*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


------------------------------------------------------------
Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 
------------------------------------------------------------
Time/Date    : 10:39:41 AM 19/11/2000 Sun 
Sender Name  : somebody 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Fwdto  Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode         : plain/text 
CC           :  
------------------------------------------------------------

  
Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 18/11/2000 pm 

Siri 2 YTDT: Yang Terbang Pasti Akan Terbang Jua
by Marhain Tua   
 
Siri YTDT: Yang Terbang Dan Terbengkalai 
 
Bab: 2 
 
 
[Rencana Pak -MT- ini diterbitkan semula. Ada beberapa perenggan menyingkap  
betapa pengurusan Tabung Haji sejak dulu sehingga kini amat pincang dan bengap. 
Jika Institusi Tabung Haji diurus dengan betul dan cerdik sedikit, akan bertambah  
mudah dan murahlah kos mengerjakan haji. Mereka bukannya hendak membeli kapal 
terbang, tetapi asyik membeli saham "terbang" berdasarkan arahan "terbang".  
Akibatnya ia kekeringan kecairan dana dan terpaksa mengenakan kos yang tinggi 
setiap kali musim haji mendatang. -Editor] 
 
 
 
 
             YANG TERBANG DAN TERBENGKALAI 
                   YANG TERBANG AKAN PASTI TERBANG JUA 
 
 
 
YANG TERBANG AKAN PASTI TERBANG JUA 
 
Belum pun sampai satu minggu sejak Perdana Menteri membuat pengumuman bahawa dia mahu 
menumpukan  sebahagian besar perhatiannya terhadap kerja-kerja sebagai pemimpin agong 
parti yang kini lebih dikenali sebaai UMNO Baru(a). Pengumuman itu disusuli pula 
dengan 
kenyataan betapa gaji yang diterimanya itu amat jauh lebih rendah daripada   yang 
diterima oleh tokoh koporat  (tentu juga   mereka yang tergolong sebagai keparat) 
negara. 
Kerana itu apabila Paklah berlepas ke London dan berucap di sana dan kemudiannya 
membuat 
lawatan  yang diberikan taraf persis lawatan perdana menteri ke Jepun; ramai di 
kalangan 
rakyat memikirkan Mahathir sudah mula mahu menunjukkan sikap yang serius mentadbir 
negara. Harapan  rakyat itu semakin menjadi apabila di waktu yang sama Rafidah Aziz 
sibuk 
di Amerika untuk mencari pelabur yang akhirnya pulang kabur kerana disabotaj oleh 
cerita 
mengenai suasana pelabuan negara yang sebenar.    
 
Kenyataan Mahathir itu dilakukan hanya beberapa hari sebelum menjelangnya  satu majlis 
 
Persidangan  Panduan Haji di Hotel PGH  "yang dihadiri oleh 52 negara termasuk 25 
menteri 
yang menjaga hal ehwal jemaah haji." 
 
 
Sebelum itu Mahathir telah menyampaikan ucaptama  pada Wacana Pemikir Belia Islam 
Kebangsaan  di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Dalam ucapannya itu  beliau 
telah 
mengajak  umat Islam agar membahaskan  pelbagai perkara dalam agama secara bijaksana 
supaya  mereka lebih memahami ajaran Islam secara syumul.  Di majlis itu beliau 
mengeluarkan pendapatnya mengenai hukum hudud. Kita petik beberapa ungkapan yang 
disiarkan di akhbar sebagai rujukan: 
 
"Hukum hudud tidak dapat dilaksanakan oleh  kebanyakan negara Islam bukan kerana kita 
menolak hukum itu tetapi kerana kita tidak mempunyai  keupayaan untuk melaksanakannya. 
 
Misalnya untuk  mendapatkan  empat saksi bagi menghukum pesalah zina ataupun liwat. " 
 
Soalnya sekarang,  adakah perkara itu diambil kira oleh Mahathir semasa mentohmah 
Anwar 
Ibrahim hingga membabitkan dua orang rakyat asing yang dikatakan telah diliwat oleh 
beliau? Apakah Mahathir tidak sedikit pun merasa berdosa dengan segala fitnah yang 
ditaburnya seluruh dunia mengenai kes Anwar itu sehinggakan dia sanggup berkata bahawa 
sistem undang-undang  dan kehakiman negara adalah  bersih daripada segala tekanan 
politik? 
 
Di majlis Panduan Haji yang perama kali diadakan di luar Arab Saudi itu,  Mahathir 
telah 
cuba menonjolkan satu  perwatakan betapa Malaysia di bawah kepimpinanya adalah sebuah 
negara Islam yang moden yang mampu memberikan  kepimpinan dalam pelbagai bidang kepada 
negara Islam yang lainnya. Sekaligus  strategi itu diduplikasi pula oleh Paklah, 
Timbalan 
Perdana Menteri yang bersuara lantang mengajak  negara lain mempelajari  kepintaran 
Malaysia menguruskan Tabung Haji dan tentunya juga dana. Apa yang tidak disedari oleh 
dua 
pemimpin terunggul Melayu UMNO masakini, kalau diambil kira  tabungan orang Islam yang 
telah melabur dalam Tabung Haji itu, sepatutnya banyak perusahaan besar di taraf 
global 
telah mampu dibeli dan dipunyai oleh Lembaga Tabung Haji dan sekaligus melambangkan 
kepunyaan orang Melayu dan Islam di negara ini. Tetapi, kerana wang tabungan yang 
mencurah setiap bulan ke dalam tabung itu hanya dikendalikan mengikut rentak  'orang 
atasan dalam parti' makanya kini Tabung Haji nampak gah pada bangunannya dan pada 
namanya 
sahaja. Yang paling melucukan Tabung haji yang pada asalnya diilhamkan oleh pemikiran  
Professor Diraja Ungku Abdul Aziz tidak pernah pun bersedia menawarkan jawatan 
Pengerusi 
kepada Pak Ungku, kerana dasar kepimpinan Tabung Haji itu 'MESTI' dikendalikan oleh 
insan 
yang rapat dan sanggup bersekongkol dengan 'Si Tua'.  Alangkah aibnya Tabung Haji yang 
menguruskan orang pergi haji  dengan pesawat udara tidak pun memiliki sebiji pun kapal 
terbang? Kalaulah pesawat terbang sudah mula dibeli sejak dua puluh tahun yang lalu 
untuk 
kegunaan jemaah haji dan mereka yang mahu mengerjakan umrah, bukankah pesawat itu 
boleh 
disewakan secara pajakan bermusim kepada MAS dan syarikat pengangkutan udara yang 
lain?  
 
 
 
 
 
 
 
Yang arif mengenai bidang pemajakan pesawat udara akan mampu menjelaskan betapa ada 
dua  
jenis sewa-pajak kapal terbang. Ada yang mengikut sistem 'dry-leasing' dan 
'wet-leasing'. 
Bezanya terletak apakah sewaan itu termasuk penggunaan anak kapal. Setiap muncul musim 
haji, MAS di tahap awalan dulu telah diberikan tugas untuk mengangkut jemaah haji. 
Tetapi, di kebelakangan ini sudah ada syarikat swasta yang dipunyai oleh anak 
kesayangan 
'SIAPALAGI?' yang diberikan kontrak pengangkutan itu. Bayangkan, kalau Tabung Haji 
sudah 
mempunyai pesawat udaranya sendiri bukankah kos  mengerjakan haji itu satu kos yang 
termampu oleh setiap insan yang beragama Islam di negara ini. Apabila selesai sahaja 
musim haji itu bukankah pesawat yang sama boleh digunakan untuk mengangkut  mereka 
yang 
mahu mengerjakan umrah bukan sahaja di negara ini malahan di semua negara Islam yang 
lainnya? Malahan kalau kita ambil iktibar bagaimana syarikat pelancongan Eropah 
mengenalikan  rencana pelancongan kepada rakyat marhaen di sana kita tentu mampu 
memberikan kemudahan  penerbangan khas kepada pekerja asing untuk pulang bersistem ke 
Bangladesh, Pakistan, India dan juga beberapa negara di Afrika, di luar musim haji? 
 
