*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Sebenarnya tentang defect yang terdapat pada kenderaan yang dikeluarkan,
terutamanya model baru adalah perkara biasa. Cuma hal ini dirahsiakan daripada
pengguna. Kita mudah mengetahui tentang kelemahan kereta tempatan kerana ia dikilang
di tempat kita; maka mudahlah terbocor rahsia.
Namun defect yang terdapat pada model baru kereta nasional berada pada tahap yang
menyedihkan. Ini adalah mentaliti yang terdapat pada kebanyakan orang kita. BAGI
PROJEK JALAN DULU, BILA TIMBUL MASALAH BARU ATASI.
-> Dulu WIRA ada masalah dengan kualiti cermin; kemudian sudah dipertingkatkan.
-> TIARA dan KANCIL juga banyak kekurangan semasa mula dipasarkan; kemudian baru
diperbaiki.
-> Design KENARI pula agak hodoh; sekarang sedang diperbaiki.
-> KRISS juga tidak ketinggalan.
Utusan Pengguna juga ada melaporkan tentang defect yang terdapat pada
kenderaan-kenderaan di pasaran tanpa pengetahuan pengguna. Antaranya dilaporkan
bahawa sistem brek WAJA tidak sempurna.
Apa yang menyedihkan adalah pencabulan hak pengguna di Malaysia yang begitu
tinggi dalam pelbagai bentuk. Semasa saya membeli RUSA, terdapat hebahan yang
menyatakan bahawa pemilik RUSA bernombor siri sekian hingga sekian boleh membawa
kenderaannya ke wakil servis PERODUA untuk diganti dengan carpet baru PERCUMA.
Mulanya saya agak terkilan kerana kenderaan saya tidak tersenarai; tak ada peluang
dapat capet baru. Rupa-rupanya saya dimaklumkan oleh mekanik bahawa kenderaan yang
terlibat menggunakan pelapik carpet yang terlalu nipis - perlu ditukar dengan yang
lebih tebal seperti model sekarang bagi mengurangkan bahang panas enjin menyerap ke
ruang pemandu/penumpang. Begitulah sikap pengelluar terhadap pengguna Malaysia. Cuma
menipu; defect call dihebahkan sebagai hadiah.
Bagi mereka yang telah memiliki WAJA saya harap mereka lebih bersifat terbuka.
Memang secara tidak sedar kita jadi terlalu defensive apabila orang memperkatakan
tentang apa yang kita miliki. Saya dulu pun pernah mengalaminya apabila baru memiliki
RUSA. Lebih geram bila kebanyakan defect telah diperbaiki dalam model RUSA 1.6.
Namun jika kita lebih bersikap terbuka dan sedia menerima, maka kita akan lebih
berhati-hati apabila menyedari akan kelemahan yang ada pada kenderaan kita.
Bagi yang merancang hendak membeli WAJA saya nasihatkan tangguhkan dulu.
InsyaAllah batch/model yang akan datang lebih memuaskan sebagaimana WIRA dan ISWARA
kini. Saya pun sangat berminat dengan WAJA; tapi saya buat keputusan untuk tunggu
dulu.
Apapun saya tetap berbangga dengan projek kenderaan nasional. Sungguhpun
terdapat beberapa kelemahan, kita lihat kenderaan nasional banyak terdapat di jalan
raya. Ia menjadikan kita lebih mampu untuk memiliki kenderaan.
Saya hanya berharap agar pencabulan hak pengguna di Malaysia dapat diatasi. Ini
memerlukan kesedaran kepenggunaan yang tinggi di antara kita.
Wassalam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Mukmin Bin Muslim" <[EMAIL PROTECTED]>