*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

> Assalamu'alaikum w.b.k.t
>
> Saudara Saudari yg amat dimuliakan...   Melihat daripada beberapa e-mail yg
> datang
> dan menjengah ke inbox Chomel, Chomel dapati ruangan Hizbi ini memang tidak
> silap
> memilih.  Chomel rasa senang dengan segala info yg diberi walaupun
> kadang-kala
> tidak berapa "memberi hidayah".  Ini termasuklah tulisan dari Chomel
> barangkali.
> Maaf jika Chomel juga adalah antara penyumbang yg kurang memberi posting yg
> menarik.
>
> Jadi, setelah difikirkan berkali-kali, Chomel telah membuat keputusan untuk
> meminta
> pandangan dari rakan-rakan di ruangan ini.  Walaupun agak rumit, tapi
> terpaksa
> jua Chomel teruskan niat di hati walaupun ia akan ibarat kata pepatah
> Melayu:
> "Membuka pekong di Dada".  Actually, it's not my own "dirty linen", but
> it's somebody
> elses' that I think I should seek all of you people's opinions and views. 
> I
> would appreciate it so much!
>
> Begini; Chomel mempunyai seorang sahabat baik yg cukup baik, lemah lembut,
> berbudi
> bahasa dan mempunyai budi pekerti yg tinggi.  Sebelum menikah, beliau ini
> amat
> disenangi oleh bukan sahaja rakan-rakan sebaya; bahkan orang-orang tua juga
> amat
> sayang kepadanya.   Terutama orang-orang tua yg mempunyai anak teruna yg
> sebaya
> dengannya; pasti tertarik untuk dijadikan "menantu".  Begitu sekali amat
> halus
> budi pekerti sahabat Chomel ini.
>
> Seperkara lagi; si sahabat ini (biar Chomel namakan dia "Nina Sari") dia
> juga pintar
> orangnya.  Sifat peramah, bersopan santun dan manis budi bicara juga telah
> banyak mempengaruhi Chomel agar menjadi wanita "idola" sepertinya.  Nina
> Sari
> adalah antara sahabat Chomel yg begitu akrab sekali; namun nasibnya lebih
> baik
> kerana telah bertemu jodoh.  Dan jodoh itu adalah dengan seorang
> teruna/jejaka
> pilihan hatinya sendiri yg melalui zaman percintaan yg agak lama.  Mungkin
> jodoh
> Chomel belum ada lagi; itu tidak mengapa.... tapi Chomel terlalu risau
> dengan
> rakan Chomel ini.
>
> Setelah menikah; rezeki Nina Sari amat baik. Beliau amat sukses dalam
> kerjaya.
> Telah dikurniakan 2 orang cahaya mata.  Tapi, Nina Sari mungkin kurang puas
> hati
> kerana katanya dia masih "underpaid".  Tension kerja, katanya.  Kerja macam
> mau gila,
> gajinya enggak seberapa.  Kadang-kala terpaksa bekerja lewat malam baru
> pulang
> dari kantor (office).  Suaminya?  Juga seorang yg sukses; giat dalam
> aktiviti
> kemasyarakatan dan agak popular di kalangan masyarakat setempatnya.   Ok,
> Chomel
> tidak mahu "describe" lebih mendalam akan si suami Nina Sari, tapi dia pada
> asalnya
> semasa belum bernikah, agak panas baran orangnya.  Tapi sejak akhir-akhir
> ini
> dia agak "tone down" dari dahulu.  Ajaib, kan?
>
> Nina Sari, setelah mendapat cahaya mata pertama, masih boleh "maintain"
> dengan
> tutur katanya; tapi bertengkar dengan suami ini adalah terlalu kerap. 
> Chomel tidak
> faham mengapa......  Memang Nina Sari tiada tempat lain untuk mengadu;
> Chomel adalah
> orang yg paling rapat dengannya; bahkan dengan keluarga Nina Sari sendiri
> pun enggak
> diceritakan problem yg melanda rumahtangganya.  Dan Chomel sekarang telah
> penuh
> dengan segala problem yg dicurahkan kepada Chomel.
>
> Inilah yg anih...  Nina Sari sekarang bukan Nina Sari yg dulu.  Jika dulu
> amat
> lemah lembut, tapi sekarnag Nina Sari telah berubah.  Beliau jadi amat
> pemarah;
> bengis; cepat melenting; bercakap dengan nada tinggi dan segala perkara yg
> teramat
> "contravene" dengan apa sifat positif yg ada pada dirinya sebelum ini.... 
> Baru-baru
> ini beliau ada menelefon Chomel dengan keadaan yg teresak-esak oleh
> tangisan
> kerana katanya dia berkelahi dengan suaminya; lalu dia "terlepas"
> perkataan:
> "Kalau sudah tidak suka pada Nina Sari, CERAILAH!"  Astaghfirullah...!!!
> Chomel
> terkejut dengan ungkapan Nina Sari terhadap suaminya. Chomel amat marah
> kepadanya,
> Chomel katakah kepadanya; Nina.. kamu telah menggegar "tiang Arasy"!  Kamu
> sudah gila??
> Sambil teresak; dia memberitahu Chomel bahawa pertelingkahan itu berlaku
> disebabkan
> oleh anak-anaknya.  Katanya, anak-anak terlalu nakal; yg sorang suka
> berbohong
> dan yg sorang lagi "hyper-active".  Yang sorang bukan sahaja suka
> berbohong; tapi
> suka mengambil barang-barang berharga Nina Sari.  Kemudian disorokkan.
>
> Kata Nina Sari, apa lagi yg mereka mahu?  Mahu mainan, dibeli & diturutkan
> kemahuan
> mereka, walaupun tidak semua.  Nina Sari selalu berkata kepada saya, "aku
> tidak suka
> menurut kehendak anak-anakku; cuma kadang-kala suamiku yg menjadi 'pak
> turut'".
> Tapi itu bukan persoalan; tapi  sikap Nina Sari telah berubah; sehingga
> anak-anaknya
> sendiri telah menggelar Nina Sari sebagai "singa betina yg amat garang"! 
> Astaghfirullah!
> Chomel benar-benar tidak percaya apa yg Chomel dengar.  Kata Nina, dia
> mendapat
> tahu bahawa anak-anaknya menggelarkan dia begitu kerana pada suatu hari
> ketika
> dia pulang dari kantor, secara diam-diam dia duduk di luar rumah tanpa
> disedari
> oleh sesiapa pun.  Dengan tidak disedari, anaknya yg sulung telah berkata
> kepada
> adiknya; "kamu jangan bersepah barang mainan; nanti pulangnya si singa
> garang itu,
> sudah pasti kamu kena pukul!"  Jadi, secara ringkasnya, Nina Sari memang
> telah
> menjadi wanita yg garang dan sudah hilang sifat positif sebelum dia
> bernikah.
>
> Dan seperkara lagi, Chomel perhatikan Nina Sari agak cemburu.  Dia agak
> suspicious
> dengan suaminya walaupun suaminya tidak "berlaku serong" terhadap Nina
> Sari.. dan boleh
> dikatakan suaminya agak baik orangnya kerana dengan Chomel pun dia enggak
> pernah
> mengambil kesempatan.  Mulia hatinya.  Tapi, Chomel tidak pernah mempunyai
> apa-apa perasaan terhadapnya kerana telah menganggapnya sepergi abang
> kandung.
> Dan dia juga bukan "kaki betina" seperti yg Nina selalu runsingkan.  Chomel
> cuba
> tenteramkan & yakinkan bahawa suaminya itu tidak akan berlaku serong; Nina
> seharusnya tidak perlu bimbang akan hal ini.  Lagipun, bagi diri Chomel
> sendiri
> pun tidak pernah terlintas untuk menggugat rumahtangga mereka, yg pasti
> Chomel
> telah punyai pacar yg amat Chomel cintai.
>
> Macam-macam lagi yg Nina Sari ceritakan kepada Chomel... tapi waktu tidak
> mengizinkan
> Chomel terus bercerita.  Jadi, cukup setakat ini dulu...  buat
> iktibar/renungan..
> semua suri atau isteri...  Chomel sukar untuk mengkaji di mana silapnya
> rumah-
> tangga si Nina Sari ini....  mungkin netters yg bijak pandai & arif bisa
> menolong....  tolong, yaaa!
>
> Apa yg Chomel ingin ketengahkan ialah.. ADAKAH WANITA YG SUDAH BERKAHWIN
> MUDAH MENGUBAH KAREKTORNYA?  Seperti Nina Sari, dia banyak menyalahkan
> suami &
> anak-anaknya yg kurang bekerjasama dengannya walaupun dia cuba "berlembut"
> seperti
> dahulu.... entahlah, Chomel sungguh sakit kepalaaa...  Takut Chomel untuk
> bernikah, kerana Chomel jugak seorang yg lemah lembut; cuma Chomel agak
> keras
> hati sahaja.
>
> Baiklah.. segala komen & pandangan dari netters semua amat Chomel hargai. 
> Nanti
> bisa Chomel ketengahkan idea-idea saudara-saudari sekelian kepada Nina
> Sari.  Chomel tidak
> mahu memberi alamat e-mailnya karana bimbang Nina akan memarahi Chomel. 
> Maaf ya..
> tapi itu tidak penting, pokoknya, Chomel bisa menasihatinya dengan lebih
> baik.
> Mudah-mudahan Nina Sari akan menjadi Nina Sari yg dahulu.....yg Chomel
> kenal sejak
> dari kecil dulu...moga Allah makbulkan doa Chomel. Amin..
>
> Terima kasih netters, atas perhatian yg diberikan...
>
> Sekian, wassalam
>
> ~~CHOMEL SELALU~~
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
> http://mail.yahoo.com/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Ratu Chomel Selalu <[EMAIL PROTECTED]>
> 


-----------------------------------------------------
Get your FREE email from Catcha! http://mail.catcha.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke