*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,
Berikut satu pandangan kritis Shahris Samad mengenai topik berkenaan:
Boleh dibaca dalam laman webnya
http://www.shahrir-umno.com/Source/article.asp?Article=PNBPP
......................
PNB : Penswastaan atau Perompakan ?
Di Seminar Ekonomi Malaysia anjuran Alumni UKM pada 5hb September,2000, saya
telah membincangkan pencapaian ekonomi negara sepanjang tempuh 15 tahun yang
lalu di dalam era kepimpinan Datuk Seri Dr Mahathir dan membuat penilaian
saya secara telus dan ikhlas. Kesimpulan saya ialah begitu banyak yang telah
dicapai oleh negara dalam tempuh tersebut dan orang Melayu tidak ketinggalan
menikmati dari kemajuan dan kejayaan itu. Namun demikian, dalam penilaian
sebahagian besar masyarakat Melayu yang telah dilakukan semasa pilihanraya
1999, kepimpinan Dr Mahathir dipersoalkan secara hebat dan hampir menyamai
penilaian yang telah dilakukan terhadap kepimpinan Almarhum Tunku Abdul
Rahman pada pilihanraya umum 1969.
Di antara perkara yang menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu semasa
pilihanraya umum 1999, khususnya di Terengganu dan dikalangan kakitangan
PETRONAS, ialah isu pembelian aset perkapalan milik Konsortium Perkapalan
oleh syarikat minyak negara. Saya percaya bahawa isu ini menimbulkan
persoalan bukan sahaja di negeri itu tetapi menjadi tandatanya di kalangan
masyarakat Melayu di negeri-negeri lain. Akan tetapi, saya difahamkan bahawa
kesan isu ini agak hebat di negeri pantai timur itu.
Sebenarnya, sebelum PETRONAS membeli aset perkapalan itu, Chase Manhattan
Bank telah di tugaskan untuk membuat penilaian aset berkenaan supaya menjaga
kepentingan umum kerana melibatkan penggunaan wang PETRONAS sebagai pemegang
amanah kepada sumber negara. Ini adalah suatu tindakan yang bijaksana,
kerana ianya selaras dengan keperluan ketelusan dalam soal saperti ini. Yang
hanya boleh di pertikaikan ialah samada PETRONAS harus terlibat secara
langsung di dalam industri perkapalan, kerana maseh terdapat syarikat
perkapalan milik bumiputera yang hidup subur dan berwibawa yang tidak perlu
di selamatkan oleh PETRONAS. Umpamanya, syarikat HALIM MAZMIN BHD yang
tersenarai di Papan Kedua Bursa Saham KL.
Dalam penyampaian saya di Seminar Ekonomi Malaysia tempuh hari, suatu kesan
negatif dari pelaksanaan dasar ekonomi Dr Mahathir ialah keujudan suatu
oligarki ekonomi yang, melalui hubungan rapat mereka dengan pucuk pimpinan
negara, mendapat peluang- peluang yang tidak mungkin terbuka kepada usahawan
lain. Saya juga telah mempersoalkan bagaimana ekuiti dalam syarikat-syarikat
umum (public listed companies) yang dipegang oleh PNB telah di jual, atau di
swastakan, kepada pihak-pihak tertentu tanpa sebarang proses tawaran terbuka
atau pun penilaian oleh pihak yang bebas. PNB juga sebuah badan pemegang
amanah kepada masyarakat Melayu dan seharusnya sebarang penjualan asetnya
dilakukan di atas sebab-sebab yang paling munasabah dan secara telus dan
terang.
Tanpa ketelusan, penswastaan aset PNB akan bakal menimbulkan pertanyaan dan
tuduhan bahawa apa yang sebenarnya berlaku bukanlah penswastaan tetapi
perompakan. Suatu ketika dahulu, Tan Sri Shamsuddin Kadir, seorang usahawan
Melayu yang terkemuka, telah bercadang membeli ekuiti milik PNB di dalam
syarikat UMW. Usaha beliau telah di bantah oleh seorang pengarah Melayu,
yang mewakili PNB, dalam UMW. Kehebuhan dan perdebatan yang menyusuli
bantahan itu telah memaksa Tan Sri Shamsuddin untuk membatalkan rancangannya
itu. Tetapi tidak semua penjualan aset PNB mendapat perhatian media dan di
bahas secara terbuka sapertimana telah berlaku berikutan usaha pembelian
ekuiti PNB dalam syarikat UMW. Maka kalau sesuatu penjualan itu di lakukan
dalam gelap dan secara senyap-senyap, tanpa iklan dan proses tawaran, apakah
bezanya dengan perompakan ?
Baru-baru ini, ekuiti PNB dalam syarikat MMC telah dijual kepada suatu
kumpulan Melayu. MMC adalah sebuah syarikat yang di tubuh semasa tempuh awal
DEB berikutan usaha kerajaan untuk membawa balik syarikat-syarikat
perlombongan milik British ke negara kita bagi menjaminkan agar kekayaan
sumber negara berada di bawah penguasaan negara dan kerajaan. Inilah
kehebatan DEB ketika itu dan pelaksanaannya di iringi oleh semangat dan
kebanggaan nasionalis.
Sesudah MMC menjadi milik individu-individu Melayu ini, pegangan nya dalam
Ashton Mines, iaitu sebuah lombong berlian di Australia sedang dalam proses
penjualan. Ikut cerita, penjualan aset MMC ini akan menghasilkan sebanyak RM
600 million. Dengar cerita lagi, MMC akan menjual Tronoh Mines yang di
milikki oleh nya. Entah berapa juta pula yang di perolehi melalui penjualan
aset-aset MMC ini ? Di samping itu, dengar cerita juga, MMC sedang
mempertimbangkan pembelian ekuiti dalam syarikat Tanjung Pelepas Port (PTP).
Pembelian ekuiti dalam PTP adalah menyusuli pembelian sebuah janakuasa
lektrik dari TNB.
Keadaan ini bermakna bahawa penswastaan aset dan harta PNB boleh dilakukan
tanpa umum mengetahui rasionalenya. Apakah strateginya ? Adakah ianya
bertujuan untuk meningkatkan kedudukan ekonomi orang Melayu ? Apa ruginya
kepada bangsa dan negara ataupun MMC sendiri sekiranya ekuiti syarikat itu
terus di pegang oleh PNB ? Sudahkah satu penilaian di buat terhadap ekuiti
MMC itu sapertimana berlaku semasa PETRONAS membeli aset perkapalan milik
Konsortium Perkapalan, atau adakah kumpulan individu yang membeli ekuiti MMC
dari PNB ini lebih istimewa dari pihak yang memilikki Konsortium Perkapalan
?
Sebenarnya, cerita penjualan ekuiti MMC yang di pegang oleh PNB bukanlah
cerita baru kerana, pada satu ketika dahulu, telah kedengaran ura-ura bahawa
KUB bakal mengambilaleh ekuiti PNB dalam MMC. Tetapi bukan ini yang berlaku.
Sebaliknya, satu kumpulan individu, yang pastinya rapat dengan pucuk
pimpinan Kerajaan, pula yang telah berbuat demikian.
Sesudah MMC menjadi milik individu-individu Melayu ini, pegangan nya dalam
Ashton Mines, iaitu sebuah lombong berlian di Australia sedang dalam proses
penjualan. Ikut cerita, penjualan aset MMC ini akan menghasilkan sebanyak RM
600 million. Dengar cerita lagi, MMC akan menjual Tronoh Mines yang di
milikki oleh nya. Entah berapa juta pula yang di perolehi melalui penjualan
aset-aset MMC ini ? Di samping itu, dengar cerita juga, MMC sedang
mempertimbangkan pembelian ekuiti dalam syarikat Tanjung Pelepas Port (PTP).
Pembelian ekuiti dalam PTP adalah menyusuli pembelian sebuah janakuasa
lektrik dari TNB.
Keadaan ini bermakna bahawa penswastaan aset dan harta PNB boleh dilakukan
tanpa umum mengetahui rasionalenya. Apakah strateginya ? Adakah ianya
bertujuan untuk meningkatkan kedudukan ekonomi orang Melayu ? Apa ruginya
kepada bangsa dan negara ataupun MMC sendiri sekiranya ekuiti syarikat itu
terus di pegang oleh PNB ? Sudahkah satu penilaian di buat terhadap ekuiti
MMC itu sapertimana berlaku semasa PETRONAS membeli aset perkapalan milik
Konsortium Perkapalan, atau adakah kumpulan individu yang membeli ekuiti MMC
dari PNB ini lebih istimewa dari pihak yang memilikki Konsortium Perkapalan
?
Pada hemat saya, PNB adalah pemegang amanah ekonomi yang utama bagi
masyarakat Melayu selaras dengan matlamat DEB. PNB telah menggalakkan kearah
sikap tabungan bagi orang Melayu dan tabungan adalah satu ciri utama untuk
meningkatkan ekonomi orang Melayu. Di samping itu, pegangan PNB dalam MMC
adalah strategik untuk memperkukuhkan kedudukan Melayu dalam dunia korporat.
Mengapa tidak dibangunkan potensi ini sepenuhnya dengan membangunkan
kepakaran pengurusan korporat Melayu, yang mana juga adalah perlu untuk
memperkukuhkan kedudukan kelas pertengahan Melayu itu sendiri.
Satu ketika dahulu, pada peringkat awal pelaksanaan DEB, masyarakat bukan
Melayu telah mempersoalkan kedudukan ekonomi mereka yang terlalu tertumpu
kepada jenis perniagaan yang bercorak 'family-owned' dan 'family-run'
sedangkan orang Melayu melalui DEB telah menerokai dunia korporat dengan
begitu pantas. Ramai pihak dari kalangan masyarakat bukan Melayu telah
merasakan cara tradisional ini akan membuat masyarakat mereka ketinggalan di
dalam bidang ekonomi. Nampaknya, dengan keputusan untuk menswastakan
aset-aset PNB kepada kumpulan individu Melayu akan membawa ekonomi Melayu
kepada corak yang tradisional ini. Bezanya yang besar ialah sungguhpun ia
nya tradisional tetapi individu yang terlibat adalah sebahagian dari
oligarki ekonomi negara.
Sebenarnya, penjualan ekuiti dalam MMC oleh PNB kepada kumpulan individu ini
tidak akan menambah pegangan ekuiti Melayu dan bumiputera dalam sektor
korporat. ianya merupakan pemindahan sahaja. Maka, adalah mungkin ia
merupakan satu langkah strategik. Akan tetapi, kumpulan individu yang
membeli ekuiti dalam MMC ini sudahpun mempunyai dua buah syarikat awam hasil
daripada penswastaan Pelabuhan Johor dan anak syarikat milik KEJORA, iaitu
JTOP. Pendekata, kumpulan individu ini bukan sahaja telah dua kali mendapat
faedah dari penswastaan aset kerajaan di Johor, tetapi telah pula diberikan
peluang untuk mengambilaleh MMC dari PNB.
Bukan sebarangan orang yang boleh mendapat sampai tiga kali peluang. Ini
merupakan suatu yang biasa bagi mereka yang menjadi anggota oligarki ekonomi
negara. Begitu banyak yang akan dilonggokkan kepada seseorang itu sehingga
ia menimbulkan gambaran seolah tidak ada sempadan dan kesudahan bagi
memuaskan nafsunya. Inilah yang saya maksudkan dengan fenomena yang berlaku
semasa tahun-tahun 90an, ketika mana pelaksanaan strategi penswastaan yang
seiring dengan keghairahan bursa saham menjadikannya dekad 'The Greedy
90's'.
Keadaan ini, dimana dilonggokkan berbagai peluang kepada satu kumpulan kecil
yang menjadi anggota oligarki ekonomi, telah berlaku sebelum pilihanraya
umum 1999, dan ia menjadi satu sebab mengapa UMNO di lihat sebagai sebuah
parti pemerintah yang terlalu memelihara kepentingan korporat dan ahli
perniagaan. Ianya samalah saperti tuduhan terhadap kepimpinan Almarhum Tunku
pada pilihanraya 1969. Malangnya, tindakan yang sama sedang di teruskan
selepas pilihanraya umum 1999 seolah-olah maseh tidak ada perubahan dalam
sikap pucuk pimpinan parti dalam Kerajaan. Isu-isu penswastaan telah
dibangkit semasa kempen pilihanraya umum yang lalu dan telah turut membawa
kesan negatif kepada calon-calon UMNO khususnya. Apatah lagi kalau
peluang-peluang penswastaan itu turut melibatkan aset-aset PNB yang
sepatutnya menjadi pemegang amanah utama bagi masyarakat Melayu.
Nampaknya, teori Dr Mahathir bahawa kejayaan ekonomi orang Melayu perlu
kepada keujudan satu kumpulan billionaire Melayu, maseh di gunapakai.
Kalaulah billionaire Melayu itu handal sangat di dalam selok-belok
perniagaan, mengapakah perlu sehingga ianya mendapat sampai tiga peluang
penswastaan. Tidakkah cukup dengan dua buah syarikat awam hasil dari
penswastaan aset Kerajaan di negeri Johor untuk menjadi asas dan pemangkin
kepada kejayaan nya seterusnya. Mengapakah perlu bagi di pindahkan aset yang
dimilik oleh beribu orang Melayu yang menabung di dalam sekim amanah saham
PNB kepada suatu individu atau kumpulan kecil, walaupun mereka juga Melayu.
dalam tahun 1997, apabila Dr Mahathir di tuduh mempunyai kroni, beliau
menjawab bahawa setiap orang Melayu yang berlabur melalui PNB adalah kroni
Kerajaan. Tetapi yang sebenarnya, ada yang 'Kroni' dan ada yang 'kroni'
sahaja.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>