Date: Fri, 10 Nov 2000 12:21:31 +0800

www.harakahdaily.com

Perbicaraan himpunan 100,000 rakyat
11.30 pagi

122 dibicara di Dewan Sukan Pandamaran

KLANG, 10 Nov (Hrkh) - 122 orang Tahanan Reformasi Rakyat (TRR) kerana
menyertai Himpunan 100,000 Rakyat kini dibawa ke Dewan Sukan Pandamaran
dekat sini untuk ditentukan samada mereka akan diberi jaminan atau tidak
hari ini.

Mereka dibawa ke dewan itu kira-kira jam 10.40 pagi tadi dengan beberapa
buah trak polis dari tempat tahanan mereka.

Dewan itu dijangka akan diisytiharkan sebagai Mahkamah Majistret
memandangkan bilangan TRR yang terlalu ramai untuk dibicarakan di ruang
mahkamah biasa.

Sementara itu, dewan itu kini penuh dengan saudara mara serta para pemimpin
Barisan Alternatif (BA) yang hadir untuk menjamin TRR tersebut jika mereka
dibenarkan bebas dengan jaminan.

Antara yang hadir adalah Peguam Zainur Zakaria (Naib Presiden Keadilan) Adu! n
Hulu Kelang, Azmin Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Muhsinun Tahir,
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zulkifli Ahmad dan lain-lain lagi.

Sementara itu, seorang pelajar berusia 17 tahun, Umi Jumairah dibawa ke
Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mendapat penghakiman terhadap kes beliau.

Umi yang diiringi oleh ibunya, Puan Hamidah Mat Som turut ditangkap di
kawasan perhimpunan 100,000 rakyat itu.

Umi yang dijadualkan mengambil peperiksaan SPM Isnin depan dibawa ke sana
dengan sebuah kereta polis. Laporan seterusnya akan menyusul selepas ini.


Comments ? E-mail Us




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.

Kirim email ke