Date: Fri, 10 Nov 2000 12:18:53 +0800
Mahfuz akan saman Berita Harian
Oleh Mat Zahari Ali
KUALA LUMPUR 10 Nov (Hrkh)- Ketua Pemuda Pas Pusat, Mahfuz Omar akan menyaman Berita Harian berhubung lapurannya yang menuduh beliau yang mencabar anggota Parlimen BN dari Tampin, Shahziman Abu Mansur bertumbuk ketika membahaskan usul tindakan ganas polis semasa perhimpunan 100,000 rakyat di Parlimen Rabu lalu.
Setiausaha Dewan Pemuda, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi pagi ini menjelaskan bahawa keputusan saman tersebut akan dibincangkan dengan lebih lanjut malam ini.
Menurut Ustaz Idris, satu perbincangan akan diadakan dengan para peguam dari Lujnah undang-undang Pemuda PAS malam ini bagi memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil ke atas akhbar berkenaan.
Katanya lagi, malam tadi pihaknya telah berbincang dengan beberapa Exco Pemuda Keadilan termasuk Ketua pemuda Keadilan, Ezam Mohd. Nor dan Naib Presiden Keadilan, Zainur Zakaria.
Katanya keputusan perbincangan tersebut memutuskan supaya tindakan mahkamah akan dibuat ke atas akhbar media perdana itu.
Semalam, Berita Harian melapurkan bahawa Mahfuz Omar yang mengajak anggota Parlimen BN itu bertumbuk di luar dewan.
Menurut Setiausaha Pemuda PAS itu lagi tindakan akhbar berkenaan merupakan tindakan fitnah yang disengajakan disamping berniat jahat untuk memalukan Mahfuz dan PAS.
Comments ? E-mail Us
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.