Kini, peluang Lembaga Tabung Haji memilikki pesawat udara sendiri, memang jauh 
panggang 
daripada api kerana  aset institusi itu yang banyak berbentuk saham yang dibeli dengan 
harga yang terlalu tinggi satu ketika dulu, sudah menekan kecairan (liquidity) sebenar 
institusi itu. Dengan keadaan ekonomi yang semakin merudum, dana yang ada perlu 
disiap-sediakan untuk digunakan oleh kerajaan bagi bayaran yang penting-penting 
sebagai 
menutup malu keadaan kewangan yang sebenar. Jika tidak kerana masalah seperti ini 
adakah 
kerajaan Malaysia berbincang dengan  wakil  negara Islam yang lain itu untuk memilikki 
pesawat sendiri bagi tujuan ini? 
 
 
 
 
Putarbelit Politik 
 
Sebenarnya kita boleh merasa kecewa kerana   persidangan yang julung kali di adakan di 
luar Arab Saudi itu tidak dipergunakan oleh kerajaan Mahathir untuk  membincangkan 
beberapa perkara yang lebih baik dan munasabah lagi untuk kepentingan dunia Islam 
khasnya 
dan Malaysia amnya. Kita akan bincangkan beberapa perkara itu dalam tulisan yang akan 
datang kerana kita akan mendedahkan betapa  Malaysian telah menggunakan persidangan 
itu 
semata-mata untuk menonjolkan UMNO dan kewibawaan kepimpinan yang ada. Sekaligus 
persidangan itu dijadikan  topeng untuk menonjolkan perwatakan individu tertentu yang 
sudah kegersangan wajah polititiknya yang mampu menarik minat orang Melayu secara 
keseluruhannya. Apabila ruang yang luas diberikan kepada lapuran puja-memuja yang 
diberikan oleh  pemimpin asing kepada Lembaga Tabung Haji sedangkan orang Islam negara 
ini 
amat kecewa dengan prestasi lembaga itu, kita sudah nampak betapa   persidangan  itu 
dijadikan  alat untuk menonjolkan seorang dua dalam UMNO  untuk  tujuan politiknya.   
 
Apakah agaknya yang dijawab oleh Hamid Othman, apabila ada wakil negara Arab yang 
mengemukakan soalan seperti yang saya dengar ini:  "Apakah hotel ini  kepunyaan 
Lembaga 
Tabung Haji?  Ataupun  "Kenapakah saudara galakkan Lembaga Tabung Haji mengadakan satu 
persidangan Islam yang besar di sebuah tempat di mana terlalu banyak patung dibina? 
Mungkin jua ada wakil yang kerap ke Malaysia mahu bertanya  'Kenapakah tidak diadakan 
persidangan ini di bangunan kepunyaan orang Melayu (UMNO)'. Mungkin juga ada 
perwakilan 
yang telah bertanya untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai dua negeri yang kini 
ditadbir oleh parti politik yang dipengaruhi ajaran Islam. 
 
Cubalah kita renungkan sendiri bagaimanakah kita mampu  menonjolkan kewibawaan kita 
kepada dunia Islam sedangkan di waktu persidangan itu berlangsung, kerajaan pusat yang 
berpaksikan Islam dan budaya Melayu telah menukar tafsiran royalti minyak menjadi 
tabung 
ehsan? Bagaimana pula dengan hak raklyat Negeri Kelantan yang majoritinya beragama 
Islam 
kerana mereka ditidakkan kepada hak royalti gas yang disalurkan ke Thailand? Kita 
tidak 
payah menggunakan pendekatan pendidikan Islam untuk membuat rumusan bahawa  gelagat 
kerajaan pusat mendera kerajaan Islam Terengganu dan Kelantan adalah satu pengaiban di 
sisi kacamata ajaran Islam. 
 
Bagaimana pula dengan kenyataan dan pengakuan Paklah yang dibuatnya terhadap  
pembabitan 
pihak polis dan pegawai tinggi kerajaan yang majoritinya beragama Islam  bersekongkol 
dengan  tuanpunya perusahaan mesin video haram yang bersifat judi? Mungkin ianya satu 
kebetulan (coincidence) kempen menghapuskan pusat video-judi haram dilakukan dan 
diberi 
lapuran meluas di muka depan akhbar ketika itu. Tetapi, soalan yang dikemukakan oleh 
para 
wakil negara Islam itu sudah mampu memperlekehkan perwatakan para pemimpin Islam 
negara 
ini. 
 
Adalah amat dikesalkan, Malaysia yang dipilih untuk pertama kalinya menjadi tuanrumah 
satu persidangan yang selama ini dikendalikan di Arab Saudi telah mempolitikkan 
persidangan itu untuk tujuan UMNO dan segelintir orang Melayu yang rakus dalam parti 
itu. 
Pendapat ini bukannya satu tohmahan tetapi adalah hasil satu penganalisaan yang dapat 
kita bincangkan bersama. Di dalam hal ini kita boleh ambil kira apa yang berlaku di 
London sekarang ini. 
 
Bagaimana Mahathir Berjihad di London 
 
 
Sebaik sahaja pablisiti meluas diberikan kepada Persidangan Panduan  Haji Pertama 
(sepatutnya ditambah dengan perkataan  'Di Luar Arab Saudi') , media massa  kepunyaan 
UMNO telah sibuk dengan ucapan Mahathir di London. Dia telah menghadiri  apa yang 
dikatakan 'satu persidangan antarabangsa di London dan memberikan ucaptama mengenai 
'JIHAD'. Sungguh hebat laporan yang dikeluarkan kerana  persidangan itu dipelopori 
bersama 
oleh ASLI yang dipunyai oleh anak 'SIAPALAGI?' Persidangan itu dihadiri oleh 100 
perwakilan daripada 20 institusi Islam di Britain. Fuuh...! Hebat Mahathir, kerana 
dalam 
kata aluan pengerusi majlis Mahathir ditonjolkan sebagai pemimpin berwawasan yang 
telah 
memperkenalkan sistem perbankan Islam dan menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa. 
Ternyata, pengerusi upacara majlis membaca skrip yang ditulis oleh orang Malaysia 
kerana 
dia tidak pun membaca satu ayat penting yang sengaja tidak tertulis di situ. Ayat itu 
sepatutnya berbunyi:  Sistem perbankan Islam dan universiti Islam antarabangsa adalah 
dua 
institusi yang diwujudkan dengan usaha tungkus-lumus seorang insan yang kini 
terpenjara 
oleh Mahathir!!!!! 
 
Mungkin juga kalau bercerita mengenai Universiti Islam itu pengerusi terbabit 
sepatutnya 
menceritakan sedikit mengenai Universiti Islam Antarabangsa yang kini dipengerusikan 
oleh 
seorang bajingan politik yang sanggup memukul orang lain semata-mata mahu menunjukkan 
kesamsengannya. Kerana buruk laku itu dia hanya didenda sahaja tanpa ada perasaan 
rendah 
diri (daripadanya) untuk menyesal akan perbuatannya itu dan meminta maaf kepada 
mangsanya. 
 
 
Di London, Mahathir telah berucap memperkenalkan konsep Jihad ala Mahathir. Saya petik 
beberapa perenggan dalam Berita Harian bertarikh 4 Oktober, 2000 pada muka surat 2.: 
 
 
 ****  
 
"Datuk Seri Dr. Mahathir berkata, jihad sebenar bagi umat Islam pada alaf baru ialah 
membina sebuah negara Islam yang mantap dalam pentadbiran dan stabil  dalam semua 
bidang 
lain, termasuk politik. Perdana menteri sebaliknya menegaskan, jihad  bukan bermakna 
bermusuh sesama Islam, iaitu satu tafsiran yang sering digunakan sesetengah pihak 
dalam 
politik untuk kepentingan sendiri. 
 
'Kita percaya kalau kita dapat membina sebuah negara Islam yang rasional, cekap dalam 
pentadbiran  sains dan teknologi,  perdagangan dan industri, sosial dan agama, kita 
dapat 
mengemukakan wajah sebenar Islam. Inilah jihad kita," katanya. 
 
"Sehubungan itu beliau meminta umat Islam supaya tidak terpesong dengan tafsiran jihad 
seperti yang dicanangkan sesetengah pihak yang berkepentingan politik.  
 
'Orang Islam menggunakan pelbagai alasan untuk berjihad. Mereka 
tidak pernah memikirkan sejauh mana kukuhnya perjuangan mereka      
yang hanya melemahkan negara sendiri. Bagi mereka  ini perkara  
terpenting ialah bersedia berperang dan mati syahid dan mendapat satu  
tempat di syurga.' 
 
"Perdana Menteri berkata, sejarah menunjukkan kontroversi agama hanya menyebabkan 
kemunduran sesebuah negara Islam yang cuba mempertahankan diri menerusi ilmu 
pengetahuan. 
Beliau memberi contoh bagaimana dasar PAS mengkafir kerajaan Barisan Nasional pimpinan 
UMNO menyebabkan percakaran sesama umat Islam dan pergerakan al_Maunah yang 
menyelewengkan tafsiran jihad. ' 
 
'Kumpulan al-Maunah yang baru-baru ini cuba melakukan 
pemberontakan brsenjata bagi menggulingkan kerajaan adalah pergerakan serpihan sebuah 
parti Islam dan mereka percaya kerajaan kafir mesti digulingkan menerusi kekerasan.  
Oleh 
kerana umat Islam terlalu sibuk dengan perbahasan yang tidak habis-habis, negara 
menjadi 
mundur dan umat Islam ketinggalan berbanding orang bukan Islam. Apabila era 
perindustrian 
tiba, kita tidak langsung menyedarinya hingga tidak cuba berubah dan mengambil peluang 
daripadanya untuk mengekalkan pembangunan. Sekarang kita dapati mereka sudah memasuki 
era 
teknologi maklumat. Kini, kita tidak dapat bersembunyi di sebalik sempadan, manghalang 
aliran masuk modal, perniagan dan maklumat," kata Dr. Mahahtir.  
 
 
Beliau percaya Malaysia boleh berbangga kerana kerajaan yang diterajui pemimpin Islam 
cuba membangunkan negara dan agama sesuai dengan  kehendak semasa.  
 
'Pemimpin bukan Islam di Malaysia tidak menentang kami kerana 
kami menunjukkan bahawa kerajaan islam boleh  berlaku adil kepada kaum bukan Islam 
tanpa 
melanggar ajaran Islam.  Kami berharap dapat menunjukkan sedikit sebanyak kepada orang 
Islam dan negara Islam laluan terbaik kepada kebangkitan  Islam.  Kami berharap, 
kejayaan 
kecil kami diiktiraf dan digunakan sebagai model." 
 
 ****  
 
Fulamak...!!! Dari segi teks memang cantik sekali ucapan itu. Ia memperagakan iltizam 
seorang pemimpin Islam unggulan (he..he..he) yang memimpin sebuah parti berpaksikan 
ajaran Islam  di tengah-tengah satu suasana yang mengancam (hostile environment -  
satu 
modal usang Mahathir juga !) sehinggakan dia mampu mendirikan satu kerajaan yang 
bersih 
lagi bersih, kuat lagi kuat dan bermacam lagi megikut suka hati tafsiran dia, 
sehinggakan 
kerajaannya itu harus diiktiraf dan digunakan sebagai model. Inilah kepintaran 
Mahathir. 
Dia memang pandai berbohong besar di negara orang sehinggakan tergamak mengaibkan 
bangsa 
sendiri. 
 
Menepuk Air Di Dulang 
 
Gelagat Mahathir memburukkan parti pembangkang di negaranya sendiri adalah satu sikap 
yang memang sudah lama diamalkannya. Di New York dulu dia pernah menceritakan kepada 
sidang akhbar betapa "adanya golongan yang sanggup membuang peti-sejuk,  TV dan radio 
kerana terlalu taksub kepada ajaran Islam yang songsang"  Kini dia mendedahkan lagi 
pekong di dada terhadap orang Melayu;  satu bangsa yang sama dengan  ibunya dan juga 
isterinya. Dia memperlekehkan bangsanya sendiri dengan menggunakan Islam sebagai 
pemangkinnya. 
 
Kita tidak perlu menganalisa corak jihad yang mahu ditonjolkannya, kerana sikapnya 
memburukkan darah dagingnya sendiri atas nama menonjolkan kewibawaannya.  Kebiadaban 
Mahathir ini sudah cukup untuk kita  menumpulkan sebarang usaha untuk menganalisa 
fikirannya itu. Sudah semakin terserlah kini bagaimana beliau sudah semakin kehilangan 
kebijaksanannya itu. Dia sanggup menuduh al-Maunah sebagai kumpulan yang cuba 
melakukan 
pemberontakan bersenjata sedangkan perkara itu belum disahkan lagi oleh mahkamah. Dia 
sanggup menuduh al-Maunah sebagai kumpulan serpihan parti politik PAS sedangkan semua 
rakyat tahu bahawa  al-Maunah adalah satu kumpulan yang  melakonkan satu sandiwara 
yang 
skripnya diolah oleh orang yang bukan mempunyai keahlian PAS. Dia mengungkit isu 
kafir-mengkafir kerana dia tahu itulah isu yang menarik minat orang yang bukan Islam 
dan 
media massa global. Sedangkan dia sendiri tahu isu itu mula tercetus tiga pemilu yang 
lalu di mana dia masih mampu memegang tampuk pemerintahan kerajaan pusat sehingga 
kini.  
 
 
Demikianlah bangsatnya pemikiran seorang pemimpin yang tidak menerima tauliah yang 
jelas 
untuk memimpin bangsanya. Apakah dia fikir orang di Britain laksana katak di bawah 
tempurung ? Dia fikir orang tidak tahu bagaimana dia membrahminkan dua jawatan 
tertinggi 
dalam UMNO untuk terus kekal menjadi seorang Perdana Menteri. Apakah ini yang 
dimaksudkannya kenapa pemimpin bukan Islam di Malaysia tidak menentang kepimpinannya? 
Kalau demikian halnya, kenapakah dia sanggup menuduh kumpulan Suqui sebagai satu 
kumpulan 
yang setaraf dengan al-Maunah dan setaraf dengan komunis? Nampak sangat Mahthir sudah 
semakin sewel dan dia sudah menarik ramai lagi rakyat Malaysia turut sewel. Kini, dia 
mahu mempengaruhi masyarakat Islam di Britain agar turut sama sewel sepertinya.   
 
 
Gelagat Mahathir di Britain sekaligus menjawab segala keraguan apakah dia sebenarnya 
ikhlas mahu menumpukan masa  yang lebih kepada masalah parti? Apakah dia sebenarnya 
ikhlas mahu memberi ruang kepada Paklah memimpin kerajaan? Tidak! 
 
Mahathir telah berada terlalu lama di mercu kepiminan negara, baik sebagai seorang 
diktator kerajaan yang memerintah  mahupun sebagai diktator parti UMNO. Dia tidak 
boleh 
berubah sikap begitu sahaja seperti yang cuba dilakonkannya. Segala usaha yang 
dilakukan  
kini adalah bertujuan untuk memberitahu dunia apakah tindakan selanjutnya di Malaysia. 
Dia tahu, dia tidak mempunyai tempat lagi di pentas dunia.  London adalah satu tempat 
yang terakhir untuknya berdiri bebas tanpa memikirkan gangguan besar.   Satu ketika 
dulu 
dia mempunyai pengaruh yang mudah dipuji di Jepun. Tetapi, usaha yang dilakukan oleh 
isteri bekas Duta Amerika di Malaysia (berbangsa Jepun) telah mencelikkan mata orang 
Jepun. Kerana itu Mahathir cuba menguji keadaan di sana dengan menghantar Paklah 
berucap 
di hadapan kumpulan 'KEIDNREN' (satu kumpulan elit peniaga Jepun).   
 
Terbangnya Impian Rakus 
 
Mahathir sudah mula sedar betapa tarikh luputnya seudah semakin meggamit tubuhnya. Dia 
sendiri sedar banyak wang rakyat yang telah terbang bersama dengan segala projek mega 
yang membazir itu. Satu ketika dulu dia berlagak sakan seantero dunia 
mengembar-gemburkan 
projek mega itu. Dunia yang lebih pintar darinya senyap di hadapannya sambil 
tersenyum. 
Tetapi, di dalam hati mereka, tercetus ketawa besar akan kebodohannya. Di manakah lagi 
pentas luar negara untuk Mahathir berlagak sakan? Dia amat faham akan kepincangan ini. 
 
Kerana itu usaha dilakukan untuk berbelanja besar di London dan Britain untuk beliau 
menonjolkan mukanya. Persidangan Britain-Malaysia Ketiga menjadi modal yang paling 
baik 
yang mesti dipergunakannya.  Bayangkan terdapat 60 pemimpin koperat di London kali 
ini, 
semata-mata untuk menghadiri majlis yang tidak banyak maknanya. Mereka berbelanja 
besar 
akan duit syarikat sedangkan  pemegang saham mengharapkan mereka berjimat cermat dalam 
menangani keadaan ekonomi yang meleset ini.  Bayangkanlah kalau semua perbelanjaan 
yang 
dihamburkan masakini di London oleh Mahathir dan juga semua para juaknya, berapakah 
belanjanya yang boleh diagihkan kepada mangsa banjir yang mengalami nasib teruk di 
seluruh negara masakini?  Apakah kerana Mahathir akan terus berlagak sebagai pemimpin 
ulung Malaysia di dalam dua abad itu makanya segala gambar mengenai mangas banjir 
tidak 
pernah ditunjukkan secara jelas di TV dan akhbar kerajaan masakini? Apakah sebarang 
usaha 
menyelamatkan masyarakat marhaen yang sentiasa diserang banjir bukan dikira sebagai 
jihad?  
 
 
Mampukah semua masyarakat Islam di Bandaraya London itu memahami betapa di sebalik 
segala 
cakap besar Mahathir di London itu ada dua buah negeri Islam di Malaysia di mana hak 
rakyat ke atas royalti minyak dan gas telah diselewengkan oleh Mahathir bin Mohammad. 
Apakah jenis jihad yang mahu dijualnya di London itu sehinggakan  rakyat Islam di 
Trengganu dan Kelantan sengaja didera untuk menidakkan hak mereka kepada royalti itu? 
Bagaimanakah pula dengan keadaan rakyat marhaen yang masih merempat di negara sendiri 
kerana hutang besar setelah pasaran BSKL lingkup disebabkan mainan nafsu serakah para 
kroni Mahathir itu?  
 
Kalau Mahathir memang serius untuk berjihad, Malaysia sudah mampu melakar satu sistem 
bagaimana pendatang asing mampu bekerja di negara ini dengan sah dan pulang ke negara 
mereka setiap dua tahun dengan sah juga. Tentu tidak banyak bangunan pencakar langit 
yang 
kosong tanpa disewakan selain menjadi pusara konkrit yang menyemadikan jasad pendatang 
haram ini yang mati kerana kemalangan sewaktu bekerja. Tentu sekali Allah tidak 
menurunkan pelbagai bentuk musibah ke negara ini secara bersiri dan bersilih ganti.  
 
Jihad apakah yang patut dijadikan model oleh Mahathir kepada dunia luar kalau majoriti 
rakyat Malaysia masih lagi kais pagi makan pagi dan kais petang makan hati, sambil 
berdoa 
kepada Illahi, agar si diktator tua itu cepat pergi? 
 
 
 
-Marhaintua- 
4 Oktober, 2000 
 





Ref URL: http://server22.hypermart.net/webantu/cgi-bin/forum.cgi?id=KM2&read=3243

Code: (K-left) at http://webantu.cjb.net/ 
You may distribute whatever, wherever 
Time/Date Generated : 10:39:41 AM 19/11/2000 Sun



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke