*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
--- [EMAIL PROTECTED] wrote:
> To: [EMAIL PROTECTED]
> From: [EMAIL PROTECTED]
> Date: Thu, 18 Jan 2001 07:27:26 -0000
> Subject: [ingatan] Orang Melayu
>
> Hanya Mematuhi Agama yang dapat menyatukan Umat
> Melayu
> Oleh Rampa.
>
> SATU daripada kelemahan orang-orang Melayu ialah
> tidak mengenali
> siapakah musuhnya yang utama sehingga musuh-musuhnya
> itu tidak
> disedarinya sering dijadikan sahabat dan pemimpin.
> Apatah lagi
> apabila orang-orang Melayu berkenaan membabitkan
> dirinya dalam bidang
> politik, maka musuh-musuh utamanya itu lantas
> dijadikannya sebagai
> rujukan untuk bertindak bagi menjayakan cita-cita
> politik peribadinya.
> Aneh sungguh, kerana berulang kali Allah s.w.t.
> melalui firman-
> firman-Nya dalam al-Quran, dan juga berulang kali
> dikemukakan melalui
> hadis-hadis Nabi s.a.w menjelaskan siapa dan apakah
> musuh utama
> tersebut, namun orang-orang Melayu mengabaikannya.
> Habis,
> bagaimanakah orang-orang Melayu dan umat Islam boleh
> mencapai
> kejayaan dan memperolehi perpaduan ummah jika
> musuh-musuh utama itu
> tidak mahu dikenali, tetapi dijadikan sebagai
> sahabat karib pula?
> Siapa dan apakah musuh-musuh utama yang
> dimaksudkan itu? Musuh-
> musuh utama tersebut ialah iblis dan syaitan.
> Berulang kali di dalam
> al-Quran dan juga disebutkan oleh hadis-hadis agar
> umat Islam
> berwaspada terhadap golongan makhluk ghaib ini.
> Tetapi berapa
> peratuskan orang-orang Melayu dan umat Islam
> mengambil peduli dalam
> perkara ini?
> Cuba perhatikan pada diri kita sendiri dan
> keseluruhan orang-
> orang Melayu dari semua lapisan masyarakat dan
> darjat, bukankah
> hampir dalam semua lapangan kita berada di samping
> makhluk halus ini
> dan tidak kita sedari makhluk ini berjaya berada
> dalam rumah kita,
> bermain-main dengan anak-anak kita serta menjadi
> ikutan oleh para
> remaja dan juga orang-orang yang sudah dewasa-tua?
> Apakah tindakan kita bagi mengenyahkan iblis
> dan syaitan ini
> daripada dapat menguasai diri kita dan ummah dalam
> kehidupan kita
> sehari-hari? Ceramah agama di sana sini, dan
> setiap solat jumaat
> diikhutbahkan ilmu agama, tetapi selepas itu apa?
> Berdekad-dekad
> masa berlalu, keadaannya seperti itulah juga. Ini
> adalah kerana
> tiadanya pelan-pelan tindakan terhadap pelaksanaan
> kepada ilmu agama
> tersebut diambil serta-merta. Kawalan sosial total
> secara islamic
> tiada diwujudkan bagi melaksanakan perancangan dan
> pelan tindakan
> tersebut secara yang efektif. Maknanya di sini
> ialah umat Islam
> keadaannya hanya mempunyai pengetahuan saja tentang
> agamanya tetapi
> tidak memiliki ilmu tentang agamanya sendiri.
> Politik adalah wadah atau wahana yang paling
> mudah bagi iblis
> dan syaitan pergunakan bagi melemahkan umat islam.
> Selagi sesama pemimpin-pemimpin Melayu
> berpolitik dan
> berpolitiking tanpa mematuhi agama segala apa yang
> dituntut oleh
> agama, selama itulah Melayu akan menghadapi
> kesukaran untuk
> disatukan. Inilah hipotisis penulis. Malahan
> semakin hebat sesama
> pemimpin-peminpin Melayu yang tidak memiliki ilmu
> agama Islam diberi
> berpolitik dan berpolitiking sesama mereka, akan
> semakin ketaralah
> terhakisnya slogan lagenda pengarang Hang Tuah
> melalui watak Hang
> Tuah bahawa kononnya Tidak akan Melayu hilang di
> dunia!
> Kita umat Melayu adalah beragama Islam. Konsep
> asasi Islam itu
> sendiri ialah selamat dan sejahtera. Justeru kalau
> mahu selamat dan
> sejahtera, kembalilah kepada Islam secara total.
> Justeru, gagasan
> penulis ialah "Sesama Melayu Jangan Berpolitik dan
> Berpolitiking di
> peringkat nasional kerana Melayu adalah beragama
> Islam; sekiranya
> tidak memilik ilmu agama Islam!!!". Dan di
> peringkat antarabangsa
> pula "Sesama Umat Islam Jangan Berpolitik dan
> Berpolitiking kerana
> Umat Islam adalah beragama Islam!!!",
> Rasionalnya yang penulis berikan kepada
> bekas-bekas pelajar
> penulis dulu ialah dalam Islam ada Rukun
> Persaudaraan yang
> mengandungi Enam Perkara. Ia adalah bersumber dari
> 5 buah maksud
> hadis Rasulullah s.a.w. dan sebuah kata-kata (syair)
> peninggalan
> Sayidina Ali, r.a.
> Rukun Persaudaraan itu ialah:
> 1. Tidak beriman seseorang mu'min itu sehingga ia
> mencintai
> saudaranya sebagaimana ia
> mencintai dirinya sendiri. - (maksud
> al-hadis).
> 2. Jika kamu sayangkan saudara kamu, hendaklah
> kamu
> memberitahunya - (maksud al-
> hadis), nescaya akan bertambah kasih-sayang
> di antara sesama
> kamu.
> 3. Beri-memberilah kamu, nescaya akan bertambah
> kasih-sayang di
> antara kamu. - (maksud
> al-hadis).
> 4. Hak saudara yang lebih tua terhadap yang lebih
> muda adalah
> haknya seorang ayah
> ke atas anak-anaknya - (maksud al-hadis).
> Demikianlah di
> sebaliknya.
> 5. Antara mu'min dengan mu'min itu adalah
> bersaudara sebagaimana
> seperti satu tubuh.... -
> (maksud al-hadis)
> 6. Saudaramu yang sebenar ialah orang yang
> sentiasa berada di
> sampingmu. Ia sanggup
> membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu, dan
> orang yang
> setiap masa bekerja untuk
> keperluanmu; sanggup berkorban
> segala-galanya untuk
> kepentingan dirimu. -
> (Sayidina Ali, r.a.)
>
> Itulah 6 perkara yang asasi dalam Rukun
> Persaudaraan. Justeru
> inilah rasionalnya, maka gagasan penulis itu
> falsafanya
> ialah: : "Sesama Melayu Jangan Berpolitik dan
> Berpolitiking di
> peringkat nasional kerana Melayu adalah beragama
> Islam; sekiranya
> tidak memilik ilmu agama Islam!!!"; dan "Sesama
> Umat Islam Jangan
> Berpolitik dan Berpolitiking kerana Umat Islam
> adalah beragama
> Islam!!!". Ini adalah kerana sesama umat Islam itu
> adalah bersaudara.
> Perjuangan Melayu untuk membina penyatuan dan
> perpaduan Melayu
> tidak akan dapat selesai, malahan akan semakin
> tersesat jalan dari
> dapat menuju ke matlamatnya untuk menyatu
> padukannya; jika para
> pemimpin orang Melayu sendiri khasnya dan umat
> Melayu amnya tidak
> mahu mengamalkan 6 perkara dalam Rukun Persaudaraan
> itu; tetapi
> memilih cara lain; lebih-lebih lagi melalui pilihan
> saluran politik
> dan berpolitiking mengikut acuan sekularisme.
> Islam sudahpun menunjukkan dan juga memberikan
> jalannya yang
> mesti dipatuhi dan diikuti dalam menuju apa yang
> hendak
> diperjuangkan dan juga ada metodologinya bagaimana
> hendak
> diperjuangkan dalam apa jua bidang. Memilih jalan
> lain dan cara lain,
> iaitu yang di luar krangka weltanschaaung Tawhidik,
> pasti ajibatnya
> akan menjadi sia-sia dan merugikan diri Melayu dan
> juga umat Islam
> sendiri.
> Mungkin perjuangan di luar weltanschauung
> Tawahidik itu akan
> menghasilkan kejayaan, tidak dinafikan; tetapi
> kejayaan yang dicapai
> itu hanyalah kejayaan sementara saja; hanya kejayaan
> duniawi
> (sekular). Tetapi di akhirat kelak, pasti akan
> membawa diri kepada
> ke dalam kecelakaan neraka.
> Justeru, kita umat Islam mestilah bukan sahaja
> memahami, bahkan
> wajib menghayati
> dengan ilmu, dan mengamalkan ilmu sebagai
> manifestasi kepada apa yang
> Allah s.w.t. firmankan, yang bermaksud: "Tidak AKU
> jadikan jin dan
> manusia melainkan adalah untuk beribadat kepada
> AKU".
> Jika kita tidak beribadat, bermaknalah bahawa
> setelah kita
> dilahirkan ke dunia ini sebagai manusia, kita
> sendiri pula yang
> menukarkan diri kita kepada jin pun bukan, manusia
> pun bukan!
> Jika jin bukan, manusia pun kita bukan; siapa
> atau apakah kita?
> Kita akan menjadi golongan jin pun bukan, manusia
> pun kita bukan,
> sekiranya kita tidak beribadat kepada Allah s.w.t.
> sebab kriteria
> atau rasional Tuhan jadikan jin dan manusia itu
> adalah untuk
> beribadat kepada-Nya; bukannya kerana tujuan lain.
> Adalah jelas bahawa akibat sesama
> pemimpin-pemimpin Melayu
> berpolitik dan berpolitiking, dalam keadaan semakin
> negara bertambah
> maju dengan pelbagai cabaran globalisasi dan
> pembaharuan yang pesat;
> kelihatannya pemimpin-pemimpin politik umat Melayu
> semakin
> menampakkan sikap bermusuhan hati sesama sendiri
> (kerana perbedaan
> ideolgi dan kefahaman politik) dan semakin mahu
> menjadi jin pun
> bukan; manusia juga bukan. Apakah mereka ini
> layak kita jadikan
> pemimpin?
> Asas untuk terus kekal menjadi manusia adalah
> beribadat kepada
> Tuhan. Konsep atau konstruk beribadat itu juga,
> mestilah difahami
> dari sudut weltanschaaung Tawhidik, sebab ia adalah
> kepunyaan dan
> berkaitan spesifik denganTawhidik; bukan difahami
> dari sudut
> sekularisme.
> Justeru, kita wajib taksub atau fanatik kepada
> weltanschauung
> Tawhidik, kalau kita mengaku bahawa kita adalah
> penganut agama Islam.
> Jangan sekali-kali kita gunakan konsep beribadat
> sebagaimana yang
> difahami oleh fahaman sekular beribadat itu apa.
> Islam itu adalah agama yang satu, kenapa umatnya
> harus memilih jalan
> untuk berpecah belah pula?
> Tidak dinafikan bahawa ada al-hadis yang
> memberikn gambaran
> bahawa umat Islam di akhir zaman akan berpecah
> kepada 73 golongan,
> dan hanya satu golongan saja yang diterima sebagai
> benar, iaitu
> golongan ahlisunah waljamaah. Implikasi maksud
> hadis ini ialah kita
> umat Islam sendiri hendaklah berikhtiar dan berusaha
> agar umat Islam
> hanya satu golongan saja; bukannya membiarkan saja
> ia berpecah
> menjadi 72 golongan lagi.
> Justeru, 72 golongan lagi itu adalah golongan
> yang boleh dianggap
> sebagai golongan yang sudah tercemar keislamannya,
> kerana al-hadis
> itu ada menyebut bahawa hanya satu golongan saja
> yang diterima
> sebagai benar. Yang tidak benar dan palsu itu
> adalah ajaran iblis
> dan syaitan untuk menjadikan manusia menukarkan
> dirinya kepada
> menjadi jin pun bukan, manusia pun ia bukan.
> Kita umat Melayu boleh dikira sebagai bernasib
> baik kerana kita
> adalah golong ahlisunah wal-jamaah itu.
> Jika pemimpin-pemimpin Melayu mengaku bahawa ia
> adalah umat
> Islam, unsur-unsur yang boleh membawa kepada menjadi
> wujudnya tidak
> sebuluan dan berpuak-puak; seharusnya tak mainlah,
> sebagaimana
> ungkapan yang sering diguanakan oleh para remaja
> sekarang; abaila
> mereka menyatakan sesuatu yang mereka tidak sukai.
> Bukankah
> politik dan berpolitiking itu sendiri adalah wadah
> dan wahana yang
> ketara kepada sumber perpecahan?
> Berpecah-belah itu sendiri adalah anjuran iblis
> dan syaitan.
> Dengan sebab itu setiap umat Islam mestilah sentiasa
> waspada terhadap
> serangan makhluk-makhluk halus ini terhadap diri
> sendiri dan juga
> orang-orang lain. Itulah sebabnya kita diperintah
> menunaikan solat,
> di mana implikasi solat yang kita tunaikan itu
> adalah kita mestilah
> wajib mengimplimentasikan apa yang kita ikrarkan
> semasa setiap kali
> menunaikan solat; dan apa yang kita minta
> berulang-ulang kali kepada
> Allah s.w.t. melalui lafaz bacaan, iaitu surah
> al-Fatihah itu.
> Oleh yang demikian, apabila kita melihat
> adannya orang Melayu
> berbalah, sekaligus kita hendaklah melihatnya bahawa
> ia mencemar dan
> merosakkan Islam. Kita mesti melihatnya bahawa
> orang yang berbalah
> ini sedang sakit; iaitu sedang dipengaruhi oleh
> iblis dan syaitan.
> Justeru kita mestilah mengambil tindakan
> mengubatinya segera.
> Dan orang yang menjadi punca yang mewujudkan
> perbalahan dan
> perpecahan adalah sedang sakit; iaitu sedang
> dipengaruhi oleh iblis
> dan syaitan. Justeru kita mestilah mengambil
> tindakan mengubatinya
> segera.
> Cara atau metodologi pengubatannya ada banyak
> yang ditunjukkan
> oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran. Laksanakanlah!
> Salah satu
> contohnya ialah Surah al-Hujarat (49:10) yang
> bermaksud: Orang-orang
> yang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab
> itu, damaikanlah
> (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu,
> dan patuhilah
> kepada Allah, supaya kamu dapat mendapat rahmat!
> Ayat ini adalah
> formula kehidupan bagi umat Islam, sekiranya mahukan
> mendapat rahmat
> daripada Allah s.w.t.
> Bagi mereka yang enggan berdamai itu
> menunjukkan mereka masih
> sakit yang perlu diberikan rawatan di hospital khas
> yang septutnya
> umat Islam mendirikannya sebagai institusi
> sebagaimana yang ada
> seperti hospital dan pusat-pusat serenti. Ini
> adalah kerana mereka
> sudah menjadi jin pun bukan, manusia pun bukan.
> Mereka perlu
> dirawat agar kembali menjadi manusia, iaitu sejenis
> makhlok Allah
> s.w.t. kenapa ia dijadikan.
> Keputusan mereka mesti mendapat rawatan itu
> hendaklah diputuskan
> oleh Mahkamah Syariah, justerus undang-undang
> mengenainya mestilah
> diwujudkan.
> Pemimpin-pemimpin Melayu yang suka mengecam dan
> mengutuk itulah
> golongan yang perlu mendapat rawatan, kerana
> merekalah yang telah
> diperkuda oleh iblis dan syaitan supaya yang mereka
> pimpin turut sama
> mengikut kehendak iblis dan syaitan.
> Demikianlah juga para wartawan dan media yang
> suka melaporkan
> yang mengakibatkan di satu pihak akan berbalah
> dengan satu pihak yang
> lain, mereka ini adalah golongan yang sakit, iaitu
> penyakit suka
> menyampaikan sesuatu supaya di satu pihak berbalah
> hati dengan satu
> pihak yang lain.
> Pulau Bedong, bekas pusat tahanan pelarian
> Vietnam dahulu;
> misalnya boleh dijadikan sebagai pusat rawatan yang
> canggih; iaitu
> pusat bagi mengembalikan mereka yang bukan lagi
> manusia, dan bukan
> juga jin tersebut, kembali kepada kesedaran bahawa
> diri mereka adalah
> manusia, iaitu manusia yang dijadikan Tuhan adalah
> untuk beribadat
> kepada-Nya. Pusat ini bolehlah dijadikan sebagai
> Pusat Latihan
> Ketakwaan.
> Sesungguhnya politik dan berpolitiking membuka
> pintu yang amat
> luas bagi manusia menapak ke landasan menukarkan
> diri kepada menjadi
> jin pun bukan, manusia pun bukan!
> Misalnya, sejauh manakah orang-orang Melayu
> apabila ghairah
> berpolitik dan berpolitiking, menyedari bahawa
> hasilnya yang akan
> wujud adalah bermusuh-musuhan hati sesama sendiri,
> sanggup cantas-
> mencantas, fitnah-memfitnah? Dan adakah ini
> menepati sebagaimana
> yang dituntut oleh 6 perkara dalam Rukun
> Persaudaraan tadi? Dan
> adakah bermusuh-musuhan hati sesama sendiri itu
> boleh diterima
> sebagai manifestasi kepada perintah Allah s.w.t
> bahawa kita umat
> Islam adalah diwajibkan bertakwa kepada Allah s.w.t?
> Jika tidak
> boleh diterima, kenapakah dibenarkan diri
> berkecimpung dalam wadah
> yang sememangnya terbuka luas menuju ke arah
> wujudnya bermusuh-
> musuhan hati?
> Kelihatannya hari ini, apabila orang Melayu
> menjadi ahli
> politik, dan menjadi pemimpin; majoritinya boleh
> menjadi berubah
> pula, seolah-olah menjadi langsung tidak
> mempercayaai Rukun Iman
> Kedua, iaitu percayakan malaikat. Jika mereka
> memiliki ilmu
> percayakan Rukun Iman yang Kedua itu, sudah pastilah
> mereka tidak
> akan tergamak untuk berpolitik dan berpolitiking
> sesama Melayu (umat
> Islam) yang melibatkan kutuk-mengutuk dan
> cemuh-mencemuh antara satu
> puak dengan puak Melayu yang lain; dan
> fitnah-memfitnahkan.
> Oleh kerana Melayu berpolitik dan berpolitiking
> sesama
> Melayulah, makanya Melayu sedemikian menjadi
> hipokrit, iaitu apa
> yang diminta kepada Tuhan sewaku menunaikan solat
> melalui bacaan
> surah al- Fatihah lain; tetapi sebaik saja
> meninggalkan sejadah;
> lain pula yang diburu dan dikerjakan.
> Poltik dan berpolitiking sesama Melayu
> menjadikan orang Melayu
> berpecah belah kerana orang Melayu adalah penganut
> agama Islam.
> Orang Cina dan orang India di negara ini berpolitik
> dan berpolitiking
> sesama kaum masing-masing tidak menjadi berpecah
> belah sebagaimana
> yang disebutkan oleh Dr. Rais Yatim itu adalah
> kerana (yang bukan
> beragama Islam) mereka adalah bukan penganut agama
> Islam.
> Itulah sebabnya sebagaimana yang Dr. Rais
> katakan bahawa mereka
> tidak menggunakan isu agama sebagai landasan
> berpolitik kerana iblis
> dan syaitan tidak menggunakan landasan agama bagi
> orang-orang kafir
> memusuhi antara satu sama lain, (sebagaimana makhluk
> halus ini
> memusuhi orang-orang beragama Islam); justeru
> syaitan dan iblis
> tidak mengambil berat sangat untuk menjadikan mereka
> berbalah antara
> satu sama lain bersabit dengan isu agama mereka.
