*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Membaca email sesetengah rakan2 kita yang menghina dan mencaci saudara seislam kita 
dari kumpulan Wahabi seolah2 Wahabi itu lebih teruk dan hina dari segala jenis kapiaq 
yang dok ada di sekeliling kita ini, menyebabkan saya jadi terpanggil untuk menulis di 
sini.

Apakah teruk sangat mereka2 yang berfahaman Wahabi ini hinggakan sanggup kita menghina 
mereka sedemikian rupa.

1. Siapakah kita kalau nak dibandingkan dengan Ustaz Asri Zainal Abidin yg berani 
mencabar Astora tempoh hari? Kalaulah Ustaz Asri itu mangkaq sangat, tak kanlah beliau 
kini menjadi penulis tetap Majalah Tamadun. Sila dapatkan Tamadun setiap bulan, dan 
hayatilah tulisan beliau dalam ruangan DEBAT untuk mengetahui isi hatinya.

2. Siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan Mujahid Agung di bumi Chechnya, sdra 
Al_Khattab dari Jordan yang sanggup meninggalkan kaum keluarga dan segala kemewahan 
demi sebuah perjuangan bernama Jihad fisabilillah.

3. Siapakah kita berbanding dengan tentara2 Lasykar Jihad di Maluku dan tentera2 MILF 
yg rata2nya berfahaman Wahabi?

Saya bukanlah pengikut Wahabi, tetapi kalau diberi pilihan, antara Ustaz Asri dan 
berbagai2 "Ustaz" yang fanatik dengan puak2 Tariqat dalam Hizbinet ini, saya tak akan 
fikir 5 kali untuk mengikut Ustaz Asri.

Untuk renungan bersama, di bawah ini diforwardkan sebahagian contoh ajaran sesat yg 
dianuti oleh puak2 Tareqat (kononnya SUFI!) dalam Hizbinet ini.

Moga ada manafaatnya.

----------------------------------------

Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
    
Assalamualaikum warahmatullah 
Alhamdulillah, Lahaulawalaquwatailla billah. Innalillah hiwainna ilaihirrajiun. 

Saudara/ri yang dirahmati Allah, 


Telah banyak luahan pendapat, ide dan anjuran sama ada menyetujui atau menentang 
berkenaan dengan fahaman WAHDATULWUJUD melayari alam siber ini. Pada kesempatan ini, 
saya tidak bercadang untuk mengupas, mengkritik dan mengkomen pendapat di kalangan 
para penyumbang yang melibatkan diri dalam kemelut tersebut. Dari itu izinkanlah saya 
menyatakan pendapat saya sendiri. Jika difikirkan sesuai jadikanlah teladan, jika 
tidak sesuai tinggalkanlah
sebagai sempadan. 


PERTAMANYA Wahdatulwujud bukanlah suatu doktrin agama Islam yang setiap
orang mukmin wajib menjadikannya sebagai pegangan, iktiqad dan akidah yang
mampan. Tidak ada satu nas yang tepat dan tegas yang mengupas secara jitu
untuk dijadikan asas dalam pendidikan agama Islam. 


KEDUANYA Wahdatulwujud juga tidak pernah diajari atau dijadikan pegangan di
kalangan para Sahabat ajmain. Yang kemudiannya perlu pula kononnya diajari
dan diperturunkan kepada para pengikut Sahabat dan para pengikut yang setia
seterusnya. 


KETIGANYA Wahdatulwujud juga tidak pernah diajari oleh sesiapa yang
diketahui berkenaan dengan kewarakannya, kesolihannya dan ketaatannya dalam
beribadah dan bermujahadah ke hadrat Tuhannya Allah Azza Wajalla. Sesuai
dengan kedudukan mereka berkenaan yang sudah tentulah hanya akan menerima
dan mengamalkan amalan yang murni dan terbaik, tidak dapat tidak mestilah
bertepatan dengan amalan dan penghayatan Nabi SAW dan Sahabat yang Empat dan
para Sahabat ajmain. 


KEEMPATNYA Wahdatulwujud tidak wujud sebagai suatu ilmu pengajaran yang
diajari hatta di kalangan golongan para ahli Sufi. Pengalaman kerohanian
para ahli Sufi adalah merupakan perkara yang nisbi/relatif khusus untuk ahli
atau orang berkenaan. Orang lain yang tidak mengalaminya dan tidak tahu
menahu berkenaan dengannya tidak boleh diberitahu atau dikhabarkan. Kerana
pengalaman sesaorang yang sedang zauk dengan terlalu banyak dan tinggi
tumpuannya hanya mengingati Allah, tafakkur dan menghayati ketakwaan dan
ketakruban dengan Tuhannya, langsung mencintai Tuhannya, hanya antara
Tuhannya dengan orang itu sahaja yang tahu apakah sebenarnya yang dialami
oleh orang itu. 


KELIMA Wahdatulwujud jika cuba direalisasikan sebagai suatu doktrin atau
suatu konsep atau suatu fahaman akan 'jatuh' kepada kegelinciran akidah .
Boleh menjurus kepada sesat dan menyesatkan orang lain. Jika cuba
diketengahkan dan diskusikan secara terbuka akan jatuh kepada fahaman dan
falsafah WUJUDIYAH yang doktrin ajarannya berpangkalkan kepada "Wujud Allah
itu adalah wujud makhluk dan wujud makhluk itu adalah wujud Allah". Iktiqad
yang sedemikian adalah salah lagi sesat dan amat tidak beradab terhadap
Allah SWT kerana akan berlaku salah satu daripada EMPAT kemungkinan daripada
yang berikut iaitu : 
  


*        Hulul - Wujud Allah masuk ke dalam makhluk seperti air masuk ke
dalam timba.
*        Ittihad - Dua wujud menjadi satu seperti bersatunya emas dengan
tembaga
*        Intiqal - Wujud Allah berpindah kepada wujud makhluk seperti
sesaorang berpindah dari   suatu           tempat ke tempat yang lain.
*       Ittishal - Wujud Allah berhubungan dengan makhluk seperti manusia
dengan anggotanya.

    Keempat-empat di atas adalah mustahil terjadi kepada Allah dan tidak
dapat diterima pada akal. 

KEENAM jika pun terdapat pengajaran fahaman ini, ia amat bertentangan dengan
akal (yang waras). Akal tidak dapat menerima, bagaimanakah anjuran, perintah
dan larangan Allah SWT ke atas makhluk yang bernama manusia yang dicatatkan
dalam Kitab al Quran itu ditujukan, jika yang berwujud itu hanya semata-mata
Allah, dan makhluk tidak berwujud? 


Allah SWT mengurniakan manusia dengan sebenar-benar kurnia iaitu Iman, dan
memerintahkan manusia yang ada Iman itu menuntut ilmu dan beramal dengannya
serta mendirikan solat, puasa, zakat, haji, zikr, jihad melawan nafsu dan
jihad dari semua segi fi sabillillah dan sebagainya, menunjukkan sebagai
bukti bahawa manusia itu berwujud. Jika manusia tidak berwujud atau makhluk
tidak berwujud, segala anjuran dan perintah itu tidak akan ada. 


Allah SWT menyediakan pembalasan yang setimpal dengan 'amalan' sesaorang
semasa hidupnya di dunia sama ada di balasi dengan Syorga dan Neraka, juga
membuktikan bahawa manusia dan jin itu ada. Jika yang ada atau Wujud itu
hanya Allah, maka yang kena siksa itu siapa? 


KETUJUH jika ada sesiapa yang mengaku atau merasai sampai ke martabat atau
maqam Wahdatulwujud atau IHSAN , dan menceritakan pengalamannya itu kepada
saudara/ri, cuba tanya dia ketika dia mengalami pengalaman itu, dia ada tak?
Kalau dia kata dia tidak ada, yang ada hanya Allah, yang dilihatnya hanya
Allah, yang disaksikan hanya Allah, minta dia terangkan dan sampaikan yang
dia nampak dan saksikan itu bagaimana? Kalau dalam pengalaman  itu dia
berkata dengan memulai kata,"Aku nampak begini.....begini..."  menunjukkan
dia masih ada, sebab itu dia boleh cerita Allah itu ADA/WUJUD. 


KELAPAN pengalaman sesaorang ahli Sufi yang sebenar dalam makam IHSAN itu
tidaklah sebenarnya menunjukkan kepada WAHDATULWUJUD tetapi ia adalah
WAHDATUL SYUHUD. Penyaksian dalam pengalaman Alam Kerohanian bukanlah suatu
yang objektif tetapi adalah sesuatu yang berbentuk nisbi. Dalam pengalaman
itu ahli Sufi berkenaan tidak melihat atau nampak atau menyaksikan adanya
sesuatu selain daripada Tuhannya. Sebagaimana yang berlaku kepada sesaorang
yang sangat asyik membaca buku cerita, hingga tidak nampak selain daripada
buku dan tidak ingat selain daripada kandungan cerita dalam buku tersebut.
Malahan dia juga tidak menyedari siapa disebelahnya, di hadapannya atau di
belakangnya, dan mungkin juga apa jua yang berlaku di sekelilingnya. Bahkan
dia boleh pula menangis atau ketawa dan riang sorang-sorang, pada hal
keadaan di sekelilingnya tidak berubah. 


Penyaksian tercapai apabila telah hasil kekyusukan iaitu apabila ketika
dalam keadaan anda beramal ibadah, anda hadir ke hadrat Allah SWT dan hanya
nampak dan menyaksikan bahawa hanya Dia sahajalah yang anda saksikan ketika
itu. Pada hal anda mungkin dikelilingi oleh ratusan atau ribuan orang yang
sedang beramal ibadah tetapi anda tidak nampak dan menyedari dan merasai
kehadiran mereka. TETAPI ketika itu dan pada bila-bila masa orang lain masih
dan tetap ada di sekeliling anda. Malahan seluruh dunia dan alam fana ini
masih tetap ada jua cuma anda sahaja tidak menyedarinya kerana tumpuan anda
DITARIK  ke hadratNYA. 


KESEPULUH cara yang paling selamat ialah memulai dalam perjalanan hidup dan
pegangan akidah serta tetap pendirian sesuai dengan yang dianjurkan oleh
para ulama yang memahami dan mendalami bidang Syariat yang tetap berada di
atas landasan yang menepati Quran dan Hadis. Kerana pendapat mereka adalah
benar dengan berasaskan kepada nas yang pasti dan tepat tidak diragui. Usah
memulai perjalanan hidup ini dengan ajaran yang meragukan dan mesangsikan.
Tepatnya jangan memulai perjalanan hidup dengan berpegang kepada fahaman dan
ajaran WAHDATULWUJUD yang tidak diketahui hujung pangkalnya. 


Sebagai manusia, kita diperintahkan mematuhi segala suruhan Allah serapi dan
setepat yang mungkin berpijak dan berasaskan kepada nas-nas yang sahih dan
tepat. Yang ada bukti dan dalil daripada amalan orang-orang yang solih yang
tentunya merupakan kesinambungan daripada orang-orang solih yang sebelumnya
hingga kepada para pengikut Sahabat, para Sahabat dan akhir sekali Nabi
Muhammad SAW. Ikutilah amalan daripada golongan yang terbanyak yang terang
diamalkan sejak dahulu sampai sekarang. Yang tidak diragui dan disangsikan
kesahihan sumber amalannya. 


Bukannya yang tersedikit diamalkan orang ramai dan yang tersembunyi, yang
diragui ambilan dan sumbernya. Dan tidak diperteguh dan disahkan dengan nas
yang disepakati dan dimuafakatkan oleh para ulama muktabar. 


Sekian. Jika silap dan salah tolong betulkan. Ke hadrat Mu jua ya Rabbi
dipohonkan keampunan dan keridhaan. Walla hu a'alam. 
Wassalamualaikum warahmatullah.





Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke