Date: Tue, 7 Nov 2000 17:06:02 +0800

www.harakahdaily.com
Adun BA Selangor boikot istiadat Putrajaya jadi Wilayah
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Hrkh) - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan
Alternatif Selangor bertindak memboikot istiadat menandatangani Surat
Perjanjian Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan di Balairong Seri di Istana
Negara jam 10.30 pagi tadi.
Turut hadir pada majlis istiadat itu ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang Di Pertuan Agung, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Duli Yang
Maha Mulia Pemangku Raja Selangor, Yang Amat Berhormat, Perdana
Menteri Malaysia dan Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo. Menurut
Adun Kajang, Dr Shafie Abu Bakar dalam kenyataan beliau kepada Harakahdaily.
com hari ini, istiadat tersebut dilakukan mendahului dan tanpa mendapat
kelulusan dari sidang Dewan Undangan Negeri Selangor dan menyifatkan wibawa
dewan tidak dihormati.
Tambah beliau, tindakan me! mboikot istiadat itu juga dilakukan kerana
melahirkan rasa tidak setuju dengan keangkuhan kabinet apabila Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi pada 18 Oktober lalu telah
mengumumkan bahawa Kabinet bersetuju menjadikan Putrajaya menjadi Wilayah
Persekutuan tanpa mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor terlebih
dahulu.
"Kenyataan ini lebih jelas dengan kenyataan Datuk Rais Yatim secara keras,
bahawa tiada siapa dapat mencegah keputusan kerajan menjadikan Putrajaya
Wilayah Persekutuan (Sunday Star 22 Oktober 2000)," katanya.
Mereka turut membantah sikap MB Selangor, Dr Khir Toyo yang memungkiri
janji.
Ini kerana selepas protes dibuat terhadap keputusan kabinet bersetuju
menjadikan Putrajaya Wilayah Persekutuan tanpa merujuk kepada keputusan Dun,
MB berjanji akan membincangkannya di dalam mesyuarat exco pada 7 Novemver
terlebih dahulu, tetapi selepas didesak beliau mengubah pula kenyataan dan
bersetuju bahawa! keputusan tentang penyerahan Putrajaya akan dibincangkan
terlebih dahulu di dalam sidang Dun yang berlangsung pada 13 hingga 16
November 2000 (Utusan Malaysia 25 Okt).
Justeru menurut Dr Shafiee, apa yang dijanjikan ini semuanya tidak benar
apabila berlangsungnya istiadat Menandatangani Surat Putrajaya sebagai
Wilayah Persekutuan pagi tadi.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.

Kirim email ke