*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Polemik tajuk ini akan berterusan. Cuma panduan yang perlu kita
ambil adalah makna dan tugas nabi-nabi (anbiya') itu. Zaman
sebelum Nabi Muhammad, Allah telah mengutuskan banyak nabi-nabi
kepada semua kaum dan bangsa di dunia. Setelah Nabi Muhammad
wafat, maka pangkat kenabian sudah tamat ..dengan sendirinya
tugas menyampaikan dakwah dan perjuangan Islam akan diteruskan
oleh para ulama' .. maka inilah maksud ulama' itu pewaris nabi
-nabi kerana pangkat itu sudah tidak ada lagi. Sebab itulah,
mana-mana orang yang mengaku dirinya seorang nabi di zaman
sudah tamatnya manusia berpangkat nabi, maka dia adalah pendusta.

Kita tidak perlu fikir jauh, tugas menyampaikan ajaran-ajaran
Al-Quran adalah tanggungjawab umat Islam itu sendiri. Antara
sifat-sifat para anbiyai' ialah beramanah, benar dan berani
menyampaikan mesej Islam. Usaha gigih seorang individu menyampaikan
dakwah Islam kepada yang belum memeluk Islam adalah umpama
kerja para anbiyai'. Sebab itu Al-Qur'an menyebut sikap yang
berani mereka itu sebagai ...

Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang
murtad dari ugamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu
kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya,
yang bersikap lemah lembut terhadap orang mu'min, yang bersikap 
keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, 
dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela...
(Al-Maidah 5:54)

Cuma sedikit kesimpulan yang mahu saya buat. Kalau sekadar bijak
bercakap ugama tetapi penakut untuk beramar ma'ruf dan mencegah
kemungkaran ..orang itu bukan pewaris nabi-nabi.

Saya hendak mengulas sedikit isu terkini tentang usaha UMNO 
mengharamkan umat Islam bercakap politik atas mesjid dan
surau. Jika benar UMNO adalah pewaris nabi-nabi, saya fikir
adalah lebih bijak mereka menganjurkan majlis-majlis ilmu dan
muzakkarah dan juga usrah membaca teks Tafsir Al-Qur'an dan juga
teks Hadith di masjid-masjid dan surau. Maka boleh dijemput
orangramai (tak kira PAS atau UMNO) menyertai "usrah" itu,
berbincang dan bersoaljawab. Apa yang UMNO anjurkan ialah masjid
itu hanya tempat beribadat, yang mana UMNO menyempitkan skop
makna ibadat itu pada soal solat dan i'tikaf sahaja. Jika pihak 
pembangkang mengadakan majlis-majlis usrah, itupun termasuk
dalam konsep ibadat dan memakmurkan tempat-tempat ibadat. Jika
ada pihak menyentuh perkara politik sekalipun, itu tidak boleh
dielakkan. 

Sila baca ayat berikut dan fahamilah maknanya, (sekiranya anda 
berada atas masjid) ... ayat Surah Hud 11:91-92 yang menceritakan 
tentang perdebatan antara Nabi Syu'aib dan kaumnya. Kaum Nabi
Syu'aib melarangnya berdakwah dan mereka adalah orang-orang
berfahaman kuat semangat patriotik bangsa. Oleh kerana terlampau
bimbang dakwah Nabi Syu'aib boleh memecahbelahkan masyarakat
kaumnya, maka pembesar-pembesar kaum Syu'aib memberi nasihat
kepadanya supaya berhenti berdakwah. Mereka mampu menghukum Nabi
Shu'aib, oleh kerana memikirkan dia juga adalah satu keturunan
dengan mereka, maka tidak tergamak berbuat begitu. Walau bagaimana
pun Nabi Syu'aib menegur sikap "patriotik" adalah salah dari
segi hukum ugama yang mana teguran itu akan menyebabkan kaumnya
bertambah marah kerana "mengkritik dasar kerajaan" !!!!

Ya, memang "mengkritik dasar kerajaan" itulah yang membuat
UMNO marah ketika berada atas masjid. Tetapi, Nabi Syu'aib telah 
membuat sesuatu yang wajar. Bukan sahaja dia menyampaikan mesej 
"laa ilaaha illa_LLah" secara terang-terang, bahkan MENGKRITIK 
pula dasar kerajaan.

Beginilah kata-kata Nabi Syu'aib:

"..wahai kaumku! Patutkan kaum keluargaku (kerana sama sebangsa
denganmu) kamu pandang lebih mulia daripada Allah serta kamu
pula jadikan perintahNya sebagai sesuatu yang dibuang dan di-
lupakan belakang kamu.." (Surah Hud 11:92)

Dalam erti lain .."wahai orang Melayu UMNO, adakah fahaman
patriotik menjaga bangsamu adalah lebih mulia yang mana kamu
memperkecilkan setengah-setengah hukum-hukum Allah?" Demi
menjaga kepentingan puak kamu UMNO, maka kamu melarang orang
lain menggunakan masjid?

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke