*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
--- Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>
> wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
>....sambungan....
>
>Muqaddimah
>Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam satu hadith
>baginda, "Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di
>dalam hatinya seberat zarah daripada perasaan
>sombong."�Lalu seorang lelaki bertanya kepada
>Rasulullah s.a.w. tentang bagaimana seorang lelaki
>yang memakai pakaian yang bagus dan kasut yang
>elok.Maka jawab Nabi s.a.w., "Sesungguhnya ALLAH
>TA`ALA itu Tuhan yang bersifat dengan sifat yang
>cantik dan sukakan kepada kecantikan.Yang dikatakan
>sombong itu ialah menolak kebenaran dan memandang
>remeh kepada manusia." ( HR Muslim)
>
>[ Di dalam hadith ini, Nabi s.a.w. dengan tegas
>mengatakan bahwa tidak akan masuk syurga sesiapa yang
>ada di dalam hatinya seberat zarah perasaan
>sombong.Lalu Nabi mendefinasikan sombong itu ialah
>yang menolak kebenaran dan juga memandang remeh kepada
>manusia.Oleh itu, jikalau manusia ada perasaan sombong
>ini dalam hatinya walaupun seberat zarah, maka dia
>tidak akan masuk syurga.Jadi, apabila Nabi s.a.w.
>mengatakan 'tidak masuk syurga', ini bermakna tidak
>ada tempat yang lain yang akan dimasukkan melainkan ke
>neraka ALLAH SWT ( wa nauzubillahi min zalik).
>Daripada hadith ini juga, kita dapati apabila kita
>memakai pakaian yang bersih dan cantik serta kasut
>yang bagus, ia tidaklah ditakrifkan sebagai sombong
>kerana ia adalah bersesuaian dengan kehendak daripada
>ALLAH SWT.Tetapi yang dikatakan sombong itu ialah
>menolak kebenaran dan memandang remeh kepada orang
>lain.
>Kalau dilihat dalam masyarakat kita pada hari ini,
>perasaan sombonglah yang banyak menyebabkan manusia
>terkeluar daripada kelayakkan mendapat rahmat daripada
>ALLAH.Dengan perasaan sombong inilah juga menyebabkan
>manusia mendapat kemurkaan daripada ALLAH SWT.Perasaan
>sombong ini selalunya datang apabila manusia menolak
>kebenaran bilamana ada orang lain cuba
>memperbetulkannya.Contohnya; apabila seseorang itu
>duduk dalam kemungkaran, lalu ada sahabat cuba halang
>dia daripada buat kemungkaran, tapi dia menolak
>teguran dan usaha tersebut, maka layaklah dia bergelar
>manusia yang sombong kerana menolak
>kebenaran.Begitulah juga bila golongan ulama`
>diketepikan, yakni tidak diambil dan dihormati
>pandangan mereka tentang hukum hakam agama.Maka di
>sisi agama, inilah yang dikatakan 'memandang remeh
>kepada manusia'.Walaupun orang lain mengaji dan faham
>ugama lebih tinggi daripada 'dia', tapi tetap 'dia'
>mau pendapat 'dia' saja yang betul.Orang lain punya
>tak betul.Inilah dia perangai yang tidak menghargai
>dan menghormati orang soleh yang berilmu.Oleh kerana
>sifat sombongnya itu, 'dia' sanggup menolak kebenaran
>yang datang daripada ALLAH SWT.Orang-orang seperti
>inilah yang selalu kita lihat mereka lebih rela
>bergelumang dengan maksiat, mereka lebih rela buat
>kezoliman demi kezoliman, mereka lebih rela buat
>penganiayaan demi penganiayaan; semata-mata kerana
>tidak mahunya kepada kebenaran daripada ALLAH SWT.
