*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>...jgn salah sangka...walaupun ramai org didalam umno...adakah 
>itu menjamin undi mereka kepada umno juga?....tidak semestinya...
>dan saudara tidak boleh mengatakan saya zalim kerana saya ini 
>mengundi pun tak cukup umur...dan harus diingat...tidak semua 
>org didalam umno menyokong tindakan PM itu

Islam mengajar kita mempunyai perasaan belas kasihan dan membela
orang yang dizalimi. Sebab itu dalam hukum Hudud, tujuannya
BUKAN untuk menghukum seseorang Islam yang bersalah tetapi
menyatakan hukuman Allah adalah berat dan pedih. Orang UMNO
tidak mengajar kamu apakah HIKMAH hukum Hudud. Seorang yang
akan didapati bersalah HANYA akan dihukum jika SUDAH JELAS
tersabit kesalahannya. Dalam mahkamah yang menjalankan
hukum Hudud, seorang penzina BUKAN ditahan semata-mata untuk
dihukum, tetapi dibicara atas dasar undang-undang Hudud di-
laksanakan. Untuk menuduh seorang itu berzina, perlu ada 4
orang saksi lelaki wara'. Jika seseorang itu adalah
penzina sekalipun, mahkamah Hudud mesti mencari jalan untuk
mengelakkan daripada dia dihukum.

Inilah yang tidak diterangkan oleh UMNO. Jika si penzina
memang dia berzina, kebetulan dia ditangkap dan dibicarakan
di mahkamah Hudud, pihak mahkamah akan menyoal keempat-empat
saksi supaya keraguan terhadap tuduhan zina berjaya ditimbulkan.
Kalau 3 saksi mengaku mereka benar-benar melihat orang yang
tertuduh itu berzina dan saksi yang keempat itu ragu-ragu
bahawa dia melihat yang tertuduh itu berzina, maka dengan
sendirinya hukuman rejam atau sebat tidak akan dijalankan.
Orang yang benar-benar berzina akan terlepas dari hukuman.
Inilah dasar hukum Hudud, adil dan mengambil kira kesihan
belas.

Katakanlah, 4 orang saksi itu telah membuat pengakuan yang
sah yang tertuduh itu berzina, maka terpaksalah hukuman di-
jalankan. Pada hari si penzina itu akan dihukum, tiba-tiba
salah seorang 4 saksi itu *rasa* dia ragu-ragu terhadap
pengakuannya, maka dia terus memberitahu secara terbuka,
maka pihak mahkamah akan membatalkan hukuman secara otomatik
walaupun pembicaraan sudah selesai. Dengan sendirinya orang
yang sepatutnya dihukum akan dibebaskan serta merta. Sebagai
ganti, dia masih akan dikenakan hukuman yang lebih rengan
yang dinamakan ta'zir.

Inilah yang tidak dijelaskan oleh UMNO tentang Hudud yang
sebenarnya. Apa yang digambarkan oleh UMNO ialah Hudud itu
bererti ramai tangan pencuri kena potong dan batu-batu 
di tepi jalanraya akan berlumuran darah kerana digunakan
untuk merejam ramai penzina. Kamu kena tipu oleh UMNO.

Kembali kepada soal "zalim". Satu contoh yang jelas yang
mana Dr Mahathir telah melakukan satu kezaliman terhadap
Anwar ialah dia dituduh melakukan liwat yang mana Anwar
dibicarakan dalam mahkamah sivil (bukan mahkamah Hudud).
Kalau Anwar dibicarakan mengikut cara mahkamah Hudud, tentu
sekali Anwar akan dibebaskan kerana kes liwat Anwar TIDAK
ADA saksi-saksi yang melihat perbuatan itu. Ini bermaksud
peraturan yang dibuat oleh manusia adalah ZALIM, dan 
peraturan Allah adalah BELAS KASIHAN. Anwar tidak bersalah
dan dia mesti dibebaskan.

Kamu menjadi zalim jika kamu setuju peraturan yang dibuat
manusia adalah lebih baik dan adil. Erti "zalim" sama
dengan makna SYIRIK. Syirik tidak semestinya kamu sembah
berhala. Jika dalam kepercayaan kamu peraturan manusia
adalah setaraf dengan hukum Allah, maka menjadi syiriklah
kamu. Lihatlah dalam akhbar, ada manusia yang mengaku
Islam, tetapi mempertikaikan hukum tudung aurat dan Hudud.

Fikirlah baik-baik, kenapa saya kata UMNO itu zalim.
Ini bukan satu sentimen politik, tetapi tugas memperingatkan
umat Islam supaya JANGAN menjadi sesat atau disesatkan.
Menegur tentang kezaliman BUKAN kerja mencaci atau membuka
aib orang lain. Al-Qur'an ada menyebut kenapa Allah melaknat
kaum Bani Israil. Ini kerana orang-orang Yahudi tidak
berminat beramar ma'ruf dan nahi mungkar sesama mereka.
Mereka melihat sahaja kemungkaran tanpa berani mencegah.

Nabi Isa dan Nabi Daud melaknat kaum Bani Israil *yang kafir*
kerana mereka sentiasa tidak melarang-larangan (sesama sendiri)
dari perbuatan mungkar [makna ayat Al-Maidah 5:78-79]. Perhatikan
orang Yahudi menjadi kafir kerana tidak mencegah kemungkaran.
Mungkin maknanya mereka mendapat saham dosa menjadi sesat
jika mereka melihat kaum mereka yang mengucapkan kata-kata
kufur, tetapi mereka tidak berani menegur.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke