*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
akum,
> Inilah yang tidak dijelaskan oleh UMNO tentang Hudud yang
> sebenarnya. Apa yang digambarkan oleh UMNO ialah Hudud itu
> bererti ramai tangan pencuri kena potong dan batu-batu
> di tepi jalanraya akan berlumuran darah kerana digunakan
> untuk merejam ramai penzina. Kamu kena tipu oleh UMNO.

Saya tidak ditipu oleh umno...bahkan saya belajar tentang hudud
pun bukan daripada umno...saya belajar dari kitab2 dan guru....
tidak pernah pula saya mengatakan gambaran yg diberikan oleh
umno tentang hudud itu benar... bahkan jika saya berpeluang ingin sekali
saya bertemu empat mata dgn mereka yg berkata demikian...

> Kamu menjadi zalim jika kamu setuju peraturan yang dibuat
> manusia adalah lebih baik dan adil. Erti "zalim" sama
> dengan makna SYIRIK. Syirik tidak semestinya kamu sembah
> berhala. Jika dalam kepercayaan kamu peraturan manusia
> adalah setaraf dengan hukum Allah, maka menjadi syiriklah
> kamu. Lihatlah dalam akhbar, ada manusia yang mengaku
> Islam, tetapi mempertikaikan hukum tudung aurat dan Hudud.

hal ini janganlah tuan bimbangkan....say tidak pun bersetuju dgn
apa yg menimpa Anwar...ataupun hukum manusia...

> Fikirlah baik-baik, kenapa saya kata UMNO itu zalim.
> Ini bukan satu sentimen politik, tetapi tugas memperingatkan
> umat Islam supaya JANGAN menjadi sesat atau disesatkan.
> Menegur tentang kezaliman BUKAN kerja mencaci atau membuka
> aib orang lain. Al-Qur'an ada menyebut kenapa Allah melaknat
> kaum Bani Israil. Ini kerana orang-orang Yahudi tidak
> berminat beramar ma'ruf dan nahi mungkar sesama mereka.
> Mereka melihat sahaja kemungkaran tanpa berani mencegah.

saya juga sedar akan hakikat ini...iaitu tidak ramai org yg berani
menegur pemimpin..termasuk ulama...yg saya maksudkan di sini ialah menegur
secara
pertemuan peribadi ...ini adalah kerana media bukanlah cara bijak untuk
menegur..teguran melalui media hanya memalukan org yg ditegur...
apabila kita memalukan org..maka banyak masalah baru akan timbul...
timbulnya dendam dan marah....
mengapakah ramai org termasuk ulama tidak berani menegur PM secara
peribadi...?...
sabda nabi, umat Islam akan musnah bila

1) mereka cinta dunia - takut kehilangan punca rezeki atau pun takut
ditindas
atau takut kehilangan apa yg mereka ada...
2) takut mati ...

dalam hal ini ramai org termasuk dlm golongan yg pertama....mereka tidak
berani menegur pemimpin secara peribadi kerana takut diapa-apakan oleh
pemimpin....mengapa begini...? kemanakah semangat jihad yg sepatutnya
ada dalam diri kita....?.....inilah akibatnya bila umat cinta dunia....

--[ ORaNG MuDE ]--
----- Original Message -----
From: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>
To: hizb <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: luqman ismael <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, October 31, 2000 6:17 AM
Subject: RE: Musykil..musykil...


> >...jgn salah sangka...walaupun ramai org didalam umno...adakah
> >itu menjamin undi mereka kepada umno juga?....tidak semestinya...
> >dan saudara tidak boleh mengatakan saya zalim kerana saya ini
> >mengundi pun tak cukup umur...dan harus diingat...tidak semua
> >org didalam umno menyokong tindakan PM itu
>
> Islam mengajar kita mempunyai perasaan belas kasihan dan membela
> orang yang dizalimi. Sebab itu dalam hukum Hudud, tujuannya
> BUKAN untuk menghukum seseorang Islam yang bersalah tetapi
> menyatakan hukuman Allah adalah berat dan pedih. Orang UMNO
> tidak mengajar kamu apakah HIKMAH hukum Hudud. Seorang yang
> akan didapati bersalah HANYA akan dihukum jika SUDAH JELAS
> tersabit kesalahannya. Dalam mahkamah yang menjalankan
> hukum Hudud, seorang penzina BUKAN ditahan semata-mata untuk
> dihukum, tetapi dibicara atas dasar undang-undang Hudud di-
> laksanakan. Untuk menuduh seorang itu berzina, perlu ada 4
> orang saksi lelaki wara'. Jika seseorang itu adalah
> penzina sekalipun, mahkamah Hudud mesti mencari jalan untuk
> mengelakkan daripada dia dihukum.
>
> Inilah yang tidak diterangkan oleh UMNO. Jika si penzina
> memang dia berzina, kebetulan dia ditangkap dan dibicarakan
> di mahkamah Hudud, pihak mahkamah akan menyoal keempat-empat
> saksi supaya keraguan terhadap tuduhan zina berjaya ditimbulkan.
> Kalau 3 saksi mengaku mereka benar-benar melihat orang yang
> tertuduh itu berzina dan saksi yang keempat itu ragu-ragu
> bahawa dia melihat yang tertuduh itu berzina, maka dengan
> sendirinya hukuman rejam atau sebat tidak akan dijalankan.
> Orang yang benar-benar berzina akan terlepas dari hukuman.
> Inilah dasar hukum Hudud, adil dan mengambil kira kesihan
> belas.
>
> Katakanlah, 4 orang saksi itu telah membuat pengakuan yang
> sah yang tertuduh itu berzina, maka terpaksalah hukuman di-
> jalankan. Pada hari si penzina itu akan dihukum, tiba-tiba
> salah seorang 4 saksi itu *rasa* dia ragu-ragu terhadap
> pengakuannya, maka dia terus memberitahu secara terbuka,
> maka pihak mahkamah akan membatalkan hukuman secara otomatik
> walaupun pembicaraan sudah selesai. Dengan sendirinya orang
> yang sepatutnya dihukum akan dibebaskan serta merta. Sebagai
> ganti, dia masih akan dikenakan hukuman yang lebih rengan
> yang dinamakan ta'zir.
>
> Inilah yang tidak dijelaskan oleh UMNO tentang Hudud yang
> sebenarnya. Apa yang digambarkan oleh UMNO ialah Hudud itu
> bererti ramai tangan pencuri kena potong dan batu-batu
> di tepi jalanraya akan berlumuran darah kerana digunakan
> untuk merejam ramai penzina. Kamu kena tipu oleh UMNO.
>
> Kembali kepada soal "zalim". Satu contoh yang jelas yang
> mana Dr Mahathir telah melakukan satu kezaliman terhadap
> Anwar ialah dia dituduh melakukan liwat yang mana Anwar
> dibicarakan dalam mahkamah sivil (bukan mahkamah Hudud).
> Kalau Anwar dibicarakan mengikut cara mahkamah Hudud, tentu
> sekali Anwar akan dibebaskan kerana kes liwat Anwar TIDAK
> ADA saksi-saksi yang melihat perbuatan itu. Ini bermaksud
> peraturan yang dibuat oleh manusia adalah ZALIM, dan
> peraturan Allah adalah BELAS KASIHAN. Anwar tidak bersalah
> dan dia mesti dibebaskan.
>
> Kamu menjadi zalim jika kamu setuju peraturan yang dibuat
> manusia adalah lebih baik dan adil. Erti "zalim" sama
> dengan makna SYIRIK. Syirik tidak semestinya kamu sembah
> berhala. Jika dalam kepercayaan kamu peraturan manusia
> adalah setaraf dengan hukum Allah, maka menjadi syiriklah
> kamu. Lihatlah dalam akhbar, ada manusia yang mengaku
> Islam, tetapi mempertikaikan hukum tudung aurat dan Hudud.
>
> Fikirlah baik-baik, kenapa saya kata UMNO itu zalim.
> Ini bukan satu sentimen politik, tetapi tugas memperingatkan
> umat Islam supaya JANGAN menjadi sesat atau disesatkan.
> Menegur tentang kezaliman BUKAN kerja mencaci atau membuka
> aib orang lain. Al-Qur'an ada menyebut kenapa Allah melaknat
> kaum Bani Israil. Ini kerana orang-orang Yahudi tidak
> berminat beramar ma'ruf dan nahi mungkar sesama mereka.
> Mereka melihat sahaja kemungkaran tanpa berani mencegah.
>
> Nabi Isa dan Nabi Daud melaknat kaum Bani Israil *yang kafir*
> kerana mereka sentiasa tidak melarang-larangan (sesama sendiri)
> dari perbuatan mungkar [makna ayat Al-Maidah 5:78-79]. Perhatikan
> orang Yahudi menjadi kafir kerana tidak mencegah kemungkaran.
> Mungkin maknanya mereka mendapat saham dosa menjadi sesat
> jika mereka melihat kaum mereka yang mengucapkan kata-kata
> kufur, tetapi mereka tidak berani menegur.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "luqman ismael" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke