www.parti-pas.org/terengganu/

Terengganu berhak atas tuntutan royalti minyak
Siri 2
Soalan : Siapakah yang berhak kepada royalti minyak ini; Kerajaan Pusat atau
Kerajaan Terengganu?
Jawapan : Royalti minyak adalah hak kerajaan negeri Terengganu yang mesti
dibayar kepada kerajaan negeri Terengganu oleh Petronas, sebabnya :
a. Seksyen 2 Akta Kemajuan Petroleum 1974 menyatakan keseluruhannya bahawa
hak kepunyaan petroleum sama ada di darat atau di laut adalah terserah
(vestal) kepada Petronas dan penyerahan hak kepunyaan ini akan berkuatkuasa
apabila surat acara penyerahan telah ditandatangani. Penyerahan ini adalah
muktamad tidak boleh ditarik balik dan hak kepunyaan itu adalah menjadi hak
kepunyaan Petronas buat selama-lamanya.
b. Sebagai balasan penyerahan ini, Petronas diwajibkan membayar kepada
kerajaan persekutuan dan mana-mana negeri yang berkenaan, iaitu negeri
dimana petroleum dijumpai dan diusahakan satu jumlah sebanyak yang
dipersetujui di antara! pihak berkenaan.
c. Surat cara penyerahan hak kepunyaan telah dibuat oleh semua negeri di
Malaysia, termasuklah negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu. Bagi negeri
Terengganu surat acara itu ditandatangai oleh Menteri Besar Negeri
Terengganu pada masa itu sebagai mewakili negeri dan oleh Yang Mulia Tengku
Razaleigh bin Tengku Hamzah, selaku pengerusi dan Ketua Ekskutif Petronas.
Surat cara penyerahan itu dibuat di Kuala Terengganu pada 22 Mac 1975.
d. Pada hari yang sama dan di tempat yang sama satu perrjanjian
ditandatangani oleh Menteri Besar Terengganu mewakili negeri dan oleh Yang
Mulia Tengku Razaleigh bin Hamzah mewakili Petronas. Perjanjian ini
menetapkan jumlah wang tunai yang mesti dibayar oleh Petronas kepada
kerajaan negeri sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang didapati di negeri
Terengganu dan dijual oleh Petronas atau agen-agen ataun
kontraktor-kontraktornya. Bayaran ini hendaklah dibuat tiap-tiap enam bulan
sekali ia! itu sebelum 1 September bagi petroleum yang diperolehi dan dijual
dalam tempoh enam bulan pertama dan sebelum 1 Mac tahun berikut bagi
petroleum yang diusahakan dan dijual dalam tempoh enam bulan kedua, iaitu
daripada bulan Julai hingga bulan September. Adalah diingatkan bahawa
bayaran wang tunai itu tidak diberi nama apa-apa sama ada royalti atau
bayaran ihsan.
e. Pada 16 September 1987 Petronas memberi nama bayaran wang tunai ini
sebagai bayaran royalti. Ini jelas disebut dalam surat Tan Sri Abdullah bin
Muhamad selaku Presiden Petronas kepada yang berhormat Dato' Seri Amar
Diraja Menteri Besar Terengganu. Surat ini merakamkan persetujuan di antara
Petronas dengan Negeri Terengganu. Bagaimanakah 5% royalti itu dikira atau
dihitung. Tajuk surat ini ialah:
Computation rayalty to the Government The State of Terengganu by Petronas
for the production of petroleum.
Kesimpulannya, bayaran wang tunai itu ialah satu bayaran yang wajib di b! uat
oleh Petronas sebagai balasan menerima hak kepunyaan petroleum daripada
Kerajaan Negeri Terengganu. Bayaran itu bukan satu bayaran ihsan sebagai
belas kasihan atau murah hati Petronas. Bayaran itu diwajibkan apabila
petroleum diperolehi di laut negeri Terengganu dan dijual. Sekiranya
petroleum diperolehi di laut negeri-negeri lain, seperti Pahang, Johor,
Kelantan dan sebagainya, negeri-negeri itu berhak kepada bayaran tersebut
kerana tiap-tiap buah negeri ada membuat surat cara penyerahan hak kepunyaan
dan juga menandatangani perjanjian 5% bayaran wang tunai. Tetapi Allah Yang
Maha Kuasa dan Amat Pemurah Lagi Amat Penyayang telah memberi berkat kepada
negeri Terengganu. Di laut negeri lain tidak dijumpai, tetapi di laut negeri
Terengganu petroleum dijumpai.
Satu kesimpulan lain ialah bayaran wang tunai ini ialah bayaran royalti
kerana mengikut undang-undang, khususnya amalan perniagaan (commercial
usage) , royalti itu ialah satu b! ayaran yang wajib dibuat oleh penerima hak
kepunyaan kepada tuan empunya hak itu. Syarikat-syarikat minyak menggunakan
perkataan royalti kepada bayaran yang mereka buat sebagai balasan kepada
mana-mana concession yang mereka dapat. Bayaran royalti setakat 5% itu
adalah hak kerajaan Terengganu dan rakyat negeri Terengganu dan Petronas
wajib membayarnya . Hak kerajaan Terengganu tidak boleh diganggu dan dibolot
oleh kerajaan pusat.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos - 35mm Quality Prints, Now Get 15 Free!

Kirim email ke