*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A'kum ...
saya sekadar nak bertanya je ... pak imam B faham ke tidak apa yang
dikemukakan oleh saudara hassan dibawah tu ?
apa yang saya faham ialah penyakit pegangan wahdatul wujud ... ini bukan
masalah keselurohan kesufian atau tarekat ... dan jangan lah kerana tak
faham disiplin perjalanan satu aliran kita terus mengambil aliran lain yang
juga belum tentu kita faham benar hal nya .
masalah perbandingan yang pak imam B buat tu ... memang saya sedar siapa lah
saya khususnya kalau nak dibandingkan dengan mereka (Wahabi) tu ..... namun
kite kene ingat apelah yang ada pada amal kite kalau nak dibandingkan dengan
amalan iblis sebelum mereka jadi golongan yang terusir dan terlaknat. kalau
dikemukakan perihal ahli sufi yang silam dimana perjuangan, pengorbanan dan
ketakwaan mereka ... jangankan nak buat perbandingan ... malu free kite
jadinya , tapi bagi kebanyakkan mereka yang pro wahabi akan terus
mentertawakan perihal ini dengan kata-kata seperti ... ini kitab sufi, ini
ulama sufi, ini auta puak sufi .... bagi saya , kite perlu kritikal dalam
membuat penilaian ... lebih lebih lagi penilaian ke atas amal (amal kita
terutamanya) ... amal itu ibarat buah yang terhasil dari pokok keimanan ...
apalah lebihnya pada banyaknya buah kalau rasanya tidak menyelirakan ...
fikirkanlah ... dan perihatin lah terhadap amal tak kira puak mana mereka
itu (ini tak masuk mereka yang secara terang bercanggah dengan syariat :-
sekuler cthnya dah sememangnya tak betul) ... kalau dalam sembahyang macam
luar sembahyang je gayalaku seseorang itu (tengok tv musim haji) itu bagi
saya macam tak sembah TUHAN ... atau setidak-tidaknya tak ade kehadiran
TUHAN dalam kesedaran orang seperti itu ..., atau beramal dalam dosa ...
keluar dakwah dengan kenderaan yang dibeli secara riba ... atau hutang tak
bayar tapi sedekah kepada orang ... ini semua bentuk-bentuk tipudaya amal
saja . ini sekadar pandangan saya saje , saya serahkan persoalan ini kembali
kepada pak imam B , fikir masak-masak dulu, baru buat pilihan nak ikut siapa
... TUHAN sahaja yang boleh menyelamatkan kite semue .
Tarekat perlu bila mazmumah bersarang didada !.
WALLAHUa'lam.
>From: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Apa punya orang nie?
>Date: Wed, 17 Jan 2001 01:45:51 -0800
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>salam~
>
>Membaca email sesetengah rakan2 kita yang menghina dan mencaci saudara
>seislam kita dari kumpulan Wahabi seolah2 Wahabi itu lebih teruk dan hina
>dari segala jenis kapiaq yang dok ada di sekeliling kita ini, menyebabkan
>saya jadi terpanggil untuk menulis di sini.
>
>Apakah teruk sangat mereka2 yang berfahaman Wahabi ini hinggakan sanggup
>kita menghina mereka sedemikian rupa.
>
>1. Siapakah kita kalau nak dibandingkan dengan Ustaz Asri Zainal Abidin yg
>berani mencabar Astora tempoh hari? Kalaulah Ustaz Asri itu mangkaq sangat,
>tak kanlah beliau kini menjadi penulis tetap Majalah Tamadun. Sila dapatkan
>Tamadun setiap bulan, dan hayatilah tulisan beliau dalam ruangan DEBAT
>untuk mengetahui isi hatinya.
>
>2. Siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan Mujahid Agung di bumi
>Chechnya, sdra Al_Khattab dari Jordan yang sanggup meninggalkan kaum
>keluarga dan segala kemewahan demi sebuah perjuangan bernama Jihad
>fisabilillah.
>
>3. Siapakah kita berbanding dengan tentara2 Lasykar Jihad di Maluku dan
>tentera2 MILF yg rata2nya berfahaman Wahabi?
>
>Saya bukanlah pengikut Wahabi, tetapi kalau diberi pilihan, antara Ustaz
>Asri dan berbagai2 "Ustaz" yang fanatik dengan puak2 Tariqat dalam Hizbinet
>ini, saya tak akan fikir 5 kali untuk mengikut Ustaz Asri.
>
>Untuk renungan bersama, di bawah ini diforwardkan sebahagian contoh ajaran
>sesat yg dianuti oleh puak2 Tareqat (kononnya SUFI!) dalam Hizbinet ini.
>
>Moga ada manafaatnya.
>
>----------------------------------------
>
>Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>Assalamualaikum warahmatullah
>Alhamdulillah, Lahaulawalaquwatailla billah. Innalillah hiwainna
>ilaihirrajiun.
>
>Saudara/ri yang dirahmati Allah,
>
>
>Telah banyak luahan pendapat, ide dan anjuran sama ada menyetujui atau
>menentang berkenaan dengan fahaman WAHDATULWUJUD melayari alam siber ini.
>Pada kesempatan ini, saya tidak bercadang untuk mengupas, mengkritik dan
>mengkomen pendapat di kalangan para penyumbang yang melibatkan diri dalam
>kemelut tersebut. Dari itu izinkanlah saya menyatakan pendapat saya
>sendiri. Jika difikirkan sesuai jadikanlah teladan, jika tidak sesuai
>tinggalkanlah
>sebagai sempadan.
>
>
>PERTAMANYA Wahdatulwujud bukanlah suatu doktrin agama Islam yang setiap
>orang mukmin wajib menjadikannya sebagai pegangan, iktiqad dan akidah yang
>mampan. Tidak ada satu nas yang tepat dan tegas yang mengupas secara jitu
>untuk dijadikan asas dalam pendidikan agama Islam.
>
>
>KEDUANYA Wahdatulwujud juga tidak pernah diajari atau dijadikan pegangan di
>kalangan para Sahabat ajmain. Yang kemudiannya perlu pula kononnya diajari
>dan diperturunkan kepada para pengikut Sahabat dan para pengikut yang setia
>seterusnya.
>
>
>KETIGANYA Wahdatulwujud juga tidak pernah diajari oleh sesiapa yang
>diketahui berkenaan dengan kewarakannya, kesolihannya dan ketaatannya dalam
>beribadah dan bermujahadah ke hadrat Tuhannya Allah Azza Wajalla. Sesuai
>dengan kedudukan mereka berkenaan yang sudah tentulah hanya akan menerima
>dan mengamalkan amalan yang murni dan terbaik, tidak dapat tidak mestilah
>bertepatan dengan amalan dan penghayatan Nabi SAW dan Sahabat yang Empat
>dan
>para Sahabat ajmain.
>
>
>KEEMPATNYA Wahdatulwujud tidak wujud sebagai suatu ilmu pengajaran yang
>diajari hatta di kalangan golongan para ahli Sufi. Pengalaman kerohanian
>para ahli Sufi adalah merupakan perkara yang nisbi/relatif khusus untuk
>ahli
>atau orang berkenaan. Orang lain yang tidak mengalaminya dan tidak tahu
>menahu berkenaan dengannya tidak boleh diberitahu atau dikhabarkan. Kerana
>pengalaman sesaorang yang sedang zauk dengan terlalu banyak dan tinggi
>tumpuannya hanya mengingati Allah, tafakkur dan menghayati ketakwaan dan
>ketakruban dengan Tuhannya, langsung mencintai Tuhannya, hanya antara
>Tuhannya dengan orang itu sahaja yang tahu apakah sebenarnya yang dialami
>oleh orang itu.
>
>
>KELIMA Wahdatulwujud jika cuba direalisasikan sebagai suatu doktrin atau
>suatu konsep atau suatu fahaman akan 'jatuh' kepada kegelinciran akidah .
>Boleh menjurus kepada sesat dan menyesatkan orang lain. Jika cuba
>diketengahkan dan diskusikan secara terbuka akan jatuh kepada fahaman dan
>falsafah WUJUDIYAH yang doktrin ajarannya berpangkalkan kepada "Wujud Allah
>itu adalah wujud makhluk dan wujud makhluk itu adalah wujud Allah". Iktiqad
>yang sedemikian adalah salah lagi sesat dan amat tidak beradab terhadap
>Allah SWT kerana akan berlaku salah satu daripada EMPAT kemungkinan
>daripada
>yang berikut iaitu :
>
>
>
>* Hulul - Wujud Allah masuk ke dalam makhluk seperti air masuk ke
>dalam timba.
>* Ittihad - Dua wujud menjadi satu seperti bersatunya emas dengan
>tembaga
>* Intiqal - Wujud Allah berpindah kepada wujud makhluk seperti
>sesaorang berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain.
>* Ittishal - Wujud Allah berhubungan dengan makhluk seperti manusia
>dengan anggotanya.
>
> Keempat-empat di atas adalah mustahil terjadi kepada Allah dan tidak
>dapat diterima pada akal.
>
>KEENAM jika pun terdapat pengajaran fahaman ini, ia amat bertentangan
>dengan
>akal (yang waras). Akal tidak dapat menerima, bagaimanakah anjuran,
>perintah
>dan larangan Allah SWT ke atas makhluk yang bernama manusia yang dicatatkan
>dalam Kitab al Quran itu ditujukan, jika yang berwujud itu hanya
>semata-mata
>Allah, dan makhluk tidak berwujud?
>
>
>Allah SWT mengurniakan manusia dengan sebenar-benar kurnia iaitu Iman, dan
>memerintahkan manusia yang ada Iman itu menuntut ilmu dan beramal dengannya
>serta mendirikan solat, puasa, zakat, haji, zikr, jihad melawan nafsu dan
>jihad dari semua segi fi sabillillah dan sebagainya, menunjukkan sebagai
>bukti bahawa manusia itu berwujud. Jika manusia tidak berwujud atau makhluk
>tidak berwujud, segala anjuran dan perintah itu tidak akan ada.
>
>
>Allah SWT menyediakan pembalasan yang setimpal dengan 'amalan' sesaorang
>semasa hidupnya di dunia sama ada di balasi dengan Syorga dan Neraka, juga
>membuktikan bahawa manusia dan jin itu ada. Jika yang ada atau Wujud itu
>hanya Allah, maka yang kena siksa itu siapa?
>
>
>KETUJUH jika ada sesiapa yang mengaku atau merasai sampai ke martabat atau
>maqam Wahdatulwujud atau IHSAN , dan menceritakan pengalamannya itu kepada
>saudara/ri, cuba tanya dia ketika dia mengalami pengalaman itu, dia ada
>tak?
>Kalau dia kata dia tidak ada, yang ada hanya Allah, yang dilihatnya hanya
>Allah, yang disaksikan hanya Allah, minta dia terangkan dan sampaikan yang
>dia nampak dan saksikan itu bagaimana? Kalau dalam pengalaman itu dia
>berkata dengan memulai kata,"Aku nampak begini.....begini..." menunjukkan
>dia masih ada, sebab itu dia boleh cerita Allah itu ADA/WUJUD.
>
>
>KELAPAN pengalaman sesaorang ahli Sufi yang sebenar dalam makam IHSAN itu
>tidaklah sebenarnya menunjukkan kepada WAHDATULWUJUD tetapi ia adalah
>WAHDATUL SYUHUD. Penyaksian dalam pengalaman Alam Kerohanian bukanlah suatu
>yang objektif tetapi adalah sesuatu yang berbentuk nisbi. Dalam pengalaman
>itu ahli Sufi berkenaan tidak melihat atau nampak atau menyaksikan adanya
>sesuatu selain daripada Tuhannya. Sebagaimana yang berlaku kepada sesaorang
>yang sangat asyik membaca buku cerita, hingga tidak nampak selain daripada
>buku dan tidak ingat selain daripada kandungan cerita dalam buku tersebut.
>Malahan dia juga tidak menyedari siapa disebelahnya, di hadapannya atau di
>belakangnya, dan mungkin juga apa jua yang berlaku di sekelilingnya. Bahkan
>dia boleh pula menangis atau ketawa dan riang sorang-sorang, pada hal
>keadaan di sekelilingnya tidak berubah.
>
>
>Penyaksian tercapai apabila telah hasil kekyusukan iaitu apabila ketika
>dalam keadaan anda beramal ibadah, anda hadir ke hadrat Allah SWT dan hanya
>nampak dan menyaksikan bahawa hanya Dia sahajalah yang anda saksikan ketika
>itu. Pada hal anda mungkin dikelilingi oleh ratusan atau ribuan orang yang
>sedang beramal ibadah tetapi anda tidak nampak dan menyedari dan merasai
>kehadiran mereka. TETAPI ketika itu dan pada bila-bila masa orang lain
>masih
>dan tetap ada di sekeliling anda. Malahan seluruh dunia dan alam fana ini
>masih tetap ada jua cuma anda sahaja tidak menyedarinya kerana tumpuan anda
>DITARIK ke hadratNYA.
>
>
>KESEPULUH cara yang paling selamat ialah memulai dalam perjalanan hidup dan
>pegangan akidah serta tetap pendirian sesuai dengan yang dianjurkan oleh
>para ulama yang memahami dan mendalami bidang Syariat yang tetap berada di
>atas landasan yang menepati Quran dan Hadis. Kerana pendapat mereka adalah
>benar dengan berasaskan kepada nas yang pasti dan tepat tidak diragui. Usah
>memulai perjalanan hidup ini dengan ajaran yang meragukan dan mesangsikan.
>Tepatnya jangan memulai perjalanan hidup dengan berpegang kepada fahaman
>dan
>ajaran WAHDATULWUJUD yang tidak diketahui hujung pangkalnya.
>
>
>Sebagai manusia, kita diperintahkan mematuhi segala suruhan Allah serapi
>dan
>setepat yang mungkin berpijak dan berasaskan kepada nas-nas yang sahih dan
>tepat. Yang ada bukti dan dalil daripada amalan orang-orang yang solih yang
>tentunya merupakan kesinambungan daripada orang-orang solih yang sebelumnya
>hingga kepada para pengikut Sahabat, para Sahabat dan akhir sekali Nabi
>Muhammad SAW. Ikutilah amalan daripada golongan yang terbanyak yang terang
>diamalkan sejak dahulu sampai sekarang. Yang tidak diragui dan disangsikan
>kesahihan sumber amalannya.
>
>
>Bukannya yang tersedikit diamalkan orang ramai dan yang tersembunyi, yang
>diragui ambilan dan sumbernya. Dan tidak diperteguh dan disahkan dengan nas
>yang disepakati dan dimuafakatkan oleh para ulama muktabar.
>
>
>Sekian. Jika silap dan salah tolong betulkan. Ke hadrat Mu jua ya Rabbi
>dipohonkan keampunan dan keridhaan. Walla hu a'alam.
>Wassalamualaikum warahmatullah.
>
>
>
>
>
>Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "tua dah kubur" <[EMAIL PROTECTED]>