>Sebab itu, kita tidak hairan jikalau didapati dalam
>masyarakat kita hari ini, ada orang yang tidak suka
>kepada kebenaran, kerana orang ini adalah orang yang
>ada perasaan sombong dalam dirinya.Contohnya; ustaz
>Jailani cerita apa yang berlaku di sebuah masjid dalam
>negeri P.Pinang baru-baru ini.Bilamana golongan
>pemuda-pemuda qaryah masjid berkenaan ingin membuat
>program kuliyyah bagi mengimarahkan masjid tersebut,
>tapi tiba-tiba AJK masjid itu meletakkan syarat
>sebelum membenarkannya.Syaratnya ialah ustaz-ustaz
>yang nak mai mengajar tu mesti mau ada tauliah.Lalu
>apabila pemuda-pemuda tadi mai jumpa ustaz Jailani
>minta nasihat, maka ustaz kata kepada mereka bahwa
>dalam negeri P.Pinang ini sebenarnya masih belum ada
>seorang ustaz pun yang ada tauliah.Ini adalah kerana
>walaupun enakmen pentadbiran itu ada, tapi kaedahnya
>belum lagi siap.Bila kaedah belum lagi siap, maka
>tauliah juga masih belum diberi kepada mana-mana
>pendakwah dalam negeri P.Pinang.Hatta guru takmir pun,
>dia hanya pakai surat guru takmir itu sahaja.Jadi, apa
>yang boleh ustaz Jailani bagitau dekat pemuda-pemuda
>itu ialah kalau AJK masjid berkenaan mau juga ditunjuk
>surat tauliah daripada ustaz-ustaz yang nak mai
>mengajar, maka jawapannya ialah semua ustaz dari
>negeri P.Pinang belum ada lagi tauliah kerana kaedah
>di bawah enakmen negeri P.Pinang ini belum lagi
>siap.Kemudian pemuda-pemuda ini pun bagitau kat AJK
>masjid lagumana ustaz Jailani terangkan kepada mereka,
>tapi AJK masjid tetap mengatakan yang mereka mau yang
>ada tauliah juga�..Ok, takpa.Dengan kehendak ALLAH,
>tiba-tiba mai satu malam, kena pada giliran ustaz
>Zakaria Ahmad (adik kepada mufti P.Pinang) untuk
>meyampaikan kuliyyah Maghrib di masjid
>berkenaan.Tiba-tiba pengerusi masjid itu tidak
>membenarkan ustaz Zakaria daripada menyampaikan
>kuliyyah.Lalu pemuda-pemuda pun bagitau kat pengerusi
>masjid itu bahwa walaupun ustaz Zakaria tak dak
>tauliah dalam P.Pinang, tapi beliau ada tauliah di
>negeri Perak.Tapi tetap pengerusi tu tak benarkan
>walaupun ustaz Zakaria ada tauliah.Inilah yang kita
>nak ceritakan tentang contoh perangai orang yang
>bersifat menolak kebenaran.Pasai apa kita kata lagu
>tu?�Pasai mula-mula tadi, 'depa' bagi alasan, kena ada
>tauliah.Tapi bila kita bawa mai ustaz yang ada
>tauliah, tetap 'depa' tak bagi buat kuliyyah.Inilah
>contoh perangai orang yang beri alasan sekadar alasan
>itu untuk tak mau bagi orang buat kuliyyah dalam
>masjid tersebut.( Awat, hang ingat 'bapak' hang punya
>masjid ka?�Pengerusi apa lagu ni?�Pengerusi lagu ni,
>mau hayun dengan kerusi saja jawabnya. )�Inilah contoh
>perangai manusia yang tidak hormat kepada orang yang
>lebih berilmu daripada dia.Sepatutnya, dia kena
>hormatlah kepada orang yang ada ilmu ugama, yakni
>orang yang belajar ilmu agama berpuluh-puluh tahun,
>sebab ustaz-ustaz inilah yang akan mendidik kita
>kepada hidayah daripada ALLAH SWT.Tapi bila 'dia' ada
>perasaan menolak kebenaran, maka mai la sapa saja,
>hang tok guru ka, hang tok lebai ka, hang ulama` ka;
>'dia' akan tetap memandang remeh kepada
>manusia-manusia yang disebut ini.Maka inilah perasaan
>yang disebut oleh Nabi s.a.w. sebagai 'tidak akan
>masuk syurga, sapa-sapa yang dalam hatinya ada
>perasaan sombong walaupun seberat zarah'.( Ayat ini
>bukan saya yang kata ataupun Pas yang kata, tapi Nabi
>sendiri yang kata.Bukan apa, pasai ada orang kata kita
>pandai-pandai bubuh orang ni masuk syurga, orang ni
>masuk neraka. )
>Sebab itu, kita jangan ada perangai sombong macam ni,
>yakni jangan dok pandang remeh kat orang lain.Kita
>kena hormat kat orang, lebih-lebih lagi kepada
>orang-orang yang soleh dan orang-orang yang
>muttaqin.Sepatutnya kita kena ada perasaan kasih
>kepada orang-orang yang takut kepada ALLAH.Kerana bila
>kita kasih kepada orang yang bertaqwa, Insya`ALLAH,
>kita juga akan menjadi orang yang bertaqwa kepada
>ALLAH SWT.
