############################################################################
"Sampaikan dariku walau pun satu ayat" - (Bukhari dan Tarmizi)
############################################################################
Assalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh. Segala pujian bagi Allah S.W.T.,
selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para
sahabat serta tabiin sekalian.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang
diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat
oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat)hanya dapat
dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah
orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang
yang memerangi hawa nafsunya."

Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan
maksiat itu dengan menggunakan anggota badan nya, bermakna ianya telah
menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap
amanah yang telah diberikan kepada nya.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua
akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu
Umar R.A.

Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.

Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh
segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu
perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24.

"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap
kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki
mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah
Yassin : ayat 65.

1)Menjaga Mata
Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang
bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan
pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

2)Menjaga Telinga
Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang
jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang
yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang
berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang
mengumpat."

3)Menjaga lidah
Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga
terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam
api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakap
dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari
sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan
menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh
tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.

Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir
janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain,
memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang
lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.

4)Menjaga perut
Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU
berlebihan dalam memakan yang halal.

5)Menjaga Kemaluan
Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka,
kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki
(daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat
5-6.

6)Menjaga Dua Tangan
Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai
sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis
sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7)Menjaga Dua Kaki
Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan
menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana
dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita
berpaling daripada orang yang zalim.

Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang
zalim, nanti kamu akan disentuk oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.

Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang
lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak
bersyukur(kufur)terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu
memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati,
sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa
nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk
mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal
atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.

Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf,
disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya
dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahi
Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh..
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
"Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan
sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan
Sunnah Rasulullah S.A.W."  - (Imam Malik)
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 
satu ayat..."

Untuk melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Berhenti melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]

Bina empayar anda di Internet dengan Netmyne!!
http://www.netmyne.com/



Kirim email ke