Nov 9, 2000
Anti-Israel: Mahfuz dipenjara sebulan
1:10am, KHA: Versi terkini Ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar didapati bersalah terlibat dalam perhimpunan haram di depan Universiti Malaya bagi membantah pasukan kriket Israel pada 1997.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Sayani Mohd Noor menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara selama sebulan kepada Mahfuz dan tiga yang lain.
Tiga lagi, Naib Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, Jamaluddin Ahmad dan Minghat Mahmud.
Semua mereka, kecuali Minghat, tidak membayar denda tetapi memilih hukuman penjara dengan alasan "tidak mahu memberi wang kepada kerajaan yang ada kini walaupun satu sen."
Malaysiakini difahamkan ketiga-tiga aktivis PAS itu sudah dibawa ke Penjara Kajang.
Seseorang anggota Dewan Rakyat akan gugur jawatannya jika didenda sekurang-kurangnya RM2,000 atau penjara setahun.
Sejak jam 10 pagi tadi, kira-kira 100 penyokong pembangkang berada di luar mahkamah menunggu keputusan hukuman tersebut.
Mahfuz Omar bersama tiga lagi didapati bersabit dengan tuduhan itu tahun lalu dan dikehendaki membela diri. Sementara lebih 40 penyokong PAS yang juga dituduh sebelum ini telah dibebaskan.
Turut bersama mereka Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor, dan Ketua Pemuda Keadilan Mohamad Ezam Mohd Nor. Beberapa anggota Dewan Rakyat pembangkang meninggalkan sidang untuk bersama Mahfuz.
Sementara itu Pemuda Barisan Alternatif masih bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk menghantar surat aduan bersama bukti keganasan polis ketika menyuraikan perhimpunan di Lebuhraya Kesas pada Ahad lalu.
Selain Ezam, Naib Presiden Keadilan Tian Chua, Setiausaha Pemuda PAS Idris Ahmad, Ketua Pemuda PRM Faizal Sanusi, Ketua Pemuda DAP Teng Chang Khim sedang berbincang dengan pesuruhjaya Suhakam, Zainah Anwar dan setiausaha eksekutifnya, Kamaruddin Mohamed Baria.
Mereka bergerak dari mahkamah kira-kira 11:30 pagi, selepas mendengar keputusan kes Mahfuz.
[Laporan lanjut selepas ini]
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.
