*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


------------------------------------------------------------
Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 
------------------------------------------------------------
Time/Date    : 10:39:08 AM 19/11/2000 Sun 
Sender Name  : somebody 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Fwdto  Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode         : plain/text 
CC           :  
------------------------------------------------------------

  
Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 18/11/2000 am 

KTLBELB 11: Alang-Alang Murah, Alang-alang Hebaaat!!
by Marhain Tua   
 
Siri KTLBELB: KALAU TAK LARAT  BERSILAT  ELOK LAGI BERSILA 
 
Bab 11  
 
[Rencana ini diterbitkan semula. Perenggan "Kaya Tapi Miskin"   
membongkar penyelewengan dana Tabung Haji. Ia bukan lagi berkhidmat  
kepada  bakal Haji, tetapi berkhidmat untuk menolong kroni, sehingga  
yang haram pun diredah asalkan kroni diktator tua boleh berdiri.  -Editor] 
 
 
 
KALAU TAK LARAT  BERSILAT  ELOK LAGI BERSILA 
 
 
BAB 11: ALANG-ALANG MURAAH,  ALANG-ALANG  HEBAAAT!!    
 
 
ALANG-ALANG MURAAH,  ALANG-ALANG  HEBAAAT!!   
 
Awalkata: Penulisan ini adalah satu tribut kepada semua webmaster yang banyak membantu 
saya. Penulisan 
ini diilhamkan oleh emel salah seorang dari mereka kepada saya.  
 
 
 
Kemenangan  Barisan Nasional di  pemilu kecil Sanggang telah membuatkan semua pemimpin 
UMNO 
mendabik dada dengan megahnya berkokok betapa pengaruh UMNO ke atas orang Melayu sudah 
pulih. 
Dengan lain perkataan pengaruh Barisan Alternatif ke atas bangsa Melayu itu sudah 
merudum. Oleh kerana 
PAS telah meletakkan calonnya melawan calon UMNO, apakah bererti pengaruh PAS merudum 
sama? 
Alangkah mudahnya pemimpin UMNO berfalsafah politik? Apakah ini semua gara-gara 
semakin ramainya 
pemimpin pelapis yang dinaikkan itu yang kerap  melindungkan kelulusan mereka sebenar 
sehinggakan orang 
politk lama dalam pucuk kepimpinan parti mudah mengarut sama?   
 
Memang amat sukar untuk rakyat mengecam ciri-ciri keikhlasan seseorang untuk menjadi 
pemimpin politik. 
Keikhlasan berpolitik itu boleh disalut dengan satu tipu helah bermuka-muka untuk satu 
tempoh  yang lama 
sehinggakan masyarakat sekeliling dapat mempercayai lakonan itu sebagai sesuatu yang 
benar. Bukankah itu 
ciri-ciri yang terdapat pada Mahathir sejak beliau mula berpolitk dulu. Sehinggakan 
beliau mampu meraih 
simpati rakyat untuk menghumbankan Tunku Abdul Rahmat daripada aena politik? Hanya 
hampir lima puluh 
tahun kemudiannya barulah rakyat faham dan sedar akan segala tipu helah itu 
sehinggakan kini masyarakat 
Melayu itu berada dalam satu dilemma yang amat hebat sekali. Apabila kesedaran itu 
timbul secara mendadak 
apakah yang berlaku akhirnya? Bukankah terhumban juga kehebatan Mahathir itu ke kancah 
kehinaan yang 
murah, semurah-murahnya?   
 
Apabila Yang Murah Berlagak Hebat   
 
Siapakah yang boleh sangka betapa  kehebatan  Mahathir selama ini adalah berlandaskan 
satu perwatakan 
yang amat murah sekali? Dengan hal yang demikian apakah yang perlu dipertikaikan 
apabila  YB Prof. Dr. 
Mahadzir Khir didapati tidakpun memilikki kelulusan kedoktoran yang dicanangkan oleh 
media 
selama ini? Apa hebatnya dengan Al Ustaz Redhuan pemenang pemilu Sanggang yang pada 
tahap 
awalnya dicanangkan sebagai seorang lulusan Al Azhar?  Apa pula hebatnya dengan 
beberapa pemimpin 
UMNO sekarang ini yang mundar-mandir dengan gelaran 'Drs.'  (disebut Doktorandes) 
sedangkan kita 
tahu degree semacam itu amat mudah dibeli dengan kiriman bayaran pos? Kalau 'masa' 
menjadi rakan 
penantian, lama-kelamaan kelulusan yang dikatakan setaraf 'Sarjana' ataupun 'Masters' 
itu bertukar pula 
kepada panggilan kedoktoran mutlak. Apa jadi akhirnya dengan segala kelulusan itu 
kalau tidak diselindungi 
oleh pangkat bergelar seperti Datu, Dato' dan sebagainya?   
 
