*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh,
Beberapa minggu dulu saya ada bentangkan perbandingan yang saya buat antara
UMNO dan PAS. Saya paparkan sekali lagi untuk manafaat netters ahli baru
yang ada hujjah2 untuk membuktikan sebaliknya pengamatan saya. Jika ada
fakta2, silakan.
............................
ANTARA UMNO DAN PAS.
Apa yang saya catatkan dibawah ialah pengamatan saya selama berbelas tahun
sebagai ahli-tak-aktif UMNO dan setelah lebih 2 tahun menjadi ahli PAS.
Kalau ada sesiapa yang ada fakta untuk membuktikan sebaliknya apa yang saya
katakan ini, silakanlah. Tapi, berbincanglah dan berhujjahlah dengan fakta,
bukan emosi kemarahan.
Politik Wang:
UMNO- sudah menjadi bukan rahsia lagi politik wang yang dahsyat berleluasa
di dalam UMNO. Sehinggakan Presiden UMNO sendiri pernah menangis di
Perhimpunan Agung mengesali gejala politik wang dalam UMNO. Saudara ingat
lagi tak? Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain juga banyak menyatakan kekesalan
mengenai politik wang dalam UMNO ini. Ada juga cadangan meminda perlembagaan
UMNO guna mengurangkan politik wang.
PAS- sehingga kini belum kedengaran lagi politik wang berlaku dalam PAS.
Tidak pernah kita dengar Presiden PAS menangis kerana politik wang dalam
Ijtimak PAS. Media pro-UMNO juga tidak pernah melapurkan gejala ini berlaku
dalam PAS. Jika ada, setentunya spy-spy UMNO akan memberitahu media2 untuk
menjatuhkan imej PAS.
Surat Layang/Fitnah-
UMNO- juga menjadi bukan rahsia lagi fitnah/surat layang juga berleluasa
dalam UMNO. Pemimpin UMNO sendiri yang mengakui dan membongkar rahsia ini.
Yang terbaru ialah mengenai fitnah (kerana belum ada hitam putih, maka
fitnahlah) yang mengena Abu Hassan Umar. Abu Hassan sendiri yang mengaku
dalam media massa pro-UMNO bahawa dia mangsa surat layang. Katanya surat
layang yang memfitnah beliau bermula bila dia nak tanding naib presiden
dulu. Dan tragedi surat layang itu berakhir dengan dia terpaksa meletak
jawatan. Bukan Abu Hassan sahaja, bekas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri
Anwar Ibrahim juga menjadi mangsa surat layang (anggapan majoriti bangsa
Melayu le. Minoriti rakyat Melayu (40%-berdasarkan pola undi 1999) tidak
anggap itu surat layang).
PAS- lagi sekali, gejala ini tidak pernah kita dengar berlaku dalam PAS.
Media massa pro-UMNO seperti UM atau BH tidak pernah melaporkan ada pemimpin
PAS yang letak jawatan kerana surat layang. Yang ada meletak jawatan kerana
nak masuk UMNO seperti Ustaz Nakahei. Lagi sekali, jika ada setentunya TV3
diikuti U/Malaysia yang mula2 memaparkan berita itu.
Rasuah:
UMNO- kadangkala kita dengar pemimpin-pemimpin tinggi UMNO yang dihadapkan
ke mahkamah atas tuduhan rasuah. Contohnya seorang ADUN di Melaka (lupa
namanya) dan seorang lagi di Selangor (juga lupa namanya). Kes mahkamah
mereka hangat dibicarakan dalam media pro-UMNO. Dalam perbicaraan Anwar
Ibrahim, ada tercatat bahawa ACA sudah ada kes kukuh untuk mendakwa Ketua
Wanita UMNO Rafidah Aziz dan bekas Ketua Pemuda UMNO (Rahim T. Chik) atas
kes rasuah. Malahan, menurut apa yang diperkatakan di mahkamah, Peguam
Negara juga sudah bersedia untuk mendakwa. Tapi tak jadi kerana sebab-sebab
tertentu. Ini bukan fitnah, tetapi apa yang dibicarakan dalam mahkamah. Naib
presiden Muhammad Taib sendiri pernah dihadapkan ke mahkamah di Australia
dan Malaysia kerana tuduhan rasuah. Walaupun dia menang kes, namun hakikat
dia dihadapkan ke mahkamah sedikit menjatuhkan kredibiliti beliau. Orang
kata dalam politik, kita bukan hanya kena amanah, tapi kena nampak amanah.
Kalau di negeri Barat atau di Jepun, sudah tentu pemimpin sebegini akan
tenggelam dari arus politik perdana.
PAS- setakat ini, belum ada (dan kita doakan tidak akan ada) lagi pemimpin
PAS yang dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah. Mereka sudah memerintah
Kelantan lebih 10 tahun. Tuan Guru Nik Aziz menyatakan kepada ACA tidak
perlu mendapat kebenaran dia jika mereka nak siasat EXCO atau ADUN PAS. Dan
sehingga kini, tidak pernah ACA menghadapkan mana-mana ADUN atau EXCO PAS
Kelantan kerana rasuah. Yang ada hanyalah tuduhan-tuduhan liar tanpa bukti
dari pemimpin UMNO. Begitu juga mengenai kononnya rasuah dalam pengendalian
Tabung Memali. Ada tuduhan dan report polis kononnya pemimpin PAS
menyalahgunakan Tabung itu. Namun, sehingga kini belum ada kes pendakwaan
rasuah terhadap pepimpin PAS berkenaan. Menurut Presiden PAS, pihak polis
telahpun menyiasat report itu dan didapati tiada asas. Walaubagaimanapun,
pihak PAS menyerahkannya kepada polis untuk meneruskan siasatan jika mereka
mahu. Manakala di T'ganu, Kerajaan PAS mengambil langkah pro-aktif dalam
menghalang rasuah dengan menubuhkan Hisbah yang akan memantau apa2
penyelewangan di kalangan pemimpin T'ganu.
Halah-tuju ISLAM
UMNO- Halatuju Islamnya tidak jelas. Bukan saya yang kata, tetapi ahli MT
UMNO Datuk Annuar Musa. Kalian bacalah artikelnya dalam Utusan Melayu 20 dan
21hb September. Annuar Musa yang mengaku nampak kurang jelas halatuju UMNO
dalam mencapai cita-cita Islam. Justeru, Annuar Musa mencadangkan agar
perlembagaan UMNO diubah untuk menjelaskan halatuju Islam UMNO.
PAS- Dalam perlembagaan PAS, memang jelas mereka berpandukan Al-Quran dan
Hadis sebagai paksi perjuangan mereka.
Siapa Paling Berpengaruh:
UMNO- Dalam UMNO adakah Biro Agama yang paling berkuasa? Rasanya tidak. Biro
Agama UMNO sama tarafnya dengan Biro Pemuda atau Biro Wanita. Mereka bukan
penggubal dasar. Yang paling berkuasa ialah Majlis Tertinggi. Dalam MT,
kebanyakan daripada ahlinya bukan ahli agama. Hanya beberapa orang sahaja
seperti Dr. Hamid Osman. Justeru, jika majoriti ahli-ahlinya bukan ahli
dalam hukum hakam Islam, bolehkah mereka membawa UMNO menuju destinasi Islam
berlandaskan panduan Al-Quran dan Hadis. Jika pilot bukan ahli dalam
selok-belok pemanduan kapal terbang, apa akan jadi ketika hendak berlepas?
Selamatkah sampai ke destinasi Islam?
PAS- Yang paling berpengaruh dalam PAS ialah Majlis Ulamaknya. Maknanya yang
paling berpengaruh dalam mengawasi perjalan PAS ialah mereka yang ahli dalam
hukum-hakam Islam. Jika sebuah kapalterbang, pilotnya terkenal handal dalam
pemanduan kapal terbang. Jika ada ribut pun, insyaAllah kapal terbang masih
boleh terbang dengan tenang.
Pengamatan diatas adalah sebagai renungan bersama. Jika idea saya ini tidak
benar, maka sangkallah dengan hujjah befakta, bukan dengan emosi amarah.
Jika anda dapati ianya betul, maka pilihlah antara UMNO atau PAS berdasarkan
kriteria di atas.
Wassalam.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>