Apalah nak jadi dgn negara kita ni...
Tangkap umat islam berkelakuan tak senonoh...bukan saja kena lepaskan
aje....siap kena mintak maaf lagi pulak tu!!!
Kalau lah PAS yg memerintah..................
----- Original Message -----
Sent: Thursday, November 09, 2000 2:42
PM
Subject: H-Net* Versi terkini: Mahfuz
dipenjara sebulan
www.malaysiakini.com
Nov 9, 2000
Anti-Israel: Mahfuz dipenjara sebulan
1:10am, KHA: Versi terkini Ketua
Pemuda PAS Mahfuz Omar didapati bersalah terlibat dalam perhimpunan haram di
depan Universiti Malaya bagi membantah pasukan kriket Israel pada 1997.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Sayani Mohd Noor menjatuhkan
hukuman denda RM1,500 atau penjara selama sebulan kepada Mahfuz dan tiga yang
lain.
Tiga lagi, Naib Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, Jamaluddin
Ahmad dan Minghat Mahmud.
Semua mereka, kecuali Minghat, tidak
membayar denda tetapi memilih hukuman penjara dengan alasan "tidak mahu
memberi wang kepada kerajaan yang ada kini walaupun satu sen."
Malaysiakini difahamkan ketiga-tiga aktivis PAS itu sudah
dibawa ke Penjara Kajang.
Seseorang anggota Dewan Rakyat akan gugur
jawatannya jika didenda sekurang-kurangnya RM2,000 atau penjara setahun.
Sejak jam 10 pagi tadi, kira-kira 100 penyokong pembangkang berada di
luar mahkamah menunggu keputusan hukuman tersebut.
Mahfuz
Omar bersama tiga lagi didapati bersabit dengan tuduhan itu tahun lalu dan
dikehendaki membela diri. Sementara lebih 40 penyokong PAS yang juga dituduh
sebelum ini telah dibebaskan.
Turut
bersama mereka Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor, dan Ketua Pemuda Keadilan
Mohamad Ezam Mohd Nor. Beberapa anggota Dewan Rakyat pembangkang meninggalkan
sidang untuk bersama Mahfuz.
Sementara itu Pemuda Barisan Alternatif masih bersama Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia (Suhakam) untuk menghantar surat aduan bersama bukti keganasan
polis ketika menyuraikan perhimpunan di Lebuhraya Kesas pada Ahad lalu.
Selain Ezam, Naib Presiden Keadilan Tian Chua, Setiausaha Pemuda PAS
Idris Ahmad, Ketua Pemuda PRM Faizal Sanusi, Ketua Pemuda DAP Teng Chang Khim
sedang berbincang dengan pesuruhjaya Suhakam, Zainah Anwar dan setiausaha
eksekutifnya, Kamaruddin Mohamed Baria.
Mereka bergerak dari mahkamah
kira-kira 11:30 pagi, selepas mendengar keputusan kes Mahfuz.
[Laporan lanjut selepas
ini]
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo!
Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.