Kita bukannya mahu menulis atas tajuk gelaran dan pangkat, tetapi mahu menulis panjang 
sedikit akan tujuan 
yang terselindung di sebalik segala keburukan perangai yang melambangkan betapa 
murahnya moral hidup 
seseorang pemimpin politik yang sanggup mendabik dada seolah-olah ; "Hei...akulah 
pemimpin bangsa 
Melayu....hanya akulah pemimpin Bangsa Malaysia yang berpengaruh..." dan mungkin 
segala kokok lama 
politik itu. Pada satu ketika dulu, kita fikirkan bahawa maklumat kelulusan seseorang 
pemimpin itu telah disilap 
taip dan 'tersilap masuk' seperti yang berlaku kepada seorang professor dari 
Universiti Malaya. Tetapi 
apabila soalan yang dikemukakan kepadanya dijawab dengan sinis dan mahukan orang 
memanggilnya dengan 
gelaran professor, nampak sangat buruknya perangai manusia seperti itu. Gelaran 
'Professor' sebenarnya 
boleh dipakai ketika seseorang masih mengajar di sesuatu universiti. Apabila dia undur 
daripada jawatannya 
itu, gelaran itu pun turut undur juga.   
 
Mungkin perkara ini tidak difahami oleh masyarakat Melayu sepertimana orang Melayu itu 
tidak faham betapa 
gelaran Associate Professor ataupun Professor Madya itu adalah "rendah sedikit 
daripada taraf seseorang 
yang bergelar Professor". Disebabkan kesilapan itu makanya kita kerap melihat betapa 
rakyat marhain terlalu 
mudah tertipu dengan gelaran. Malahan ramai orang Melayu yang memikirkan jawatan 
'associate professor' 
bererti seseorang itu naik pangkat lebih tinggi daripada 'professor'. Maklumlah orang 
marhain yang jarang 
pergi ke universiti ataupun tidak pernah pergi ke universiti, memang mudah menjadi 
keliru. Perkataan 
'professor' adalah perkataan Peranchis yang bererti 'guru'. Di Peranchis soerng guru 
sekolah rendah pun 
dipanggil 'professor'. Di Afrika sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin politik 
dipanggil 'professor'. Dalam 
dunia hiburan seorang penyanyi rapper yang membesar dari sebuah 'ghetto' dan menjadi 
kaya raya  kerana 
menggelarkan dirinya seorang 'professor'. Semua ini tidak salah kerana inilah stail 
hidup dunia sekarang ini. 
Kerana itu kita pernah terbaca betapa ada seorang yang gagal dalam ilmu perubatan 
membuat kerja-kerja 
sebagai doktor di klinik swasta. Mungkin dia meniru sikap yang sama soerang 'medical 
dropout' yang 
bertugas sebagai 'professor' di universiti hospital satu ketika dulu. Memang tidak 
salah semua itu, seperti 
tidak salahnya seorang anak doktor terulung Melayu (?)  menjadi pakar promosi kondom 
terulung 
di negara ini.   
 
Soalnya sekarang, kenapakah kekeliruan yang ikhlas (di mana letaknya keihklasan itu 
sebenarnya?)  terus 
dibiarkan berlaku, kalau tidak bermotifkan politik?   Sebenarnya, kelulusan universiti 
bukanlah ukuran yang 
maha penting untuk melayakkan seseorang itu menjadi pemimpin politik. Kerana itu, 
ramai pemimpin politik 
dunia ini tidak pun berkelulusan universiti tetapi mereka berjaya juga. Ini disebabkan 
perkataan 'kejayaan 
berpolitik' itu adalah satu frasa yang amat relatif maknanya. Lagipun politik adalah 
satu dunia di mana 
seorang koperal boleh menjadi maharaja dan seorang doktor boleh menjadi Raja Kelentong 
terunggul 
bangsanya. Inilah politik dalam tamaddun Melayu masakini.   
 
 
Apabila pemimpin bersikap murahan   
 
Saya ada menerima satu emel daripada seorang sahabat cyber dan ingin menurunkan 
tulisannya dalam artikel 
ini:   
 
......Quote:   
 
"Saudaraku Marhain Tua,   
 
"Saya juga merasa terpanggil untuk berbicara dengan saudara atas isu pilihanraya 
Sanggang. Walaupun saya 
seorang webmaster, saya adalah manusia biasa. Justeru itu saya juga mempunyai 
perasaan. Ini menolak 
pendapat seorang 'webmaster adalah hanya 'perantara' di antara 'netters' dengan 
penulis. Memang benar 
saban hari saya mengemukakan berita/informasi/pandangan daripada para nettrs dan 
sumber berita untuk 
dikongsi bersama.   
 
"Ruangan di laman saya tidak sehebat Laman Reformasi ataupua Tranung Kite. Tetapi 
semenjak setahun lalu 
saya terus setiap hari mengenengahkan informasi dan fakta untuk direnung dan diambil 
iktibar oleh semua 
rakyat yang sudi menatap laman ini. Saya terus mempertahankan cara tersendiri waalupun 
cara ini tidak 
begitu popular. Namun saya percaya dengan terus berbuat begitu, insya Allah kita akan 
berjaya membuka 
minda rakyat dalam hidup mereka.   
 
"Sikap yang ditunjukkan oleh 4,780 orang penduduk Sanggang sangat saya hargai. Mereka 
tahu menghargai 
kebebasan, keadilan dan tidak menggadaikannya dengan care termurah. Perjuangan 
menentang 'si kaya' 
(UMNO) sudah pasti inilah padahnya. Namun dalam hal ini saya elok juga kita kaji 
cerita seniman P.Ramlee 
'Tiga Abdul' di mana si teruna yang miskin akhirnya berjaya memerangkap si tua 
'angkoh' dan sombong itu 
yang juga bapa mertuanya. Bukan setakat itu sahaja, malahan teruna itu berjaya 
melelong bapa mertuanya.   
 
"Berbalik kepada sikap pengundi di Sanggang saya rasa mereka yang telah mengundi BN 
tidak dapat 
dipersalahkan. Tuntutan kehidupan mereka yang dhaif dan memerlukan bantuan ini berjaya 
diperangkap oleh 
Adenan Brutal dan Paklah dengan 'umpanan', sogokan dan tekanan supaya mereka mengundi 
BN. Walaupun 
BN menafikan permainan politik wang, tetapi  dunia tahu itu memang kerja mereka. 
Tengok saja nanti dalam 
pemilihan agong UMNO. Kini sudah ada rombongan ke Medan, pemberian jam tangan mewah, 
dan segala 
macam sogokan untuk calon meraih  undi dan sokongan.   
 
"Paklah pula tak nampak nasib buruknya di hadapan. Ketiadaan pencalonan beliau dalam 
UMNO Bahagian 
Kubang Pasu adalha bukti permainan politik yang akan menyingkirkan masa depan politik 
Paklah Bedawai. 
Paklah jangan berbangga sangat dengan kejayaan Sanggang. Sanggang adalah daerah 
terpencil yang jauh 
dari pembangunan dan arus informasi canggih seperti internet. Saya berharap akan 
tercetus satu lagi 
pilihanraya di kawasan bandar pula bagi mengimbangi pilihanraya Sanggang dan 
membuktikan bahawa 
mereka (UMNO) hanya mampu memperdayakan lebih 6,000 rakyat yang 'bodoh'. Saya tidak ke 
Sanggang 
tempohari. Mengikut maklumat yang sampai saya percaya kemudahan internet hampir tiada 
di Sanggang 
untuk membantu memberitahu penyelewengan Paklah, Adnan Brutal dan Mahathir di sana.   
 
"Bagaimana pun saya rasa syukur biar pun kita kalah. Lebih 900 undi majoriti yang 
diterima oleh BN adalah 
setelah sogokan dengan nilai berjuta ringgit. Kita mesti menang kerana dengan 
perjuangan yang 'ikhlas' kita 
mampu meraih 4,780 undi sedang BN membayarnya dengan harga yang tinggi.   
 
"Memang kemenangan menjadi idaman kerana kuasa politik itu akan membantu kita 
mendirikan sebuah 
kerajaan yang adil dan menjamin semua hak rakyat. Jika kita lihat hasrat BN memang 
mahu rakyat hidup 
susah supaya mereka dapat menghulur 'bantuan' 5 tahun sekali. Ramai yang tak sedar 
perkara itu, walaupun 
sudah ada yang membuka mata. Justeru itu tahap gaji minima RM1,200 tidak dapat 
sokongan semua menteri 
kabinet. Malah ada yang mengatakan itu perjuangan kolot. Selaku seorang webmaster, 
hasrat saya ialah 
supaya semua rakyat tahu tembelang Mahathir dan menteri-menterinya. Penyelewengan itu 
akan dibuka 
meskipun terpaksa mendedahkan beberapa orang kakitangan kerajaan peringkat bawahan 
yang 
bersekongkol dan menjadi talibarut UMNO. Perjuangan ini  mesti diteruskan dan saya 
percaya jalan 
kemenangan pasti  muncul setelah tiba saatnya nanti. Cuma saya selalu berdoa semoga 
Tuhan memanjangkan 
usia saya supaya dapat melihat kezaliman itu tumbang agar tidaklah pemergian saya 
'berputih mata'. Saya 
berharap saudara dapat membuat ulasan bagaimana perangkap 'kemiskinan' dan halangan 
kepada mereka 
untuk mendalami ugama sebagai dua faktor utama untuk BN terus berkuasa. Rakyat mesti 
disedarkan supaya 
mereka seperti saya, tidak terbuka mata apabila saatnya terpejam."   
 
............Polong Cyber ...Webmaster Laman Minda Rakyat.   
 
 
Demikianlah cerita panjang yang saya terima. Inilah contohnya emel yang saya terima 
setiap hari yang 
memerlukan masa yang agak panjang membaca dan menganalisanya. Ada kalanya saya perlu 
bertukar angin 
membuat 'field analysis' mencari kesahihan fakta yang dikirimkan, meragau tempat yang 
ditulis dan 
dimaksudkan. Semuanya untuk disampaikan balik kepada pembaca tulisan saya ini. Saya 
terpaksa bersikap 
professional dalam penelitian saya kerana saya banyak menerima emel daripada hampir 
semua tempat di 
mana rakyat Malaysia berada, dan daripada semua jenis taraf hidup mereka. Merekalah 
yang memberi 
inspirasi untuk saya menulis dan apabila inspirasi ini disokong padu oleh para 
webmaster, membuatkan saya 
terus memerhatikan keadaan hidup bangsa saya. Kadangkala saya menjadi tertekan apabila 
membaca tulisan 
emel dan melihatkan keadaan sejarah hidup bangsa saya sehinggakan tekanan itu 
membuatkan  hati kecil 
saya memberontak untuk mogok daripada menulis. Tetapi, apabila saya perhatikan 
kehimpitan hidup yang 
disaluti kesengsaraan berpanjangan terus menyelimuti bangsa saya, makanya kerja-kerja 
penulisan saya  ini 
saya anggap sebagai jihad hidup saya sehinggalah roh berpisah daripada jasad saya.   
 
Maafkan saya kalau sedikit emosional kali ini. Tetapi inilah hakikatnya apabila saya 
membaca tulisan emel 
seperti penulisan sahabat cyber saya ini. Saya tahu begitu juga perasaan sebilangan 
besar pembaca artikel 
saya. Itulah yang mereka curahkan dan itulah imej perasaan mereka ketika menulis 
kepada saya. Apakah 
sebenarnya yang dapat kita katakan setiap kali berdepan dengan dilemma bangsa Melayu 
kini? Memadaikah 
kita terus menadah tangan ke hadrat Ilahi mencari penyelesaiannya?  Cukupkah kita 
memperhatikan 
segolongan anak muda berdemonstrasi di jalanan tanpa arah tuju yang pasti untuk 
mencapai rakyat marhain 
yang tertindas?   
 
Oh.........  Betapa murahnya maruah bangsaku......!   
 
Sesuatu bangsa yang mahu menjadi bangsa yang besar mesti berupaya menilai betapa 
kerdilnya kehidupan 
mereka jika dibanding dengan cara hidup bangsa yang lain. Inilah hakikat hidup kita. 
Kerana itu kita tidak 
boleh lupakan sejarah bangsa kita. Dalam penilaian sejarah itu kita mesti berani 
menyingkap pahit maung 
perjalanan sejarah bangsa dan tidak menyorokkan apa juga jenis jalur sejarah itu. 
Sejarah sesuau bangsa yang 
pernah dijajah selalunya ditulis dan disediakan sebagai bahan santapan minda mengikut  
resipi selera bangsa 
yang menjajah. Inilah mainan penjajah yang telah mengongkong kebebasan minda orang 
Melayu sejak zaman 
kesultanan Melayu dulu sehinggalah kini di mana minda orang Melayu itu dijajah oleh 
resepi selera seorang 
diktator tua berdarah mamak tongkang.   
 
Sesiapa yang pernah membaca tulisan surat Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman Putra 
tentu akan 
teringatkan frasa ....``walaupun ada sesudu dua darah Pakistan dalam tubuh saya...." 
Lihatlah sendiri wahai 
bangsaku orang Melayu. Tidak kiralah apa juga campuran darah yang ada di tubuh anda. 
Tidak kira samada 
anda hanya mempunyai sesudu dua darah orang Melayu, penjajah minda kita sejak dua 
puluh tahun yang lalu 
ialah seorang mamak tongkang keturunan Alkutty yang sanggup mengaku beliau berdarah 
Pakistan. Insan 
apakah ini yang sanggup menidakkan darah keturunannhya itu bercampur mamak tongkang 
dan 
Melayu-Siam? Aapakah salah kalau saya mengatakan sejak dua tahun yang lalu betapa 
minda orang Melayu 
itu telah diracuni oleh seorang manusia berhati syaitan? Apakah gahnya mementingkan 
darah Pakistan 
sehingga menidakkan darah keturunan Malayalam-India kepada seorang Melayu berdarah 
raja? Apakah itu 
caranya menipu sejarah bangsa sendiri sehingga gamak menidakkan yang hak dan 
membesar-besarkan yang 
batil? Siapakah  boleh sangka orang seperti ini akhirnya berjaya menjajah minda orang 
Melayu dan 
menegakkan rejimnya?   
 
 
-Bila Kemiskinan Menjadi Tangkal Penindasan   
 
Jikalau kita baca buku sejarah, tujuan penjajah yang utama ialah menindas rakyat yang 
dijajah dan di waktu 
yang sama membalun harta khazanah jajahan itu. Itulah dua mata serampang penjajah. 
Mata serampang yang 
satu lagi ialah menentukan satu golongan manusia di kalangan masyarakat yang dijajah 
itu hidup senang dan 
lebih bergaya daripada masyarakat yang dijajah secara keseluruhannya.   
 
Ketika golongan mamak tongkang menjajah istana Melaka, bangsa Melayu itulah yang pada 
keseluruhannya 
telah dijajah. Golongan yang dibiarkan kaya raya supaya terus berpoya-poya ialah 
sultan dan keluarganya 
serta panglima istana yang pilihan, semata-mata.  Ketika penjajah barat seperti 
Portugis dan Belanda 
berkuasa, golongan pilihan adalah mereka yang sanggup meninggalkan pegangan agama 
Islam dan 
menganut agama Kristian mazhab Katholik, dan bebrapa 'tukang'dan 'pandai' Melayu. 
Inilah keturunan 
Melayu bercampur darah bangsa yang menjajah. Mereka menjadi orang Melayu yang akhirnya 
diiktiraf 
sebagai Bumiputra sahaja kerana mereka sudah meningalkan amalan ajaran Islam.  Tetapi, 
cuba kita tanya 
sedikit, bentuk Islam apakah yang mereka tinggalkan itu? Apakah Islam yang dianuti 
oleh orang Melayu ketika 
itu berbeza sangat dengan Islam pegangan  saudara mereka yang terjun menjadi penganut 
Kristian.   
 
Jawapannya ialah 'TIDAK'. Kenapa begitu  kalau boleh kita tanya lagi? Kerana Islam 
yagn dipelajari di tahap 
awalan tamadun  Melayu dulu adalah Islam yang banyak diturunakan oleh orang keturunan 
India daripada 
golongan pedagang. Itulah ajaran Isalam mengikut tafsiran orang muallim tajaan peniaga 
India muslim. Ketika 
itu ajaran Islam digunakan sebagai tangkal untuk menentukan orang Melayu sehaluan 
dalam pegangan agama 
dan di waktu yang sama dapat menjamin keselamatan harta benda kepunyaan pedagang 
beragama Islam itu. 
Hanya apabila datang pula pendakwah Islam berbangsa Arab seperti daripada Wilayah 
Hadratulmaut 
makanya orang Melayu berjaya mendapat ilmu agama Islam versi yang lain pula. Penerapan 
ajaan Islam 
kepada masyarakat Melayu itu menjadi hampir lengkap apabila ada orang Melayu yang 
berhijrah ke tanah suci 
untuk mengerjakan rukun haji dan terus  bermustautin  mempelajari ajaran Islam yang 
suci itu. Hanya apabila 
mereka pulang barulah ajaran Islam menjadi menyeluruh dan lebih meyakinkan bangsa 
Melayu itu, akhirnya. Di 
waktu itulah terserlah segala kepincangan penerapan Islam yang telah lalu kerana 
ajaran yang diturunkan 
kepada orang Melayu itu telah 'diubahsuaikan' oleh pendakwah Islam bukan Melayu 
mengikut adat resam dan 
budaya bangsa mereka sendiri. Tercetuslah beberapa kekalutan apabila orang Melayu 
sedar betapa  akan 
adanya ajaran  budaya Arab kuno dan bukannya ajaran Islam. Tercuitlah minda untuk 
mempertikaikan budaya  
Parsi Purba dan amalan India purba ataupun amalan maharaja dan mahbub yang telah 
diturunkan kepada 
orang Melayu satu ketika dulu.   
 
Lencongan ajaran Islam di tahap awal penerapannya adalah disebabkan kegagalan 
pendakwah Islam 
mengajar sebilangan besar orang Melayu akan bahasa Arab. Inilah kesilapan mereka yang 
amat besar.   
 
 
- Kaya Tetapi Miskin....   
 
Dari segi spiritual, orang Melayu yang bertukar fahaman dan menganut agama Islam 
ditulis dalam sejarah 
sebagai satu bangsa yang menjadi kaya setelah memeluk agama itu. Inilah yang 
digembar-gemburkan oleh 
ramai ulama dalam Kerajaan sekarang ini apabila mereka mengatakan betapa UMNO yang 
menjadi tunjang 
kerajaan BN telah menyuburkan ajaran Islam kepada orang Melayu.  Lantas, dijulanglah 
nama bebrapa 
institusi Islam di negara ini seperti YADIM, Pusat Kefahaman Islam, Baitulmal, Lembaga 
Tabung Haji dan 
sebagainya. Terlalu banyak untuk disebutkan di sini). Oleh kerana banyakanya insitusi 
yang ditaja oleh 
kerajaan itu makanya sudah timbul semacam satu kekalutan pula.  Contohnya, Lembaga 
Tabung Haji 
digembar-gemburkan sebagai institusi terulung Islam yang berjaya menguruskan 
kerja-kerja menghantar 
jemaah haji ke tanah suci. Hampir setiap Jumaat ada sahaja berita baik di mimbar 
masjid, di media massa 
ataupun di dalam ucapan teks para menteri betapa Lembaga Tabung Haji adalah insitutsi 
Islam terunggul.  
 
Aduh....cantiknya propaganda ini. Sedarkah para pemimpin UMNO sekelian, orang Afrika 
berjalan kaki, 
berkereta dan menggunakan apa sahaja jenis kenderaan utnuk mengerjakan umrah dan rukun 
haji secara 
berbondong-bondong tanpa institusi seperti tabung haji sejak Islam melanda tanah 
Afrika itu? Begitu juga 
dengan orang Pakistan dan juga orang Indonesia. Yang melemahkan usaha koperasi itu 
adalah disebabkan 
matawang negara mereka yang sungguh rendah sehingga memalapkan usaha setiap insan yang 
ingin 
mengerjakan rukun Islam itu?   
 
Mungkin orang seperti Hamid Othman tidak sedar, kalau tidak kerana matawang yang kerap 
menurun, orang 
Afrika dan Indo-Hindi-Pak mampu menjadi pengunjung yang terbesar dan lebih tersusun 
daripada jemaah 
haji daripada Malaysia. Di sebaliknya pula, tukaran matawang negara yang konsisten 
tidak mampu 
membenarkan orang Melayu mengerjakan umrah dan  rukun haji dengan harga yang 
sederhana. Kenapa? 
Kerana, sistem pelaburan Tabong Haji itu yang sudah banyak menyeleweng jauh daripada 
apa yang 
diilhamkan oleh Professor Diraja Ungku Aziz. Lembaga Tabung Haji sudah menjadi satu 
alat dan tangkal 
untuk UMNO menekan orang Melayu dengan membuat pelbagai jenis sekatan terhadap usaha 
mengerjakan 
haji dan umrah. Dalam hal ini saya ingin mencabar Hamid Othman membuka satu forum 
dialog agar semua 
lapisan orang Melayu yang pernah ke Makkah di jemput untuk turut serta. Jangan 
berpuashati dengan 
menonjolkan beberapa muka di Telivisyen yang memuji Tabung Haji malambung ke langit 
kerana itu kerja 
bidaah semata-mata.   
 
Sepatutnya, Tabung Haji mampu mempelopori ekonomi orang Melayu menjadi satu kekuatan 
kepada bangsa 
Melayu itu untuk terus maju dalam serba serbi aspek kehidupan sehinggakan orang Melayu 
itu mampu menjadi 
satu bangsa yang besar di dunia ini.   
 
Dalam hal ini juga saya ingin bertanya kepada para pemimpin UMNO kemanakah semua dana 
Lembaga 
Tabung Haji yang berbilion ringgit itu kalau tidak digunakan untuk kerja-kerja  
'bail-out' perniagaan para 
kroni yang sememangnya dungu dan bodoh dalam urusan perniagaan mereka? Apakah dosanya 
menggunakan dana ini untuk tujuan itu sedangkan pencarum kepada dana itu tidak pun 
tahu menahu akan 
keadaan kaedah pelaburan  sebenarnya? Malahan, disebabkan kecurangan inilah makanya 
dividen Tabung 
Haji tidak dapat menandingi harapan pencarumnya?   
 
Cuba lihat akaun pelaburan Lembaga Tabung Haji dan anda akan perhatikan bagaimana dana 
itu digunakan 
untuk melabur dalam satu perusahaan membotolkan minuman brandy dan whiskey di India 
satu ketika dulu. 
Siapakah yang sebenarnya melabur di India itu ? Bukankah itu membabitkan Tengku 
Abdullah adik Yam Tuan 
Besar Negri Sembilan sekarang? Cuba baca autobiography Tengku Abdullah. Bukankah 
Mahathir merupakan 
sahabat karibnya? Bukankah Tengku Abdullah merupakah seorang 'diplomat' yang terbang 
ke Israel sebagai 
utusan khas Mahathir beberapa bulan yang lalu?  Inilah contohnya betapa orang Melayu 
itu dijajah 
mindanya oleh penjajah dengan amat mudah sekali. Apabila penjajah itu datang daripada 
manusia yang 
diikiraf sebagai sebangsa dengannya, bukankah murah dan jijik maruah banga Melayu itu 
akhirnya?   
 
Kalau ekonomi orang Melayu yang mampu diperbetulkan dengan menggunakan dana daripada 
simpanan 
mereka  yang berniat  menyerahkan dirinya kepada Allah  boleh diselewengkan oleh 
pemimpin yang  
sebangsa dan seagama dengannya, apakah ada lagi harapan bangsa Melayu itu untuk maju? 
Apakah ada lagi 
inspirasi dan tangkal untuk orang Melayu itu  menjadi satu bangsa yang besar? Kalau 
dana Melayu dalam 
Lembaga Tabung Haji digunakan untuk menindas kembali majoriti orang Melayu itu apakah 
nasib mereka 
akhirnya?  
 
-Marhain Tua- 
4.4.2000    
 





Ref URL: http://server22.hypermart.net/webantu/cgi-bin/forum.cgi?id=KM2&read=3242

Code: (K-left) at http://webantu.cjb.net/ 
You may distribute whatever, wherever 
Time/Date Generated : 10:39:08 AM 19/11/2000 Sun



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke