Date: Tue, 7 Nov 2000 17:08:47 +0800

www.harakahdaily.com
BN peralat polis tindakan tidak bijak
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Hrkh) - Parti Keadilan Nasional melahirkan tidak
puashati dengan cara pasukan keselamatan mengendalikan orang ramai yang
ingin menyertai Perhimpunan 100,000 Rakyat anjuran satu Jawatankuasa Khas
Barisan Alternatif 5 November lalu.
Setiausaha Agung parti, Mohd Anuar Tahir berkata, tindakan pihak polis
menyekat dan menutup jalan-jalan menghala ke Kampung Jalan Kebun, tempat
program diatur untuk dilaksanakan, adalah satu usaha sia-sia untuk
menakut-nakut serta menafikan hak rakyat.
Katanya, apa yang sangat dikesalkan lagi, ialah perhimpunan tersebut asalnya
dirancang untuk diadakan di dalam kawasan milik (harta persendirian) ahli
keADILan yang juga pimpinan keADILan Bahagian Shah Alam.
"Kekerasan yang digunakan oleh pihak penguasa seperti merobohkan pentas,
merampas sistem pembesar suara dan menangka! p para petugas yang sedang
menyediakan persiapan; mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab regim
pemerintah negara ini sekarang.
"Cara pihak pemerintah melayani parti-parti politik pembangkang, seolah-olah
pemimpin pembangkang tidak mempunyai pengetahuan dan hak dalam sistem
undang-undang negara ini," katanya dalam satu kenyataan kepada
Harakahdaily.com
Tambah beliau, kehadiran Presiden dan Pengerusi parti-parti Barisan
Alternatif yang juga Ahli Yang Berhormat yang dipilih oleh rakyat, tidak
dihormati dan diendahkan. Malah mereka juga turut ditembak dengan gas
pemedih mata dan disembur air asid.
"Apakah Mahathir menganggap pimpinan utama Barisan Alternatif ini tidak
memahami hak dan tanggungjawab mereka sehingga diperlakukan begitu rupa?.
"Sikap dan tabiat para pemimpin Barisan Nasional yang memperalatkan anggota
keselamatan hendaklah dihentikan segera. Fenomena ini akan menghancurkan
negara yang tercinta ini.
Katanya lagi,! sistem pemerintahan BN semakin jauh daripada demokrasi yang
mereka sendiri canang-canangkan. Kedegilan dan keangkuhan mereka hanya akan
menyeksa rakyat jelata dan merugikan diri mereka sendiri serta menjatuhkan
maruah dan imej negara di mata dunia.
Dalam peristiwa kelmarin, 122 orang telah ditahan polis.
"Kami difahamkan bahawa kebanyakan yang ditahan telah dipukul, diterajang,
ada yang dipecahkan cermin kereta sebelum direntap keluar dan pelbagai
kekasaran sebelum diangkut ke dalam kenderaan polis untuk dibawa ke tempat
tahanan.
"Malah diberitakan ada yang cedera teruk dan difahamkan sedang menerima
rawatan rapi di sebuah hospital semalam," katanya kesal.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.

Kirim email ke