*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum....kengkawan.
Macam biasa le....hari ni hari pertama kerja,kalau kita masuk kerja dah
terus nak buat kerja...mana boleh,izinkan mencelah borak sebaris dua....
sedangkan orang Jepun pun gi senam-senam dulu.. lebih kurang.Tapi kita nak
ikut Jepun tu buat apa? depa memang le kena senam-senam dulu sebelum
kerja....sebab sampai tengah malam pi dok 'kampai'....jadi kena le bagi
cergas balik.Tapi ada antara kita ni nama aje masuk kerja awal....sesetengah
tu mesti melenggung depan komputer dulu.Ada member mencelah, dia kerja
bahagian grafik....mencelah kata kat dia 'kau ni, orang masuk kerja jam 8.00
pagi.....tapi kau masuk pukul 10 am.' Jadi dia kata 'kau tak pa
la......kerja kau ikut prosidur, tapi aku ikut idea' Bila mencelah
fikir-fikir betul jugak, sebab kalau pesyen kerja macam dia kalau tak ada
idea.....nak buat kerja macam mana! otak buntu le tu.
Dalam minggu lepas mencelah bersyukur le.....kerana banyak ilmu serta
panduan yang mencelah perolehi dari kengkawan berkenaan dengan lipan
daripada berbagai aspek dan ada diantaranya mencelah sendiri tak terfikir,
diantaranya ialah seperti berikut;
DARI ASPEK PEMBIAKAN.
Kata Abuhanif:
lipan suka tempat lembab. kalau kering dia akan lari dari situ. timbunan
suratkhabar lama yg lembab tempat yg disukainya. di kawasan rumah teres pun,
kalau ditimbunkan spaper lama luar rumah dan basah tak lama akan adalah anak
lipan yg bakal jadi tok lipan coba belerang - ??
Mencelah jawab:
Mencelah sedar memang pesyen orang kampung sebelum bentang tikar
getah....terlebih dahulu dia orang hamparkan paper dulu untuk mengelakkan
tikar getah dari berbau busuk..tetapi di sebalik itu di bawah tikar akan
menjadi lembab.....itu satu kemungkinan membiaknya lipan.
DARI ASPEK PENGHAPUSAN.
Kata Fara Amiza:
biasa dengar org tua tua cakap...letak belerang ...
Jawab mencelah:
petua orang tua-tua memang boleh kita percayai.....seab orang lama.
Kata Vacua:
cuba amik belerang ...campur dengan garam...tabur keliling rumah....saya tak
tau mujarab untuk lipan ker idak...tapi umtuk binatang yang berbisa mmg
mujarab....
Mencelah jawab:
Kaedah menggunakan belerang memang pernah mencelah amalkan semasa berkemah
di malam hari ketika di Mukah Head dahulu bagi menghidar binatang buas
termasuk ular dari menghampiri kemah kami....alhamdulillah
berkesan....semalaman kami boleh tidur nyenyak, tapi mencelah kurang pasti
samada binatang tak menghampiri ataupun kebetulan kawasan tu tak ada
binatang buas!
DARI ASPEK PERUBATAN.
Kata Harun Al-Rashhid
Mencelah tau tak ...kan lipan tu orang dulu dulu buat obat lelah. naper
mencelah tak ambik bakar dan makan jer....membazir jer kalau
dibuangkan.....
Jawab mencelah:
Dulu semasa mencelah sewa rumah bujang.....ada le jiran seorang makcik tua,
setiap minggu dr cina(sengsei) akan datang memberi rawatan untuk penyakit
lelah dan lumpuh. Apa yang di buat oleh cina tu.....di rebusnya 'lipan
kering'dan airnya di beri minum.Mencelah tengok lipan yang sama cina tu
bawak mari.......memang senang cari makan.
Kata Maimoon:
Saya tak tahu cara nak halau/bunuh lipan secara berkesan tapi cuba guna
sulfur letak bawah tikar getah, jadik tak... Sebenarnya, saya nak share satu
first aid dgn saudara iaitu sekiranya kita digigit lipan. Minta dijauhkan,
tapi sekiranya berlaku kena tahu juga cara nak mengubatnya. Kalau kena lipan
yg besar boleh fatal... Sakitnya bukan kepalang...saya dah kena 2
kali..dirumah yg berlainan. Anyway, caranya begini. Asam jawa yg kita beli
selalunya ada biji, kan? Lagi banyak lagi bagus... Biji tu ditumbuk (ini
kerja kena power sebab biji yg kecik tu susah nak pecah tau..) lepas tu
tampal pada tempat digigit tu... lepas tu cepat bawa klinik atau hospital.
Saya buat begini utk kedua-dua kali kena tu. Alhamdulillah, memang
mujarab...tapi kena jugak tunggu hilang bisa tu.
wassalam
Mencelah jawab:
Petua ini insyaAllah akan mencelah amalkan.....tapi boleh-boleh tak mau le
kena lipan. Malam tu orang rumah mencelah kena gigit dekat kaki....lantas
mencelah papah ke hospital.Bila dah sembuh dia kata kat mencelah 'rupanya
laki aku ni bila aku sakit....dia sayang jugak ya....'.Jadi sebagai
suami....kita kalau ye pun kita sayang kat bini....JANGAN sama sekali kita
lafaskan kepada dia orang.....nanti dia orang mengada-ngada.Yang pentingnya
lafaskan melalui perbuatan.....maksud mencelah bukan o-beijo.....tapi tolong
dia orang punya kerja-kerja rumah.
