*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PaK Din, boleh toleh cerita lebih detail sikit pasal Ustaz Hamdan kena torture dengan anjing-anjing gila ni?
>From: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Mau report ka tidak?
>Date: Fri, 29 Dec 2000 07:27:22 0100
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>salam aidilfitri,
>
>Ezam, Azmin, Roslan Kassim ditahan sebab depa pi report polis pasal pengundi
>hantu.
>
>Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA sebab dia pi report polis pasal buku 50
>dalil.
>
>Nie, aku ada di kampung; sakgi masa nak balik rumah lepas cuti raya nie; kot2
>kalau terserempak dengan accident ka apa ka kat tengah jalan, aku dok risau nak
>report polis ka tidak.....manalah tahu tak pasal-pasal aku pun kena tahan jugak.
>Kalau takat kena tahan biasa tu tak pa jugak, aku seram sejuk takut
>depa buat kat aku macam depa buat kat Ustaz Hamdan yg balik dari Afghanistan
>hari tu.....kena kapitttt teloqqq!!!
>
>Teloq ustaz pun depa sanggup kapit....inikan pulak kita...:-)
>
>So, Nak report ka tidak?
>
>-Temingat Di Belantara-.
>
>
> >===== Original Message From Concorde <[EMAIL PROTECTED]>=====
> >
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > PEMIMPIN PEMBANGKANG DITAHAN KERANA LANGGAR UNDANG-UNDANG
> >
> >PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir
> >Mohamad Rabu berkata, penahanan beberapa pemimpin parti pembangkang
> >baru-baru ini adalah kerana mereka melanggar undang-undang dan bukan
> >kerana mereka pemimpin parti lawan.
> >Dr Mahathir berkata, setiap orang adalah saksama di hadapan
> >undang-undang dan tidak akan terlepas daripada akibatnya jika didapati
> >melanggar undang-undang.
> >
> >"Mereka (pemimpin pembangkang) ditahan bukan kerana mereka pemimpin
> >parti pembangkang.
> >
> >Mereka ditahan kerana melanggar undang-undang dan sesiapa yang melanggar
> >undang-undang akan menerima akibat yang sama," kata beliau kepada
> >pemberita selepas beliau dan isteri Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali
> >menerima beribu-ribu pengunjung ke rumah terbuka Hari Raya di Seri
> >Perdana di sini.
> >
> >Dr Mahathir berkata, sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang akan
> >diambil tindakan mengikut undang-undang.
> >
> >"Inilah orang yang sama bercakap besar mengenai undang-undang.
> >
> >Mereka berpendapat kedaulatan undang-undang harus dikenakan pada orang
> >lain dan terhadap anggota kerajaan tetapi bukan terhadap mereka.
> >
> >Tetapi undang-undang di Malaysia terpakai kepada semua dan sehinggakan
> >setiap anggota keluarga diraja tidak terkecuali," katanya.
> >
> >Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas penahanan ketua pemuda
> >Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Noor, dan Ahli Dewan Undangan Negeri
> >Hulu Kelang Azmin Ali semalam.
> >
> >Sebuah akhbar harian tempatan hari ini melaporkan Ezam dan Azmin ditahan
> >untuk memudahkan siasatan polis berhubung kekacauan semasa pilihan raya
> >kecil Lunas pada 29 Nov lepas.
> >
> >Tiga lagi pemimpin Keadilan juga ditahan berhubung hal yang sama.
> >
> >Dr Mahathir berkata, pemimpin-pemimpin pembangkang bukan orang
> >berkeistimewaan dan oleh itu mereka harus menerima akibat daripada
> >perbuatan melanggar undang-undang.
> >
> >Terdapat pendapat yang pemimpin pembangkang adalah orang berkeistimewaan
> >dan mereka kebal terhadap undang-undang.
> >
> >"Mereka bukan orang dengan berkeistimewaan seperti itu," katanya.
> >
> >Dr Mahathir berkata, perlu difahami yang kedaulatan undang-undang
> >bermakna semua orang adalah sama mengikut undang-undang.
> >
> >"Mungkin kita perlu cuba memahami hal itu sebelum menuduh yang pemimpin
> >pembangkang sengaja ditahan," katanya.
> >
> >Dr Mahathir berkata, beliau berharap setiap orang akan memahami
> >kedaulatan undang-undang di negara ini yang tiada orang dikecualikan
> >daripadanya termasuk, Menteri-menteri.
> >
> >"Saya harap media asing akan memahami yang tidak kira anda parti
> >pembangkang atau pemerintah jika anda menyalahi undang-undang anda harus
> >hadapi akibatnya.
> >
> >Inilah kedaulatan undang-undang sebenar...semua orang saksama mengikut
> >undang-undang.
> >
> >Jika anda tidak memahaminya maka itu mustahil..." Dr Mahathir juga
> >menafikan yang penahanan itu merupakan petanda operasi penangkapan
> >secara besar-besaran akan diadakan.
> >
> >"Ia bukan operasi berleluasa.
> >
> >Ia bagi tujuan yang sangat khusus.
> >
> >Undang-undang itu sudah ada dan mereka ditahan di bawah undang-undang
> >itu," kata Perdana Menteri.
> >
> >-- BERNAMA
> >
>
>__________________________________________________________
>This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>
Get your FREE download of MSN Explorer at
http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "muhammad abdullah" <[EMAIL PROTECTED]>