*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa'alaikumussalam wbt,

Since pihak management masih juga untuk membenarkan penjualan aiskrim
tersebut, apa kata kalau sdr cadangkan ditampalkan satu notis didinding
kantin dan juga di peti sejuk aiskrim tersebut (sekiranya ianya jenis
self-service dimana pembeli ambil sendiri dari peti sejuk) memberitahu akan
kedudukan halal-haram aiskrim tersebut.

Ofcourse mula-mula dengan kebenaran pihak pengurusan. Saya rasa dengan cara
ini takkan pihak pengurusan pun tidak bersetuju. Lagi pun ianya hanya
ditujukan pada pengguna beragama Islam sahaja.

Boleh kami tahu jenis/brand aiskrim tersebut?

Wassalam.

-----Original Message-----
From: Masih Cun [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Wednesday, November 29, 2000 11:30 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Perihal Halal-Haramnya Makanan



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum,

Izinkan saya mencelah di tengah-tengah perbincangan
hangat soal Halal-Haramnya KFC. Topik yang ingin saya
bincangkan bersama ialah masih lagi soal
halal-haramnya makanan.

Di kantin tempat saya bekerja (international company
yang ramai pekerja), ada dijual aiskrim yang
mengandungi kandungan emulsifier E471. Setahu saya
kandungan E471 ada mengandungi bahan yang tidak halal
(b***) dan kandungan E471 juga ada yang halal.
(Betulkan saya jika saya tersilap.). Jadi memandangkan
perkara ini tidak jelas, saya mengelakkan daripada
memakannya tambahan tidak adapun label 'halal' Jakim.
Tapi hati saya rasa tidak sedap bila melihat ramai
orang Islam kita yang membeli dan memakannya. Saya
email ke syarikat yang mengeluarkan aiskrim ini
(imported) menanyakan kandungan sebenar E471 dalam
aiskrim mereka tetapi tiada jawapan. Saya juga
telahpun email ke JAIS dan JAKIM berkenaan isu ini,
tapi tiada balasan. 

Akhir sekali, saya pun join Canteen Committee di
tempat saya bekerja (walaupun sibuk dengan tugas lain)
hanya untuk mengutarakan isu ini. Saya katakan isu ini
adalah sensitif kerana ia juga melibatkan agama.
Menurut wakil pihak canteen, mereka telahpun
memberitahu kepada 'supplier' tersebut tetapi menurut
'supplier' untuk mendapatkan tanda halal Jakim adalah
tidak mungkin.Saya cadangkan pihak pengurusan
bertindak tegas dengan menarik buat sementara waktu
penjualan aiskrim ini sehingga 'supplier' mendapat
tanda label halal daripada Jakim. Malangnya saya
mendapat tentangan daripada bangsa-bangsa lain kerana
kata mereka aiskrim ini sedap (ya-lah benda yang haram
semuanya sedap..). Majoriti committee adalah bangsa
mereka.

Jadi, soalannya, apakah tindakan yang boleh saya ambil
jika pihak pengurusan syarikat masih lagi berdegil
membenarkan penjualan aiskrim ini? Email ke JAIS dan
JAKIM pun tiada sambutan.

Ada sesiapa yang boleh bantu saya??????

Wassalam



Pengirim: Masih Cun <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke