*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  
Assalamualaikum........

Disiini saya insyaallah perturunkan 13 fahaman tassauf (sufi) yang batil lagi karut.Yangmana kesemuanya itu terlalu banyak dalam masyarakat kita yg perlu dibanteras keakar umbinya.

1.Fahaman puak Marjiah

Kepercayaan yg menjadi i'tiqad dan pegangan puak ini ialah apabila mereka beramal dan telah sampai ketahap mereka menjadi kekasih Allah, iaitu apabila mereka sampai ketahap tiada lagi benda lain yg mereka kasihi selain Allah,maka pada tahap ini semua kewajipan syarak dan ibadat keatas mereka digugurkan oleh Allah.Dalam keadaan ini segala yg haram telah menjadi halal bagi mereka.Segala kewajipan yang difardhukan seperti solat,puasa,zakat,haji dan sebagainya  boleh dibiat dan boleh ditinggalkan mengikut sesuka hati mereka.

Kumpulan ini , setengahnya sangat suka bertelanjang dan tidak menutup aurat.Pada pegangan mereka semua harta dunia  ini adalah kepunyaan datuk mereka iaitu Nabi Adam,jadi mereka sebagai anak cucu cicit Nabi Adam maka semua harta tersebut adalah halal bagi mereka mengambil dan menggunakannya walaupun tanpa kebenaran dan minta izin dari tuannya yg sah terlebih dahulu.

2. Puak Aulia'iah

I'tiqad dan pegangan puak ini ialah apabila mereka telah sampai ketahap martabat wali,maka terangkatlah semua kewajipan syarak keatas mereka. Pada tahap ini, apa yg menjadi kewajipan keatas diri mereka sebagai hamba Allah seperti solat,puasa dan lain-lainnya tidak perlu ditunaikan ,manakala apa-apa yg telah diharamkan  keatas manusia telah menjadi halal bagi mereka  seperti berzina ,berjudi dan sebagainya. Martabat mereka sebagai wali pula adalah lebih besar daripada Nabi.

3.Puak Syamrakhiyah

I'tiqad dan pegangan kumpulan  ini ialah apabila sampai ketahap tertentu , maka Allah telah menghalalkan bagi mereka perbuatan zina dan sebagainya dan mereka pula berpura-pura warak apabila berada dikhalayak ramai.

4.Puak Ibahiyah

I'tiqad dan pegangan mereka ialah,mereka tidak sanggup menahan diri mereka  dari melakukan perkara mungkar yg dilarang oleh Allah dan mereka juga tidak sanggup menyuruh manusia lain melakukan kebaikkan  dan mereka juga menghalalkan yg haram keatas ahli-ahli kumpulan mereka.

5.Puak Haliayah

I'tiqad dan pegangan puak mereka adalah, mereka boleh melakukan perkara mungkar asalkan mereka  boleh mendekatkan diri dgn Allah . Contohnya dalam melakukan zikir,  mereka akan menari-nari dan bertepuk tangan sambil berzikir.Ada yg pengsan  dan mereka sandarkan semua amalan buruk mereka itu kepada sunnah Rasulullah dan patut diikuti oleh semua orang.(padahal mereka pengsan kerana dirasuk oleh jin saka baka mereka sendiri)

Insyaallah bersambung....................
Wallahu Ta'la A'lam
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: alQubah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke