*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam aidilfitri,

Ezam, Azmin, Roslan Kassim ditahan sebab depa pi report polis pasal pengundi
hantu.

Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA sebab dia pi report polis pasal buku 50 
dalil.

Nie, aku ada di kampung; sakgi masa nak balik rumah lepas cuti raya nie; kot2 
kalau terserempak dengan accident ka apa ka kat tengah jalan, aku dok risau nak 
report polis ka tidak.....manalah tahu tak pasal-pasal aku pun kena tahan jugak. 
Kalau takat kena tahan biasa tu tak pa jugak, aku seram sejuk takut
depa buat kat aku macam depa buat kat Ustaz Hamdan yg balik dari Afghanistan
hari tu.....kena kapitttt teloqqq!!!

Teloq ustaz pun depa sanggup kapit....inikan pulak kita...:-)

So, Nak report ka tidak?

-Temingat Di Belantara-.


>===== Original Message From Concorde <[EMAIL PROTECTED]> =====
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> PEMIMPIN PEMBANGKANG DITAHAN KERANA LANGGAR UNDANG-UNDANG
>
>PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir
>Mohamad Rabu berkata, penahanan beberapa pemimpin parti pembangkang
>baru-baru ini adalah kerana mereka melanggar undang-undang dan bukan
>kerana mereka pemimpin parti lawan.
>Dr Mahathir berkata, setiap orang adalah saksama di hadapan
>undang-undang dan tidak akan terlepas daripada akibatnya jika didapati
>melanggar undang-undang.
>
>"Mereka (pemimpin pembangkang) ditahan bukan kerana mereka pemimpin
>parti pembangkang.
>
>Mereka ditahan kerana melanggar undang-undang dan sesiapa yang melanggar
>undang-undang akan menerima akibat yang sama," kata beliau kepada
>pemberita selepas beliau dan isteri Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali
>menerima beribu-ribu pengunjung ke rumah terbuka Hari Raya di Seri
>Perdana di sini.
>
>Dr Mahathir berkata, sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang akan
>diambil tindakan mengikut undang-undang.
>
>"Inilah orang yang sama bercakap besar mengenai undang-undang.
>
>Mereka berpendapat kedaulatan undang-undang harus dikenakan pada orang
>lain dan terhadap anggota kerajaan tetapi bukan terhadap mereka.
>
>Tetapi undang-undang di Malaysia terpakai kepada semua dan sehinggakan
>setiap anggota keluarga diraja tidak terkecuali," katanya.
>
>Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas penahanan ketua pemuda
>Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Noor, dan Ahli Dewan Undangan Negeri
>Hulu Kelang Azmin Ali semalam.
>
>Sebuah akhbar harian tempatan hari ini melaporkan Ezam dan Azmin ditahan
>untuk memudahkan siasatan polis berhubung kekacauan semasa pilihan raya
>kecil Lunas pada 29 Nov lepas.
>
>Tiga lagi pemimpin Keadilan juga ditahan berhubung hal yang sama.
>
>Dr Mahathir berkata, pemimpin-pemimpin pembangkang bukan orang
>berkeistimewaan dan oleh itu mereka harus menerima akibat daripada
>perbuatan melanggar undang-undang.
>
>Terdapat pendapat yang pemimpin pembangkang adalah orang berkeistimewaan
>dan mereka kebal terhadap undang-undang.
>
>"Mereka bukan orang dengan berkeistimewaan seperti itu," katanya.
>
>Dr Mahathir berkata, perlu difahami yang kedaulatan undang-undang
>bermakna semua orang adalah sama mengikut undang-undang.
>
>"Mungkin kita perlu cuba memahami hal itu sebelum menuduh yang pemimpin
>pembangkang sengaja ditahan," katanya.
>
>Dr Mahathir berkata, beliau berharap setiap orang akan memahami
>kedaulatan undang-undang di negara ini yang tiada orang dikecualikan
>daripadanya termasuk, Menteri-menteri.
>
>"Saya harap media asing akan memahami yang tidak kira anda parti
>pembangkang atau pemerintah jika anda menyalahi undang-undang anda harus
>hadapi akibatnya.
>
>Inilah kedaulatan undang-undang sebenar...semua orang saksama mengikut
>undang-undang.
>
>Jika anda tidak memahaminya maka itu mustahil..." Dr Mahathir juga
>menafikan yang penahanan itu merupakan petanda operasi penangkapan
>secara besar-besaran akan diadakan.
>
>"Ia bukan operasi berleluasa.
>
>Ia bagi tujuan yang sangat khusus.
>
>Undang-undang itu sudah ada dan mereka ditahan di bawah undang-undang
>itu," kata Perdana Menteri.
>
>-- BERNAMA
>

__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke