Sapa kata Wira dan Iswara dah sempurna. Sampai sekarang pun tak improve lagi.
Kalau nak tunggu Waja improve alamat sampai ke tua la..... Power window masih
problem macam dulu, switch power window tak pernah rapat bila panas aje sure
terkeluar daripada lubangnya. Satu lagi sticker kat blower air-cond main taruh
aje,  alignment tak peduli langsung. Lepas tu tempat letak barang kat depan seat
penumpang masih senget dan tak rapat dari dulu sampai sekarang. Agak-agaknya
depa nie kat proton dok lena kot. Takkan benda simple macam nie pon tak boleh
improve. Yang heran tu takkan staff yang bertanggung jawap tak nampak
defect-defect nie semua atau pun buat-buat tak nampak. Makan gaji buta la tu....







"Mukmin Bin Muslim" <[EMAIL PROTECTED]> on 12/20/2000 12:04:24 PM
                                                              
                                                              
                                                              
 To:      [EMAIL PROTECTED]                                      
                                                              
 cc:      (bcc: Jufrihisham Mohamed/MY/Asia/Celestica)        
                                                              
                                                              
                                                              
 Subject: H-Net* Tentang WAJA                                 
                                                              








 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
     Sebenarnya tentang defect yang terdapat pada kenderaan yang dikeluarkan,
terutamanya model baru adalah perkara biasa.  Cuma hal ini dirahsiakan daripada
pengguna.  Kita mudah mengetahui tentang kelemahan kereta tempatan kerana ia
dikilang di tempat kita; maka mudahlah terbocor rahsia.
     Namun defect yang terdapat pada model baru kereta nasional berada pada
tahap yang menyedihkan.  Ini adalah mentaliti yang terdapat pada kebanyakan
orang kita.  BAGI PROJEK JALAN DULU, BILA TIMBUL MASALAH BARU ATASI.
  -> Dulu WIRA ada masalah dengan kualiti cermin; kemudian sudah
dipertingkatkan.
  -> TIARA dan KANCIL juga banyak kekurangan semasa mula dipasarkan; kemudian
baru diperbaiki.
  -> Design KENARI pula agak hodoh; sekarang sedang diperbaiki.
  -> KRISS juga tidak ketinggalan.

     Utusan Pengguna juga ada melaporkan tentang defect yang terdapat pada
kenderaan-kenderaan di pasaran tanpa pengetahuan pengguna.  Antaranya dilaporkan
bahawa sistem brek WAJA tidak sempurna.

     Apa yang menyedihkan adalah pencabulan hak pengguna di Malaysia yang begitu
tinggi dalam pelbagai bentuk.  Semasa saya membeli RUSA, terdapat hebahan yang
menyatakan bahawa pemilik RUSA bernombor siri sekian hingga sekian boleh membawa
kenderaannya ke wakil servis PERODUA untuk diganti dengan carpet baru PERCUMA.
Mulanya saya agak terkilan kerana kenderaan saya tidak tersenarai; tak ada
peluang dapat capet baru.  Rupa-rupanya saya dimaklumkan oleh mekanik bahawa
kenderaan yang terlibat menggunakan pelapik carpet yang terlalu nipis - perlu
ditukar dengan yang lebih tebal seperti model sekarang bagi mengurangkan bahang
panas enjin menyerap ke ruang pemandu/penumpang.  Begitulah sikap pengelluar
terhadap pengguna Malaysia.  Cuma menipu; defect call dihebahkan sebagai hadiah.

     Bagi mereka yang telah memiliki WAJA saya harap mereka lebih bersifat
terbuka.  Memang secara tidak sedar kita jadi terlalu defensive apabila orang
memperkatakan tentang apa yang kita miliki.  Saya dulu pun pernah mengalaminya
apabila baru memiliki RUSA.  Lebih geram bila kebanyakan defect telah diperbaiki
dalam model RUSA 1.6.  Namun jika kita lebih bersikap terbuka dan sedia
menerima, maka kita akan lebih berhati-hati apabila menyedari akan kelemahan
yang ada pada kenderaan kita.

     Bagi yang merancang hendak membeli WAJA saya nasihatkan tangguhkan dulu.
InsyaAllah batch/model yang akan datang lebih memuaskan sebagaimana WIRA dan
ISWARA kini.  Saya pun sangat berminat dengan WAJA; tapi saya buat keputusan
untuk tunggu dulu.

     Apapun saya tetap berbangga dengan projek kenderaan nasional.  Sungguhpun
terdapat beberapa kelemahan, kita lihat kenderaan nasional banyak terdapat di
jalan raya.  Ia menjadikan kita lebih mampu untuk memiliki kenderaan.

     Saya hanya berharap agar pencabulan hak pengguna di Malaysia dapat diatasi.
Ini memerlukan kesedaran kepenggunaan yang tinggi di antara kita.

Wassalam.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mukmin Bin Muslim" <[EMAIL PROTECTED]>

att1.eml

Kirim email ke