*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A'kum..
Kenyataan nak membela...tapi sayang dari jauh dan sambil menyorok......

tua dah kubur wrote:

> A'kum , ...
>
> cium tangan sendiri dulu ... dah sah cuci ke?
>
> WALLAHua'lam.
>
> >From: [EMAIL PROTECTED]
> >To: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >Assalamualaikum....
> >Tangan tangan seperti inilah yang akan merosak kan dalil......dengan
> >akalnya........bagaimana pula nanti hudud ,,bimbang akan jua turut
> >menjadi begini...Wassalam mudah mudahan tuhan memberi pertunjuk.....
> >
> >Tiger wrote:
> >
> >~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > Polemik tajuk ini akan berterusan. Cuma panduan yang perlu kita
> > > ambil adalah makna dan tugas nabi-nabi (anbiya') itu. Zaman
> > > sebelum Nabi Muhammad, Allah telah mengutuskan banyak nabi-nabi
> > > kepada semua kaum dan bangsa di dunia. Setelah Nabi Muhammad
> > > wafat, maka pangkat kenabian sudah tamat ..dengan sendirinya
> > > tugas menyampaikan dakwah dan perjuangan Islam akan diteruskan
> > > oleh para ulama' .. maka inilah maksud ulama' itu pewaris nabi
> > > -nabi kerana pangkat itu sudah tidak ada lagi. Sebab itulah,
> > > mana-mana orang yang mengaku dirinya seorang nabi di zaman
> > > sudah tamatnya manusia berpangkat nabi, maka dia adalah pendusta.
> > >
> > > Kita tidak perlu fikir jauh, tugas menyampaikan ajaran-ajaran
> > > Al-Quran adalah tanggungjawab umat Islam itu sendiri. Antara
> > > sifat-sifat para anbiyai' ialah beramanah, benar dan berani
> > > menyampaikan mesej Islam. Usaha gigih seorang individu menyampaikan
> > > dakwah Islam kepada yang belum memeluk Islam adalah umpama
> > > kerja para anbiyai'. Sebab itu Al-Qur'an menyebut sikap yang
> > > berani mereka itu sebagai ...
> > >
> > > Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang
> > > murtad dari ugamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu
> > > kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya,
> > > yang bersikap lemah lembut terhadap orang mu'min, yang bersikap
> > > keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah,
> > > dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela...
> > > (Al-Maidah 5:54)
> > >
> > > Cuma sedikit kesimpulan yang mahu saya buat. Kalau sekadar bijak
> > > bercakap ugama tetapi penakut untuk beramar ma'ruf dan mencegah
> > > kemungkaran ..orang itu bukan pewaris nabi-nabi.
> > >
> > > Saya hendak mengulas sedikit isu terkini tentang usaha UMNO
> > > mengharamkan umat Islam bercakap politik atas mesjid dan
> > > surau. Jika benar UMNO adalah pewaris nabi-nabi, saya fikir
> > > adalah lebih bijak mereka menganjurkan majlis-majlis ilmu dan
> > > muzakkarah dan juga usrah membaca teks Tafsir Al-Qur'an dan juga
> > > teks Hadith di masjid-masjid dan surau. Maka boleh dijemput
> > > orangramai (tak kira PAS atau UMNO) menyertai "usrah" itu,
> > > berbincang dan bersoaljawab. Apa yang UMNO anjurkan ialah masjid
> > > itu hanya tempat beribadat, yang mana UMNO menyempitkan skop
> > > makna ibadat itu pada soal solat dan i'tikaf sahaja. Jika pihak
> > > pembangkang mengadakan majlis-majlis usrah, itupun termasuk
> > > dalam konsep ibadat dan memakmurkan tempat-tempat ibadat. Jika
> > > ada pihak menyentuh perkara politik sekalipun, itu tidak boleh
> > > dielakkan.
> > >
> > > Sila baca ayat berikut dan fahamilah maknanya, (sekiranya anda
> > > berada atas masjid) ... ayat Surah Hud 11:91-92 yang menceritakan
> > > tentang perdebatan antara Nabi Syu'aib dan kaumnya. Kaum Nabi
> > > Syu'aib melarangnya berdakwah dan mereka adalah orang-orang
> > > berfahaman kuat semangat patriotik bangsa. Oleh kerana terlampau
> > > bimbang dakwah Nabi Syu'aib boleh memecahbelahkan masyarakat
> > > kaumnya, maka pembesar-pembesar kaum Syu'aib memberi nasihat
> > > kepadanya supaya berhenti berdakwah. Mereka mampu menghukum Nabi
> > > Shu'aib, oleh kerana memikirkan dia juga adalah satu keturunan
> > > dengan mereka, maka tidak tergamak berbuat begitu. Walau bagaimana
> > > pun Nabi Syu'aib menegur sikap "patriotik" adalah salah dari
> > > segi hukum ugama yang mana teguran itu akan menyebabkan kaumnya
> > > bertambah marah kerana "mengkritik dasar kerajaan" !!!!
> > >
> > > Ya, memang "mengkritik dasar kerajaan" itulah yang membuat
> > > UMNO marah ketika berada atas masjid. Tetapi, Nabi Syu'aib telah
> > > membuat sesuatu yang wajar. Bukan sahaja dia menyampaikan mesej
> > > "laa ilaaha illa_LLah" secara terang-terang, bahkan MENGKRITIK
> > > pula dasar kerajaan.
> > >
> > > Beginilah kata-kata Nabi Syu'aib:
> > >
> > > "..wahai kaumku! Patutkan kaum keluargaku (kerana sama sebangsa
> > > denganmu) kamu pandang lebih mulia daripada Allah serta kamu
> > > pula jadikan perintahNya sebagai sesuatu yang dibuang dan di-
> > > lupakan belakang kamu.." (Surah Hud 11:92)
> > >
> > > Dalam erti lain .."wahai orang Melayu UMNO, adakah fahaman
> > > patriotik menjaga bangsamu adalah lebih mulia yang mana kamu
> > > memperkecilkan setengah-setengah hukum-hukum Allah?" Demi
> > > menjaga kepentingan puak kamu UMNO, maka kamu melarang orang
> > > lain menggunakan masjid?
> > >
> > > **********
> _________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke