Assalamualaikum........
Disiini saya insyaallah perturunkan 13 fahaman tassauf (sufi) yang batil
lagi karut.Yangmana
kesemuanya itu terlalu banyak dalam masyarakat kita yg perlu dibanteras
keakar umbinya.
1.Fahaman puak Marjiah
Kepercayaan yg menjadi i'tiqad dan pegangan puak ini ialah apabila mereka
beramal dan telah
sampai ketahap mereka menjadi kekasih Allah, iaitu apabila mereka sampai
ketahap tiada lagi
benda lain yg mereka kasihi selain Allah,maka pada tahap ini semua
kewajipan syarak dan ibadat
keatas mereka digugurkan oleh Allah.Dalam keadaan ini segala yg haram
telah menjadi halal
bagi mereka.Segala kewajipan yang difardhukan seperti solat,puasa,zakat,haji
dan sebagainya
boleh dibuat dan boleh ditinggalkan mengikut sesuka hati mereka.
Kumpulan ini , setengahnya sangat suka bertelanjang dan tidak menutup
aurat.Pada pegangan
mereka semua harta dunia ini adalah kepunyaan datuk mereka iaitu
Nabi Adam,jadi mereka
sebagai anak cucu cicit Nabi Adam maka semua harta tersebut adalah
halal bagi mereka
mengambil dan menggunakannya walaupun tanpa kebenaran dan minta izin
dari tuannya yg
sah terlebih dahulu.
2. Puak Aulia'iah
I'tiqad dan pegangan puak ini ialah apabila mereka telah sampai ketahap
martabat wali,maka
terangkatlah semua kewajipan syarak keatas mereka. Pada tahap ini,
apa yg menjadi kewajipan
keatas diri mereka sebagai hamba Allah seperti solat,puasa dan lain-lainnya
tidak perlu
ditunaikan ,manakala apa-apa yg telah diharamkan keatas manusia
telah menjadi halal bagi
mereka seperti berzina ,berjudi dan sebagainya. Martabat mereka
sebagai wali pula adalah lebih
besar daripada Nabi.
3.Puak Syamrakhiyah
I'tiqad dan pegangan kumpulan ini ialah apabila sampai ketahap
tertentu , maka Allah telah
menghalalkan bagi mereka perbuatan zina dan sebagainya dan mereka pula
berpura-pura
warak apabila berada dikhalayak ramai.
4.Puak Ibahiyah
I'tiqad dan pegangan mereka ialah,mereka tidak sanggup menahan diri
mereka dari melakukan
perkara mungkar yg dilarang oleh Allah dan mereka juga tidak sanggup
menyuruh manusia lain
melakukan kebaikkan dan mereka juga menghalalkan yg haram keatas
ahli-ahli kumpulan
mereka.
5.Puak Haliayah
I'tiqad dan pegangan puak mereka adalah, mereka boleh melakukan perkara
mungkar asalkan
mereka boleh mendekatkan diri dgn Allah . Contohnya dalam melakukan
zikir, mereka akan
menari-nari dan bertepuk tangan sambil berzikir.Ada yg pengsan
dan mereka sandarkan semua
amalan buruk mereka itu kepada sunnah Rasulullah dan patut diikuti
oleh semua orang.(padahal
mereka pengsan kerana dirasuk oleh jin saka baka mereka sendiri)
Insyaallah bersambung....................
Wallahu Ta'la A'lam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: alQubah <[EMAIL PROTECTED]>
