*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Ijinkan ambo menyampuk:  

Satu masa dulu, masa ambo balik kampung,  oleh kerana famili member 
begitu ramai dan rumah yang tidak begitu besar, maka tidurlah dimana 
saja ada ruang.  Rumah pulak rumah atas tanah (tak bertiang).  Lebih 
kurang pukul 2 pagi, bayi saudara kita orang menangis tanpa henti 
(macam bayi dalam cerita Ahmad Albab begitu).  Dibagi susu tak mahu.  
Di dodoi tak mahu. Semua orang terbangun.  Sakit ke budak ni? Digangu
jin ke budak ni?  Oleh kerana ayat Khursi yang dihafal - jadi itulah 
yang dibaca.  Nangis juga budak tu, tapi pelan sikit.  Dalam masing2 
dok termenung apa nak buat dengan budak tu, tiba2 muncul seekor lipan,
mak oi besarnya, dari bawah tilam.  Apa lagi, kita tenyeh2 kepala 
lipan tu sampai lumat.  Lupa pulak akan tatacara menghalau binatang 
berbisa masuk rumah.   Nasib baiklah lipan betul.  Kalau lipan 
jelmaan jin, naya.

Kekadang banyak juga puzzle yang terlintas di kepala pasal lipan ni;
kebanyakannya masih tak terjawab umpama (puzzle ini tak perlu dijawab 
sebab ambo pun tak pasti jawabnya):

- Berapakah jumlah kaki lipan?  Berapa pula jumlah tangannya? 
- Bagaimana lipan tu mengawal kakinya yang banyak tu?
- Kalau ada antara kakinya yang terseliuh, adakah dia akan berjalan 
  sambil 1 kaki terangkat?
- Kalaulah kaki lipan itu 100, ketika melintas tahi lembu, berapa 
  kaki yang lipan tu pakai? dll.

Tapi oleh kerana  persoalan2 diatas itu hanyalah perkara remeh-temeh, 
maka tak perlulah diberikan perhatian. Tapi bagi saintis2 barat, 
perkara2 yang nampak remeh-temeh pun dia orang study. Bila kita tengok
hasil kajian mereka (contoh National Geography), tergambarlah akan 
kehebatan Ilmu Penciptanya. 

Rupa2nya benda2 kecik macam Lipan pun, banyak yang kita tak tahu.
Dan Allah mengangkat orang2 yang berilmu itu beberapa darjat. Tapi
ada orang yang sanggup menenyeh2 orang2 berilmu, umpama ulama.  

Ada satu puzzle dalam Al-Quran; Siapakah orang yang paling zalim? 
Firaunkah?  Namrudkah?  Abu Lahabkah?  

Sekian.

ps: Petua untuk mempercepatkan jalan pengantin yang terlalu slow: 
jerit aje "lipan, lipan" - pasti melompat pengantin tu, especially 
yang pompuan.  

----- Original Message ----- 
From: Ratu Chomel Selalu <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, October 23, 2000 10:50 PM
Subject: Re: H-Net* Lipan : Pelbagai ilmu di perolehi


> Oh ya!  Seperkara yg Chomel sering dengar sejak Chomel tinggal di Malaysia;
> jika kita "terserempak" atau ternampak lipan, maka jangan disebut:  "LIPAN,
> LIPAN!"  tetapi disebutkan "PENGANTIN, PENGANTIN".  Ini adalah kerna binatang
> lipan ini, jika ia dipanggil dengan "lipan", maka pergerakannya akan lebih
> pantas; tapi jika disebut "pengantin, pengantin", maka lipan itu akan
> bergerak perlahan, seperti pengantin.....
> >
----------------------------------------

> > DARI ASPEK SARANAN.
> >
> > Kata Hasnah:
> > Ini serious tau, baru-baru ini TV 3 suku dalam rancangannya Majalah 3 ada
> > menyiarkan mengenai perkara ini.  Ada satu keluarga yang pakar dalam
> > menangkap lipan atau hobi depa ni suka tangkap lipan.   Saya sendiri pun
> > geli tengok terlalu banyak lipan yang depa tu dapat tangkap, tetapi saya tak
> > pasti sama ada ianya di kawasan Selangor atau WP  ini. Cuba sdr. talipan TV
> > 3 suku ini untuk mendapatkan kepastian serta no. talipon untuk pakar lipan
> > ni.  Berkemungkinan besar pakar lipan ni dapat tolong sdr menghapuskan
> > tetamu yang tak diundang tersebut.
> >
> > Jawab mencelah:
> > Kalau Hasnah tak ghoyak serious pun.....memang mencelah percaya.Kerana
> > begitu serious.....talipon pun...dah di klonkan dengan lipan...jadi
> > 'talipan'.InsyaAllah mencelah akan hubungi talipan tv3.
> >
> > DARI ASPEK MAKLUMAT.


__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke