*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Bolehkah sdri yang masih cun bagitau brandnya. Nanti kita 
pakat cari kat internet kalau2 ada email atau alamat 
syarikat aiskrim tu. Kita pakat2 tanya syarikat tu dengan 
cc ke Jakim sekali. 

Sekian

----- Original Message ----- 
From: Masih Cun <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Wednesday, November 29, 2000 11:29 AM
Subject: H-Net* Perihal Halal-Haramnya Makanan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalammualaikum,
> 
> Izinkan saya mencelah di tengah-tengah perbincangan
> hangat soal Halal-Haramnya KFC. Topik yang ingin saya
> bincangkan bersama ialah masih lagi soal
> halal-haramnya makanan.
> 
> Di kantin tempat saya bekerja (international company
> yang ramai pekerja), ada dijual aiskrim yang
> mengandungi kandungan emulsifier E471. Setahu saya
> kandungan E471 ada mengandungi bahan yang tidak halal
> (b***) dan kandungan E471 juga ada yang halal.
> (Betulkan saya jika saya tersilap.). Jadi memandangkan
> perkara ini tidak jelas, saya mengelakkan daripada
> memakannya tambahan tidak adapun label 'halal' Jakim.
> Tapi hati saya rasa tidak sedap bila melihat ramai
> orang Islam kita yang membeli dan memakannya. Saya
> email ke syarikat yang mengeluarkan aiskrim ini
> (imported) menanyakan kandungan sebenar E471 dalam
> aiskrim mereka tetapi tiada jawapan. Saya juga
> telahpun email ke JAIS dan JAKIM berkenaan isu ini,
> tapi tiada balasan.
> 
> Akhir sekali, saya pun join Canteen Committee di
> tempat saya bekerja (walaupun sibuk dengan tugas lain)
> hanya untuk mengutarakan isu ini. Saya katakan isu ini
> adalah sensitif kerana ia juga melibatkan agama.
> Menurut wakil pihak canteen, mereka telahpun
> memberitahu kepada 'supplier' tersebut tetapi menurut
> 'supplier' untuk mendapatkan tanda halal Jakim adalah
> tidak mungkin.Saya cadangkan pihak pengurusan
> bertindak tegas dengan menarik buat sementara waktu
> penjualan aiskrim ini sehingga 'supplier' mendapat
> tanda label halal daripada Jakim. Malangnya saya
> mendapat tentangan daripada bangsa-bangsa lain kerana
> kata mereka aiskrim ini sedap (ya-lah benda yang haram
> semuanya sedap..). Majoriti committee adalah bangsa
> mereka.
> 
> Jadi, soalannya, apakah tindakan yang boleh saya ambil
> jika pihak pengurusan syarikat masih lagi berdegil
> membenarkan penjualan aiskrim ini? Email ke JAIS dan
> JAKIM pun tiada sambutan.
> 
> Ada sesiapa yang boleh bantu saya??????
> 
> Wassalam


----------------------------------------------------------------------
Get your FREE ShyMail account!
http://www.shymail.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke