Date: Thu, 23 Nov 2000 13:58:52 +0800

www.harakahdaily.com

Tian Chua minta maaf dari DAP
Oleh : Mat Zahari Ali

KUALA LUMPUR 23 Nov (Hrkh) - Naib Presiden Keadilan, Tian Chua memohon maaf
kepada pemimpin dan ahli-ahli DAP berhubung kenyataan media yang telah
sengaja diputarbelitkan fakta mengenai isu pencalonan wakil BA di
Pilihanraya kecil N34 Lunas baru-baru ini.

Tian chua yang dihubungi pagi ini menjelaskan bahawa beliau sanggup untuk
memohon maaf kepada mana-mana pihak terutamanya di kalangan
pemimpin-pemimpin DAP yang mungkin tersinggung dengan sikap dan tindakannya
sebelum ini. Menurut beliau lagi, sebelum ini beliau tidak pernah
mengeluarkan kenyataan keras yang boleh menyinggung mama-mana pihak dalam
BA.

Namun pihak media milik kerajaan telah menghidupkan sentimen ini sehingga
berlaku salah faham tersebut. Katanya, keadaan ini menjadi lebih buruk
kerana pihaknya dan DAP tidak dapat berkomunikasi s! ecara langsung berhubung
isu tersebut dan hanya merujuk kenyataan media yang sememangnya sengaja
ingin melihat perpecahan dalam BA.

Menurut Naib Presiden Keadilan itu lagi, di saat pilihanraya di Lunas ini
pelbagai pihak harus berhati-hati dengan media milik kerajaan serta jangan
terpengaruh dengan kenyataan provokasi media tersebut.

Sementara itu. malam tadi DAP mengadakan mesyuarat tergempar di ibu negara
berhubung isu penamaan calon di Lunas dan memutuskan agar Naib Presiden
Keadilan tersebut memohon maaf dan menarik balik semua kenyataan yang
menyinggung parti komponen BA yang lain.

Sehubungan itu menurut Tian Chua, perselisihan faham di kalangan parti-parti
komponen dan rakan-rakan seperjuangan dalam BA merupakan unsur-unsur positif
yang akan mematang dan mengeratkan lagi kedudukan parti-parti dalam BA.


Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You! Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products.

Kirim email ke