*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'laikum,
Kata Shahrir Samad dalam
http://www.shahrir-umno.com/Source/article.asp?Article=sabtu_4 , Mahathir
tidak suka kepadanya.
Inilah celotehnya dalam laman web beliau:
(Pelajari mentaliti UMNO melalui Shahrir. Bagus juga ni)
.........................................
SEMBANG SABTU - Siri 4, 3 November 2000
http://www.shahrir-umno.com/Source/article.asp?Article=sabtu_4
A friend commented to me that he was perplexed why the ideas of a new
Malaysia, new Asia and even new Malays are being expounded by old people.
* * * * * * * *
� .. PILIH KAWAN DENGAN BIJAK�.�
Baru-baru ini, saya diberitahu oleh seorang rakan bahawa beberapa pemimpin
Pemuda UMNO Malaysia telah pun dinasihat oleh pemimpin tinggi parti untuk
berfikir secara mendalam sekiranya hendak berbaik dengan saya. Mengikut
cerita, oleh kerana Perdana Menteri begitu tidak menyukai saya, maka sesiapa
yang agak rapat dengan Shahrir akan berhadapan dengan masaalah untuk
mendapat kontrak dan sebagainya daripada Kerajaan. Oleh itu, adalah lebih
bijak sekiranya pemimpin-pemimpin muda yang masih jauh lagi perjalanan
mereka didalam politik UMNO, memilih dengan betul siapa yang patut menjadi
kawan mereka.
Adalah munasabah bagi orang yang berkedudukan memberi nasihat yang berguna
kepada golongan muda. Umpamanya, seorang bapa akan menasihatkan anak-anaknya
untuk memilih kawan-kawan yang berperangai baik. Kalau mengikut asas ini,
nampaknya saya ini seolah seorang pencuri atau penjahat yang tidak patut
dijadikan kawan oleh pemimpin muda UMNO. Apalah agaknya nasib saya ini,
kerana saya tidak pernah mengajak orang muda untuk melakukan apa-apa pun
penyelewengan.
Semata-mata saya tidak disukai oleh Perdana Menteri, maka adalah sahaja
Menteri-menterinya yang akan cuba memastikan kemurkaan itu akan turut
dikongsi dan dirasai oleh pemimpin dan ahli UMNO yang lain. Dulu semasa
Anwar Ibrahim menjawat kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri, itu
jugalah keadaannya. Nampaknya sukar juga untuk suasana dalam Kerajaan untuk
berubah. Kerana itu, kadangkala saya terperanjat mengapa saya boleh terpilih
oleh perwakilan UMNO untuk mendudukki Majlis Tertinggi. Entahlah apa pula
pendapat Presiden ?
..............
Wassalam.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>