>Sebab itu, kita yang dalam beragama, mesti jangan ada
>perasaan hippokrasi, yakni berpura-pura dalam
>agama.Yang kita mau ialah apa yang ada dalam hati
>kita, macam tu lah juga amalan kita.Yakni biarlah
>selari antara apa yang ada dalam hati dengan amalan
>seharian kita.Kalau kita kata bahwa kita beriman
>kepada ALLAH dengan tak miss sembahyang 5 waktu sehari
>semalam, tapi bila pi jogging petang-petang, baguih
>punya boh singlet dengan seluaq Hawaii saja; maka
>penampilan dengan pakaian mendedahkan aurat itu
>menunjukkan bahwa kita masih belum lagi benar-benar
>beriman kepada ALLAH.Begitulah juga, kalau nampak saja
>penampilan kita cukup hebat dengan jubah/serbannya,
>tapi tak guna juga kalau dalam hati begitu karat
>dengan fahaman sekularisma.Oleh sebab itu, kita kena
>mengamalkan satu ajaran yang mana dalam hati dengan
>luarannya mau serupa.Dia tidak boleh ada discrepancy
>antara luar dengan dalam.Inilah dia Islam yang diajar
>oleh Nabi s.a.w. kepada kita.
>Sebab itu, Nabi sebut dalam satu hadith baginda yang
>bermaksud, "Tanda orang munafik ada 3.Yang pertama
>ialah bila bercakap, dia suka berbohong.Kedua ialah
>bila dia berjanji, dia memungkiri perjanjian yang
>dibuat.Dan yang ketiga ialah bila diberi amanah, dia
>mengkhianati kepercayaan yang orang bagi kepada
>dia."�Lalu ustaz Jailani ulas tentang tanda-tanda
>munafik itu.
>i) Bila bercakap, dia berbohong.Inilah satu sifat yang
>ada pada orang munafik.Jadi, kita sebagai orang Islam,
>bila nak bercakap, mestilah melambangkan
>kebenaran.Jangan pula kita cakap lain, kita pi buat
>lain.
>ii) Bila berjanji, dia mungkiri.Contohnya; dulu kata
>royalti, tapi sekarang kata ihsan.Dulu kata cash
>payment, tapi sekarang dalam bentuk projek.Dulu bayar
>kepada kerajaan negeri, sekarang bayar kepada
>JKKK/JPP.Lalu ustaz Jailani membahaskan tentang
>masalah royalti ini dari aspek perundangan.
>Dalam undang-undang, dia ada satu doctrine yang
>dinamakan sebagai 'doctrine of astopper'.Yakni ia
>adalah satu doctrine yang menyekat kita daripada buat
>satu benda yang bercanggah dengan benda yang kita buat
>sebelum daripada ini.Contohnya seperti dalam masalah
>royalti ini; sudah 20 tahun kita pegang bahwa itu
>adalah royalti, tapi tiba-tiba sekarang kita nak ubah
>kepada ihsan.Maka 'doctrine of astopper' boleh
>menyekat kita daripada mengubah istilah
>berkenaan.Kalau dulu kita mengikhtiraf bahwa yang
>berhak menerima wang royalti adalah kerajaan negeri,
>tapi tiba-tiba hari ini kita nak tukar bahwa yang
>berhak menerimanya ialah JKKK/JPP, maka 'doctrine of
>astopper' boleh menyekat kita daripada mengubah
>pembayaran wang itu daripada kerajaan negeri kepada
>JKKK/JPP.Dari sini, kita boleh lihat dari segi
>undang-undang sekular (undang-undang yang dibawa dari
>barat kepada kita) sekali pun, jelas menunjukkan bahwa
>kita tidak boleh memungkiri kontrak yang telah kita
>ikat.Lebih-lebih lagilah dengan undang-undang Islam
>yang diturunkan oleh ALLAH SWT, yang melarang sama
>sekali daripada memungkiri perjanjian yang telah kita
>buat.'Bridge of contract' adalah contoh perangai orang
>munafik.Oleh itu, kita tak boleh mengamalkan perkara
>seumpama ini.Ini adalah sebagai peringatan kepada
>semua orang; bahwa jangan buat perjanjian dengan orang
>kalau ada perangai tiba-tiba suatu hari nanti bila
>kita rasa kita tak mau ikut perjanjian, kita main
>langgar ikut suka saja.
>Jadi, kalau tuan-tuan nak kenal orang munafik,
>tuan-tuan boleh kenal melalui 3 ciri ini yang diajar
>oleh Nabi s.a.w. (maaf sebab Ustaz Jailani hanya ulas
>tentang 2 sifat sahaja.).Hadith ini disebut oleh Imam
>Muslim dan juga Imam Bukhari, yang mana dikumpulkan
>hadith ini dalam satu kitab yang dinamakan sebagai
>'Al-Lu` lu` wal-Marjan fil-Mattafaqur alaihi syai-qhon
>Imamul Muhaddithin', yakni satu kitab yang
>mengumpulkan hadith-hadith sahih yang disepakati
>kesahihannya oleh Imam Bukhari/Muslim.Maka dengan
>kerana itu, ia menunjukkan bahwa hadith ini adalah
>hadith yang sangat kuat kesahihannya.
>Sebab itu, kita sebagai orang yang mengaji hendaklah
>mengamal apa yang telah kita mengaji.Jangan setakat
>tahu sahaja itu tanda-tanda munafik, tapi ketiga-tiga
>tanda itu ada dalam hati kita (nauzubillahi min
>zalik).Kalau orang tanya kita; apa dia sifat-sifat
>munafik?�Kita boleh baca satu persatu kat dia, walhal
>ketiga-tiga sifat yang kita cerita kat orang itu,
>kesemuanya ada pada diri kita (minta dijauhi azab
>ALLAH).Jangan sekali-kali kita buat perangai macam ni
>sebab orang munafik adalah pada gambaran zahirnya
>nampak macam orang Islam, tapi realiti dalam hatinya
>ialah dia adalah manusia yang derhaka kepada ALLAH
>SWT.
>
>Kemudian ustaz Jailani cerita lagi satu contoh sifat
>orang yang suka berpura-pura.Dimana satu hari tu ada
>seorang perempuan mai jumpa ustaz di
>pejabatnya.Kebiasaannya yang datang jumpa ustaz
>Jailani ialah yang ada masalah rumahtangga.Sebab boleh
>dikatakan bahwa 70% kes yang ustaz Jailani buat adalah
>kes mahkamah syariah.Jadi, bila perempuan tu masuk
>saja, tiba-tiba mai satu persoalan dalam kepala ustaz
>Jailani, "Kenapa perempuan yang secantik ini dan
>bertudung labuh pula, mai jumpa aku?�Kalau tak cantik
>tu, biasa lah, mungkin suami dah jemu kat dia."�Jadi,
>ustaz rasa pelik macamana perempuan yang elok rupa
>parasnya, dengan pakaiannya pula yang elok, boleh ada
>masalah rumahtangga.
>Lalu perempuan itu pun cerita masalahnya kepada ustaz
>bahwa dia telah ditipu oleh suaminya.Macamana boleh
>dia ditipu suaminya?�Dia diajak kahwin oleh suaminya
>di Padang Besar dengan surat nikah dari Songkla.Lalu
>ustaz Jailani bagitau kat perempuan tu bahwa
>pernikahan seperti itu tidak sah dari segi hukum
>agama.Contoh yang sahnya ialah bila menikah di Perlis,
>maka surat nikah pun mesti dari Perlis juga.
>Kemudian ustaz Jailani tanya lagi, "Macamana boleh
>berjumpa dan berkenan pada suami kamu itu?"�Perempuan
>tu kata, "Dari penampilan saya ni, ustaz boleh agakkan
>macamana peribadi saya."�Dari kata-kata perempuan itu
>, kita boleh agak yang dia ni jenis yang suka kepada
>program agama.Sambungnya lagi, "Jadi, saya suka pada
>suami saya itu sebab penampilannya pun nampak ke arah
>keagamaan."�Maka bolehlah kita gambarkan bahwa
>perwatakan suaminya itu dengan serban/jubahnya serta
>berjanggut macam orang-orang masjid juga la.Tapi
>rupa-rupanya, orang yang dipercayainya itu adalah
>seorang penipu kepada kehidupannya.Dia menjadi isteri
>yang keempat kepada seorang lelaki yang punyai hobi
>nikah kemudian cerai.Yang ni yang kita nak bagitau ni;
>iaitu inilah contoh manusia lelaki yang paling
>terkutuk, sebab dia berpakaian seperti nabi-nabi, tapi
>berakhlak seperti akhlak binatang.Dia seksa isterinya
>itu sehingga menjadi kurus kering.Batin isterinya
>terseksa sehinggakan sembahyangnya pun tak tentu hala
>jadinya.Sebab itu, janganlah kita nak berlakon jadi
>tok guru, jangan nak berlakon jadi orang alim, jangan
>nak berlakon jadi orang yang nak kan Islam; kalau
>perangai kita umpama perangai orang jahat.Inilah
>contoh orang yang munafik sebab zahirnya tak sama
>dengan hatinya.
>
>Kemudian, ustaz Jailani cerita lagi satu contoh
>tentang sifat orang munafik.Di mana satu hari semasa
>beliau berhenti nak sembahyang zohor di Masjid Jalan
>Baru, Perai; lalu ada 2-3 orang sekali dengan beliau
>berjalan masuk ke perkarangan masjid, termasuklah
>seorang wanita yang tidak tutup aurat.Yang kita dok
>ingat, orang perempuan yang tak pakai tudung, nampak
>bentuk dadanya, pakai pula skirt saja ni; memang tak
>mai sembahyang di masjid.Tapi rupa-rupanya dia nak
>sembahyang sebab di tangannya ada telekung.Kira
>Alhamdulillah, baguih la, wanita yang seksi sebegini
>mau juga sembahyang.Selepas selesai sembahyang, bila
>keluar masjid, ustaz Jailani nampak perempuan yang
>seksi tadi dah bertukar fesyen pakaiannya.Dari pakaian
>yang seksi kepada pakaian muslimah yang tutup aurat
>dengan cukup elok.Kata ustaz, "Aeiii, masuk tadi pakai
>punya la seksi, tapi bila keluar baguih punya tutup
>aurat pula.Baru bertaubat pasai dapat hidayah
>sembahyang zohor ka?"�Inilah fenomena yang banyak
>berlaku dalam masyarakat kita.Mereka pi kerja di
>bandar-bandar, bercampur lelaki perempuan, berpakaian
>pula hanya jeans/t-shirt saja; tapi bila nak balik
>raya di kampung, baguih punya tutup litup dok tunggu
>bas ekspress.Inilah contoh-contoh orang-orang yang
>hippokrit, yakni yang berpura-pura dengan agama.Masa
>di kampung, pakaian baju kurung, pakai tudung, jalan
>tunduk; tapi bila keluar daripada kampung menuju ke
>bandar, dia bertukar menjadi seperti jalang dan
>derhaka kepada ALLAH SWT. ]
>
>
>Sambungan kitab 'Qanun Jinayah Syar`iyah'.
>Perkara 18 : Perempuan yang dirogol dan diperkosa.
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
>http://personal.mail.yahoo.com/
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>
==
hamzah md said
_____________________________________________________________
Get email for your site ---> http://www.everyone.net
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: hamzah md said <[EMAIL PROTECTED]>