Date: Tue, 7 Nov 2000 17:11:32 +0800

www.harakahdaily.com
Gerakan Islam seluruh dunia boikot barang Amerika
Oleh Nur Abdul Rahman
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Hrkh) - Gerakan Islam seluruh dunia mengambil ketetapan
untuk memboikot semua barang-barang keluaran Amerika sebagai bantahan
terhadap keganasan Yahudi terhadap umat Islam di Palestin.
Ketetapan itu dipersetujui dalam perbincangan meja bulat dalam perhimpunan
lebih setengah juta umat Islam di Madinatul Ilm Qurtubah di Islamabad,
Pakistan pada yang bermula 26 hingga 28 Oktober lalu.
Demikian menurut Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa yang menjadi
salah seorang wakil rombongan PAS pada perhimpunan itu bersempena Mesyuarat
Tahunan Jamaat Islami Pakistan.
Selain beliau, turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS Pusat yang juga
Menteri Besar Terengganu, YAB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bersama isteri
beliau, dan Ustaz Zakaria Dagang, Ketua Dewan Pemuda PAS Terenggan! u.
Dalam ucapannya, Ustaz Hadi telah menegaskan betapa pentingnya umat Islam
bangkit sebagai satu kuasa untuk menentang segala bentuk kezaliman yang
sedang diperlakukan keatas umat Islam.
Beliau telah juga memberikan contoh tentang pengalaman PAS di Malaysia.
Antara tokoh gerakan Islam yang hadir ialah Syeikh Rashid Al-Ghannoushi
(Ketua Parti Nahdhah Tunisia, Qadi Hussin Ahmad (Ketua Jamaat Islami
Pakistan), Dr Hassan Huwaidi (Naib Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin).
Sementara itu, menurut Ustaz Nasaruddin, pada 10 November ini, semua gerakan
Islam antarabangsa diminta untuk mengadakan demonstrasi membantah kekejaman
Yahudi terhadap Palestin.
Justeru itu, PAS bercadang akan mengadakan solat hajat bagi tujuan tersebut.

Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?!
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.

Kirim email ke