> Ini adalah kerana
> iblis dan syaitan tahu bahawa Allah s.w.t hanya
> mengiktiraf agama
> Islam saja.
> Bagi iblis dan syiatan , oleh kerana orang
> Melayu beragama Islam,
> maka orang Melayu (Islam) menjadi musuh utama
> mereka. Ini adalah
> kerana agama Islam itu adalah ad-din yang diiktiraf
> oleh Allah
> s.w.t. Berulang kali dalam al-Quran menegaskan
> peringatan bahawa
> iblis dan syaitan itu adalah musuh kita yang utama.
>
> Kelihatannya ialah apabila orang Melayu bermain
> politik dan
> berpolitiking sesama Melayu, maka itulah juga
> laluan yang paling
> mudah bagi iblis dan syaitan memecah-belahkan umat
> Melayu, kerana
> umat Melayu itu beragama Islam. Justeru bagi
> mengatasi masalah ini,
> umat Melayu janganlah berpolitik dan berpolitiking
> sesama umat
> Melayu. Ini adalah kerana berpolitik dan
> berpolitiking itu sifatnya
> adalah lebih banyak mengambil daripada memberi. Ini
> amat bercanggah
> dengan Rukun Persaudaraan ketiga, iaitu:
> Beri-memberilah kamu,
> nescaya akan bertambah kasih-sayang di antara kamu.
> - (maksud al-
> hadis).
> Berbalik kepada kenapa Tuhan jadikan kita
> manusia tadi, setelah
> kita lahir ke dunia ini sebagai manusia, maka
> adalah tanggungjawab
> kita beribadat kepada Allah s.w.t sahaja, sebab
> hanya dengan
> beribadat itu saja akan boleh menjadikan kita
> sebagai insan kamil.
> Rujuk Falsafah Pendidikan Negara (FPN) misalnya,
> dan hayatilah
> maksud dan pengertiannya, serta apakah hasrtanya.
> Metodologinya
> dalam kependidikan bagi mencapai hasrat FPN adalah
> berpaksikan
> ketuhanan. Justeru, apa saja pun proses yang
> melibatkan
> kependidikan, mestilah berpaksikan ketuhanan. Dan
> seterusnya, apa
> saja laku-tindak kita mestilah berpaksikan
> ketuhanan dalam apa saja
> bidang kehidupan.
> Apabila Melayu sesama Melayu (sesama umat Islam)
> berpolitik dan
> berpolitiking, maka di saat itulah iman menjadi
> gugur kerana antara
> satu puak dengan puak yang lain sudah tiada lagi
> mencintai antara
> satu sama lain sebagai saudara. (Rujuk Rukun
> Persaudaraan yang
> pertama).
> Umat Melayu (dan juga umat Islam seluruh dunia)
> seharusnya
> mengambil iktibar dari sejarah Islam sendiri, bahawa
> jika sesama umat
> Islam berpolitik dan berpolitiking; umat Islam
> sendirilah yang akan
> rugi dan boleh berpecah-belah. Demikianlah juga
> kita umat Melayu
> kerana kita adalah umat Islam.
> Tiga orang daripada 4 khalifah al-Rashidun,
> mati mereka adalah
> kerana dibunuh; justeru politik dan berpolitiking.
> Apakah Islam
> adalah agama yang menganjurkan bunuh-membunuh
> begitu?
> Seandinya umat Islam tidak berpolitik dan
> berpolitiking antara
> satu sama lain, adalah tidak mungkin penyebabnya
> kematian 3 daripada
> 4 khalifah tersebut matinya adalah kerana dibunuh.
> Tetapi apabila
> sesama umat Islam (di Malaysia adalah umat Melayu)
> dibiarkan
> berpolitik dan berpolitiking; maka iblis dan
> syaitan pun akan
> menjadi ikutan supaya matlamat menghalalkan cara.
> Sejarah peperangan jamal (unta) antara pihak
> yang dipimpin oleh
> Sayidatina Aisyah rha. dengan pihak Sayidina Ali,
> r.a.; adalah juga
> kerana kedua-dua pihak ini berpolitik dan
> berpolitiking. Berapa
> ramaikan umat sesama Islam yang mati dalam
> peperangan itu? Setelah
> Sayidatina Aishah rha menyedari kesilapannya bahawa
> baginda adalah
> seorang wanita; dan sebagai wanita adalah tidak
> boleh menjadi
> pemimpin, maka baginda pun mengalah dengan menagis
> dan menangis.
> Dan bagaimanakah hebatnya Sayidina Ali, r.a.
> menerima baginda kembali
> dan meletakkan baginda kembali kepada taraf
> penghormatan dan
> statusnya sebagai wanita dalam Islam? Peperangan
> jamal ini sudah
> cukup memberikan 2 implikasi. Pertama, sesama umat
> Islan jangan
> berpolitik dan berpolitiking. Keduanya dalam Islam,
> jangan jadikan
> wanita sebagai pemimpin tertentu.
> Kedua-dua peristiwa sejarah dalam Islam ini
> sudah cukup dapat
> dijadikan bukti dan pengajaran bahawa sesama ummah,
> janganlah
> berpolitik dan berpolitiking.
> Contoh yang terdekat dalam negara kita sendiri
> ialah kejatuhan
> Melaka ke tangan Pourtugis. Ini adalah kerana akibat
> sesama Melayu
> (Islam) berpolitik dan berpolitiking; menjadikan
> hancuranya kesatuan
> dan ketahanan Melayu yang menjadikan begitu mudah
> Portugis dapat
> menjajah Melaka.
> Begitulah juga berjayanya Inggeris menjajah
> Tanah Melayu, faktor
> utamanya ialah orang Melayu ketika itu; iaitu para
> pemimpinya
> berpolitik dan berpolitiking; masing-masing agaknya
> mengunakan
> polisi dan slogan "Padan dengan muka hang!" kerana
> akibat bermusuh
> hati antara satu sama lain.
> Bagi penulis, Islam tidak membenarkan umatnya
> berpolitik dan
> berpolitiking kerana politik itu telah secara amnya
> diterima bahawa
> ia dikatakan sebagai kotor; di mana politik adalah
> merupakan wadah
> dan wahana yang membolehkan matlamat menghalalkan
> cara yang
> dibenarkan mengikut fahaman sekularisme. Politik
> yang dibenarkan
> dalam Islam ialah hanyalah politik dan politiking
> yang berpaksikkan
> kepada lillahita'ala.
> Ini bukanlah bererti bahawa umat Islam tidak
> boleh berpolitik
> langsung. Ada tempatnya umat Islam wajib berpolitik
> dan
> berpolitiking dengan pihak lain, tetapi bukan
> dengan sesama seagama;
> di mana matlamatnya untuk menjaga kepentingan dan
> maslahat umat
> Melayu (Islam) sendiri. Dengan pihak lain, iaitu
> mereka yang bukan
> Islam, kita adalah wajib berpolitik dan
> berplitiking demi
> kepentingan Islam dan umat Islam, namun itupun
> mestilah juga
> berpaksikan lillahita'ala. Justeru, kita
> dibekalkan oleh al-Quran
> dengan surah Al-Kafirun, iaitu Surah 109.
> Ditubuhilah apa jua majlis sekali pun bagi
> orang Melayu, jika
> pemimpin-pemimpin Melayu sesama orang Melayu
> berpolitik dan
> berpolitiking juga dengan mengenepikan nawaitu
> lillahita'ala, ia
> tidak akan dapat menjamin orang-orang Melayu dari
> terhindar daripada
> berpecah-belah, dan tidak akan dapat menyekat umat
> Islam daripada
> diperkuda dan diperlaga-lagakan oleh iblis dan
> syaitan; terutamanya
> di kalangan pemimpin-pemimpin yang berkefahaman
> sekularisme.
> Adalah lebih baik pemimpin-pemimpin Melayu
> mengamalkan budaya a-
> Fatihah juteru sebagai beragama Islam, surah
> al-Fatihah itu diujarkan
> dalam setiap rakaat, semasa menunaikan solat
> khasnya. Justeru, itulah
> kenapa al-Fatihah dijadikan sebagai salah satu sebab
> diwajibkan
> membacaannya di setiap rakaat ketika melaksanakan
> solat. Oleh yang
> demikian, berbuatlah apa-apa pun, tetapi jangan
> sekali-kali lari
> dari yang telah ditetapkan oleh maksud yang
> terkandung di dalam surah
> al-Fatihah itu. Kita mesti wujudkan budaya
> al-Fatihah dalam
> kehidupan di semua keadaan dan peringkat.
> Memang tidak dinafikan bahawa Islam membenarkan
> umatnya
> berpolitik, tetapi politik yang dibenarkan oleh
> Islam haruslah
> difahami apakah falsafah, tujuan, matlamat dan
> objektifnya. Teras
> dan akar umbinya ialah ia adalah merupakah bidang
> siasah yang
> seharusnya mempunyai konsepnya yang tersendiri dalam
> lingkungan
> weltanschaung tawhidik; dan tidak boleh sama sekali
> terkeluar dari
> landasan dan krangka nawaitu lillahita'ala. Apakah
> dalam Islam tidak
> mempunyai metodologinya yang tersendiri bagi memilih
> pemimpin? Jika
> ada, kenapakah metodologi tersebut diketepikan?
> Oleh itu, adalah tanggungjawab bagi orang-orang
> Melayu di semua
> peringkat mendidik orang-orang Melayu sendiri dan
> generasi muda
> Melayu khasnya supaya apabila memilih pemimpin,
> memastikan orang
> yang hendak dijadikan pemimpin itu adalah
> orang-orang yang jelas dan
> ketara sifat dan personaliti peribadinya adalah
> berpaksikan
> weltanschauung tTwhidik dan wataknya berbudayakan
> surah al-Fatihah.
> Ini adalah bagi memastikan bahawa mereka yang akan
> menjadi pemimpin
> kita bukan dari golongan yang bersahabat dengan
> musuh-musuh utama
> kita, iaitu iblis dan syaitan yang sering
> disebutkan oleh al-Quran
> sebagai musuh utama kita yang nyata. Jangan
> dibiarkan umat Islam
> terus menerus hanya memiliki PENGETAHUAN saja
> mengenai surah al-
> Fatihah, tetapi hendaklah memiliki ILMU yang
> terkandung dalam surah
> al-Fatihah itu
> Langkah pertama yang mesti kita didik diri kita
> sendiri dan anak-
> anak kita serta generasi muda Melyau ialah supaya
> memiliki ILMU yang
> terkandung dalam surah al-Fatihah itu. Setiap ayat
> dalam surah al-
> Fatihah itu diwajibkan memahami dan dapat
> menghayatinya zahir dan
> bathin. Apabila seseorang itu sudah dapat menguasai
> ILMU yang
> terkandung dalam surah al-Fatihah tersebut maka akan
> menjadi mudah ia
> memiliki perisai menentang dan mengenyahkan iblis
> dan syaitan dari
> dalam kehidupannya walau dalam apa bidang sekali pun
> dan di mana jua
> ia berada.
> Generasi muda Melayu, ayuh tubuhkan pergerakan
> dan tindakan,
> melalui pelbagai organisasi (termasuk kawalan
> sosial) yang dapat
> membina Melayu Baru berbudaya al-Fatihah, dan
> laksanakan RUKUN
> PERSAUDARAAN yang mengandungi ENAM perkara itu, dan
> setiap sesuatu
> yang ingin dilakukan pastikan diri bernawaitu
> berpaksikan
> Lillahita'ala. Hanya dengan cara ini saja yang akan
> dapat menyatukan
> umat Melayu, iaitu segala urusan mestilah
> berpaksikan kepada agama
> sebagai addin. Jadikan MALAYSIA sebagai negara
> model yang
> membuadayakan al-Fatihah dalam segala lapangan.
>
______________________________________________________________________
> 30 Jun 2000.
> Oleh: Rampa.
> E-Mail: [EMAIL PROTECTED]
>
>
>
>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
http://personal.mail.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>