*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum w.w. Saya pasti tak ramai ahli hizb ni yang minat memperkatakan hal kereta. Walau bagaimapanapun izinkan saya memberi sedikit lagi pandangan berkaitan isu ini. AFTA memang tidak menjamin harga kereta menjunam jatuh. Jika ini berlaku kacaubilaulah pasaran terutamanya kereta terpakai dan juga masalah pinjaman biaya kereta yang belum lunas. Harga kereta tetap naik mengikut kadar kenaikan biasa, seperti setiap perlancaran model baru ataupun perubahan kosmetik dan aksesori. Tapi yang penting ialah harga kereta setara untuk yang sekelas. Waja 1.6 (RM 65k) sepatutnya tidak terlalu jauh lebih rendah dari Sentra 1.6 (RM 100k), Corolla 1.6 (RM 105k) dll. Barulah kita lebih bebas menggunakan hak kita sebagai pengguna. Dalam keadaan sekarang kita seolah-olah secara tidak langsung diarahkan ke arah proton. Harga kereta bukan nasional lebih 1.7 dari kereta proton. Sebagai perbandingan kini kereta TD proton dijual di Langkawi pada RM 120k, sedangkan di luar Langkawi harganya hampir RM 200k. Saya juga sependapat dengan saudara, tidak ingin proton dan produa gagal dalam industri ini. Tambahan pula proton kini dipunyai oleh Petronas. Petronas secara logiknya secara tidak langsung adalah milik semua warga Malaysia. Walau bagaimanapun kebenaran anggapan seperti ini perlu perbincangan lanjut, khususnya dalam situasi ketika ini. Yang nyata kalau Petronas mengabaikan tanggungjawab rakyat ini, generasi akan datang pasti mengutuk mereka dan juga mungkin kita. Saya yakin mereka, proton dan perodua sedang (sepatutnya telah) meranncang langkah seterusnya untuk terus bertapak kukuh dalam industri auto. Kabar angin bertiup yang Perodua akan mengeluarkan kedua-dua jenama, Perodua dan Daihatsu untuk masing-masing pasaran tempatan dan Asean. Proton pula tengah giat cuba memikat Ford yang sudahpun bertapak di Thai. Industri sokongan-vendor pembekal komponen yang benar-benar tulin telah lama mengorak langkah menghadapi AFTA. Ada satu syarikat bersaiz sederhana besar telahpun mendirikan kilang dan beroperasi di Thai. Malah mereka telahpun mengeluarkan sebahagian komponen di sini dan menghantar ke Thai untuk pasangan kereta di sana. Jadi masalah mungkin timbul kepada vendor yang separa-tulin. Dapat hak vendor bukan sepenuhnya kerana kelayakan. Harap-harap vendor seperti ini tidak lagi ujud di Malaysia. Walau apapun, semuga segalanya memberi manfaat kepada warga Malaysia, di dunia dan di akhirat. ----Original Message Follows---- From: john lee <[EMAIL PROTECTED]> To: Tiang Jawi <[EMAIL PROTECTED]> CC: [EMAIL PROTECTED] Subject: Proton Waja tak cukup umur-tak cukup penjelasan Date: Thu, 21 Dec 2000 11:45:27 +0000 (GMT) Pendapat sdr saya boleh terima. Ini mungkin kerana di luar jangkaan Proton bahawa permintaan (demand) untuk waja ni menggalakkan. Saya difahamkan production masih lagi slow bagi mengelakkan sebarang kerumitan berlaku. Tentang afta, memang harga akan turun tapi bukan turun sebegitu byk seperti yg org jangka. Sebab ramai org jangka harga kete akan begitu murah. Hanya semua kete akan kena tax yg sama. itu jer. Saya memikirkan bahwa sekiranya proton gagal dlm project waja ini, ianya akan bermakna gagal dlm ekonomi negara sebab dibawah payung proton,vendor dan pengedar seramai lebih 40 000 pekerja yg terlibat. Dan kalaupun kerajaan bertukar, iaitu BA yg memerintah, salah satu dasar yg kena di jaga ialah industri kereta. That is the fact.Ianya macam dasar universiti tempatan dll. Cuma saya rasa kali ni PROTON mungkin lagi quality di bawah BA la kut! _________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>