tidak akan berlaku serong; Nina
seharusnya tidak perlu bimbang akan hal ini. Lagipun, bagi diri Chomel sendiri
pun tidak pernah terlintas untuk menggugat rumahtangga mereka, yg pasti Chomel
telah punyai pacar yg amat Chomel cintai.
Macam-macam lagi yg Nina Sari ceritakan kepada Chomel... tapi waktu tidak mengizinkan
Chomel terus bercerita. Jadi, cukup setakat ini dulu... buat iktibar/renungan..
semua suri atau isteri... Chomel sukar untuk mengkaji di mana silapnya rumah-
tangga si Nina Sari ini.... mungkin netters yg bijak pandai & arif bisa
menolong.... tolong, yaaa!
Apa yg Chomel ingin ketengahkan ialah.. ADAKAH WANITA YG SUDAH BERKAHWIN
MUDAH MENGUBAH KAREKTORNYA? Seperti Nina Sari, dia banyak menyalahkan suami &
anak-anaknya yg kurang bekerjasama dengannya walaupun dia cuba "berlembut" seperti
dahulu.... entahlah, Chomel sungguh sakit kepalaaa... Takut Chomel untuk
bernikah, kerana Chomel jugak seorang yg lemah lembut; cuma Chomel agak keras
hati sahaja.
Baiklah.. segala komen & pandangan dari netters semua amat Chomel hargai. Nanti
bisa Chomel ketengahkan idea-idea saudara-saudari sekelian kepada Nina Sari. Chomel
tidak
mahu memberi alamat e-mailnya karana bimbang Nina akan memarahi Chomel. Maaf ya..
tapi itu tidak penting, pokoknya, Chomel bisa menasihatinya dengan lebih baik.
Mudah-mudahan Nina Sari akan menjadi Nina Sari yg dahulu.....yg Chomel kenal sejak
dari kecil dulu...moga Allah makbulkan doa Chomel. Amin..
Terima kasih netters, atas perhatian yg diberikan...
Sekian, wassalam
~~CHOMEL SELALU~~
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ratu Chomel Selalu <[EMAIL PROTECTED]>