DARI ASPEK AGAMA:
Kata Nazarizas
Kita tak boleh bunuh binatang dengan air panas dan juga api... Cuba check
ngan yang ariff.
Kata Adasir:
Betul seperti saudari Nor Nazariza kata, Saya ada dengar ceramah Tafsir
Al-Quran & Hadis dari beberapa orang Ustaz yang terkenal. Kita dilarang sama
sekali membunuh binatang atau apa saja dengan air Panas atau membakar dengan
api. Sebabnya semua binatang juga adalah makhluk Allah SWT. Hanya Allah SWT
sahaja yang berhak untuk membakar keatas makhluknya.
Sekian, Wallah hu'alam (Hanya Allah yang lebih mengetahui)
Mencelah jawab:
InsyaAllah mencelah akan menjauhi perbuatan sebegini sekiranya ia di tegah
oleh agama islam.
DARI ASPEK BUDAYA:
Kata Harun:
Ingat masa kecik- kecik dulu ....ana suka usik pompuan dengan lipan ...tekan
sikit kepala dia.Buang 2 sengat dikiri kanan mulut nya.isi dalam kotak
mancis dan bawa kesekolah.Pas tu masukkan dalam beg sekolah budak
pompuan...tenggok... dia orang menjerit bila lipan merayap kat tangan dia
masa nak ambik buku.Ana $ geng - geng semua ketawa sampai sakit perut.
Mencelah jawab:
Akan mencelah lakukan terhadap staf-staf pompuan di tempat kerja ni,dia
orang tu hari-hari bawak hand-bag.....tapi salah sorang dari dia orang sarat
mengandung semilan bulan....tak pa ke? takut nanti tak sempat bawak ke
hospital......terus berterabur dalam opis!
DARI SUDUT KEZALIMAN.
Kata Nurmaisarah
kawe , senang je.... selalunya kawe jirus dengan air panas . Terus jadi
macam udang bakar .....merengkuk-rengkuk.
Jawab mencelah:
Yang ini mencelah kena mikir panjang dulu.....sebab budak Maisarah ni memang
nakal.
DARI ASPEK EKONOMI.
ES Bi kata:
bagus le ada banyak lipan..buat aper nak bunuh ...kan boleh jual...
Kata Zamree:
Jangan bunuh lipan tu...membazir. Why not bela ikan arowana. Pas tu tangkap
dan bagi ikan tu makan...Bila ikan tu dah besar boleh le jual...berlipat
kali ganda
harganya...Contohnya arowana merah yang panjang 12 inci boleh dijual dengan
harga 2-3 ribu...lumayan tu...dah boleh bayar downpayment kapcai. Amacam.
Jawab mencelah:
Ini satu Idea yang bermutu tinggi,setidak tidaknya kita dah boleh dapat side
income yang begitu lumayan.Tapi si-Mrizall kata ikan Arowana sekor sampai
rega hampir tiga ribu ringgit!!! baru bela dua tiga hari....mati, baru le
teriak tak belagu.Mencelah ingat daripada beli ikan arowana yang harga
beribu ringgit....lebih baik mencelah tukar tikar getah rumah arwah ibu
kepada tile!
DARI ASPEK PEMAKANAN.
Kata Nirza:
Telan jee.....baru bestt....heee......
Jawab mencelah:
Telan terus mana nak sedap....lebih enak kalau kita goreng celup tepung,
baru le dia punya kaki rangup macam sirip ikan keli!
DARI ASPEK SARANAN.
Kata Hasnah:
Ini serious tau, baru-baru ini TV 3 suku dalam rancangannya Majalah 3 ada
menyiarkan mengenai perkara ini. Ada satu keluarga yang pakar dalam
menangkap lipan atau hobi depa ni suka tangkap lipan. Saya sendiri pun
geli tengok terlalu banyak lipan yang depa tu dapat tangkap, tetapi saya tak
pasti sama ada ianya di kawasan Selangor atau WP ini. Cuba sdr. talipan TV
3 suku ini untuk mendapatkan kepastian serta no. talipon untuk pakar lipan
ni. Berkemungkinan besar pakar lipan ni dapat tolong sdr menghapuskan
tetamu yang tak diundang tersebut.
Jawab mencelah:
Kalau Hasnah tak ghoyak serious pun.....memang mencelah percaya.Kerana
begitu serious.....talipon pun...dah di klonkan dengan lipan...jadi
'talipan'.InsyaAllah mencelah akan hubungi talipan tv3.
DARI ASPEK MAKLUMAT.
Kata Wan:
Kawe pung tengoh dok cari petua jugok nih sebsb rumoh kawe pun ado banyok
lipan jugok terutamo dalam bilik mandi. Walaupun lipan nie kecik-kecik lagi
tapi banyak, takut jugak anak kecil nanti terpijak kerr apo. Yang heran tu
Ibu dia tok nampok pulak. Kalu ado ore kirim petua ko demo, demo hantar laaa
ko kawe deh.
Jawab mencelah:
Mugo ogre doh kirim blanar petuo kat ambo.....mu ambik lo suku.
Ok....le kengkawan, jam dah pukul 9.30am.... mencelah dah nak mula kerja
bye........
[EMAIL PROTECTED]
(hakcipta terpelihara)
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>