*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.w.
Saya pasti tak ramai ahli hizb ni yang minat memperkatakan hal kereta.
Walau bagaimapanapun izinkan saya memberi sedikit lagi pandangan berkaitan
isu ini.
AFTA memang tidak menjamin harga kereta menjunam jatuh. Jika ini berlaku
kacaubilaulah pasaran terutamanya kereta terpakai dan juga masalah pinjaman
biaya kereta yang belum lunas. Harga kereta tetap naik mengikut kadar
kenaikan biasa, seperti setiap perlancaran model baru ataupun perubahan
kosmetik dan aksesori. Tapi yang penting ialah harga kereta setara untuk
yang sekelas. Waja 1.6 (RM 65k) sepatutnya tidak terlalu jauh lebih rendah
dari Sentra 1.6 (RM 100k), Corolla 1.6 (RM 105k) dll. Barulah kita lebih
bebas menggunakan hak kita sebagai pengguna. Dalam keadaan sekarang kita
seolah-olah secara tidak langsung diarahkan ke arah proton. Harga kereta
bukan nasional lebih 1.7 dari kereta proton. Sebagai perbandingan kini
kereta TD proton dijual di Langkawi pada RM 120k, sedangkan di luar Langkawi
harganya hampir RM 200k.
Saya juga sependapat dengan saudara, tidak ingin proton dan produa gagal
dalam industri ini. Tambahan pula proton kini dipunyai oleh Petronas.
Petronas secara logiknya secara tidak langsung adalah milik semua warga
Malaysia. Walau bagaimanapun kebenaran anggapan seperti ini perlu
perbincangan lanjut, khususnya dalam situasi ketika ini. Yang nyata kalau
Petronas mengabaikan tanggungjawab rakyat ini, generasi akan datang pasti
mengutuk mereka dan juga mungkin kita.
Saya yakin mereka, proton dan perodua sedang (sepatutnya telah) meranncang
langkah seterusnya untuk terus bertapak kukuh dalam industri auto. Kabar
angin bertiup yang Perodua akan mengeluarkan kedua-dua jenama, Perodua dan
Daihatsu untuk masing-masing pasaran tempatan dan Asean. Proton pula tengah
giat cuba memikat Ford yang sudahpun bertapak di Thai.
Industri sokongan-vendor pembekal komponen yang benar-benar tulin telah lama
mengorak langkah menghadapi AFTA. Ada satu syarikat bersaiz sederhana besar
telahpun mendirikan kilang dan beroperasi di Thai. Malah mereka telahpun
mengeluarkan sebahagian komponen di sini dan menghantar ke Thai untuk
pasangan kereta di sana. Jadi masalah mungkin timbul kepada vendor yang
separa-tulin. Dapat hak vendor bukan sepenuhnya kerana kelayakan.
Harap-harap vendor seperti ini tidak lagi ujud di Malaysia.
Walau apapun, semuga segalanya memberi manfaat kepada warga Malaysia, di
dunia dan di akhirat.
----Original Message Follows----
From: john lee <[EMAIL PROTECTED]>
To: Tiang Jawi <[EMAIL PROTECTED]>
CC: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Proton Waja tak cukup umur-tak cukup penjelasan
Date: Thu, 21 Dec 2000 11:45:27 +0000 (GMT)
Pendapat sdr saya boleh terima. Ini mungkin kerana di
luar jangkaan Proton bahawa permintaan (demand) untuk
waja ni menggalakkan. Saya difahamkan production masih
lagi slow bagi mengelakkan sebarang kerumitan berlaku.
Tentang afta, memang harga akan turun tapi bukan turun
sebegitu byk seperti yg org jangka. Sebab ramai org
jangka harga kete akan begitu murah. Hanya semua kete
akan kena tax yg sama. itu jer.
Saya memikirkan bahwa sekiranya proton gagal dlm
project waja ini, ianya akan bermakna gagal dlm
ekonomi negara sebab dibawah payung proton,vendor dan
pengedar seramai lebih 40 000 pekerja yg terlibat.
Dan kalaupun kerajaan bertukar, iaitu BA yg
memerintah, salah satu dasar yg kena di jaga ialah
industri kereta. That is the fact.Ianya macam dasar
universiti tempatan dll. Cuma saya rasa kali ni PROTON
mungkin lagi quality di bawah BA la kut!
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>