*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ISU PENARIKAN BALIK DARJAH KEBESARAN KELANTAN
Terlalu murkanya raja Kelantan yang tidak bersekolah itu kepada dua orang Exco Kerajaan
negeri. Gara-gara tidak mengikut kehendak dan telunjuk raja yang bebal dan tamak itu
maka
ditariknya pingat kebesaran yang telah dianugerahkan kepada dua orang Exco Kanan
Kerajaan Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam Kerajaan Tempatan dan
Pembangunan Wilayah Negeri Kelantan saudara Takiyuddin Hassan telah ditarik balik
pingat Darjah Kebesaran Ahli Setia Kelantan (ASK) , dan Darjah Kebesaran Setia
Mahkota Kelantan (SMK) dari Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah
negeri Kelantan saudara Mohamed bin Daud.
Maka bertepuk tanganlah pemimpin UMNO Kelantan kerana telah berjaya menghasut dan
memperbodohkan Sultan yang sememangnya bodoh itu. Memang pemimpin UMNO yang
diketuai oleh Tengku Razaleigh dan SUK Kelantan menghasut untuk merenggang dan
mengeruhkan hubungan istana dengan pentadbiran PAS Kelantan. Mereka berusaha supaya
pentadbiran Kelantan tidak berjalan dengan licin akibat dari renggangnya hubungan
istana
dengan kerajaan negeri. Semua rakyat Kelantan telah cukup maklum akan hal ini. Tindakan
kebudak-budakan Sultan ini bukanlah kali pertama yang dilakukannya, tetapi sebelum ini
pun
pernah juga berlaku. Rakyat Kelantan memang telah lama tahu yang Sultan Kelantan
memang bodoh dan lembab serta senang termakan hasutan, Raja Perempuan pula
berperangai tamak dan suka mengambil kesempatan mencari kekayaan mudah. Mereka
berdua ini sama-sama besar kepala dan pantang dibantah. Mereka sangka rakyat Kelantan
masih di belakang mereka seperti mana semasa istana berkrisis dengan kerajaan UMNO
Kelantan satu ketika dahulu. Rakyat Kelantan tidak buta wahai raja!! Rakyat Kelantan
tidak
bodoh seperti rajanya!. Kini bukannya zaman feudal yang raja boleh buat apa saja!!
Pingat yang dianugerahkan Sultan tidak ada apa nilainya. Bahkan Sultan sendiri pun
tidak ada
apa nilainya di zaman celik IT ini. Tidak ada keperluannya bagi rakyat dan negara
kepada
mereka. Mereka hanya tahu menghabiskan boreh dan kantung kerajaan membayar elaun
aje!. Apakah kerja mereka selain dari menghadiri Majlis Resmi? Menjadi Ketua Agama
Negeri tetapi jangankan membaca khutbah menjadi Imam sembahyang pun mereka tak reti.
Setengahnya pula bergelumang dengan maksiat.
Khabarnya yang menjadikan Sultan ini marah adalah kerana dua orang exco ini membantah
dan menyekat ketamakan Sultan yang mahukan tanah balak di Ulu Kelantan yang dipohon di
bawah "Sultanate Land" maka pingat dua orang exco ini ditarik balik. Syabas Y.B. berdua
kerana mempertahankan hak rakyat. Inilah dia pemimpin yang amanah dan tegas. Pemimpin
beginilah yang kami mahukan. Kebetulan Y.B. Takiyuddin Hassan adalah Wakil Rakyat
DUN tempat saya, jadi tidak sia-sialah saya dan isteri saya memangkah beliau pada
pemilu
dahulu.
Kepada Y.A.B. Tuan Guru, saya rasa dan saya yakin rakyat Kelantan mahukan perubahan
di dalam pentadbiran negeri dengan membuat pindaan terhadap Perlembagaan Negeri
Kelantan. Kuasa dan campur tangan Sultan di dalam pentadbiran perlu disekat sebelum
menjadi parah. Saya yakin rakyat Kelantan akan berada di belakang Kerajaan PAS
Kelantan. Inilah masa yang amat sesuai untuk membuat pindaan itu kerana ketika ini
keahlian
PAS di Dewan Undangan Negeri melebihi 2/3. Sebelum Kerajaan Kelantan ditimpa masalah
yang lebih besar adalah lebih baik dicantas saja tunas yang akan mendatangkan masalah
itu!
Y.A.B. Tuan Guru sedia maklum bukannya sekali ini Sultan mendatangkan masalah, bahkan
sudah banyak kali. Kami rakyat marhaen tahu. Tanah Majlis Agama dijadikan tanah raja.
Bangunan Kota Mutiara yang belum siap disuruh beri kebenaran Billion Supermarket untuk
beroperasi. Kedai orang Melayu di Taman Sekebun Bunga dirobohkan dan didirikan Hotel
Diamond Putri. Bukankah yang buruk di mata rakyat adalah Kerajaan Kelantan? Air
Kelantan Water berkarat dan tidak efisyen juga Kerajaan Kelantan yang menerima kecaman,
sedangkan siapakah sebenarnya yang membawa masuk Mat Saleh British itu dulu?.
Kalau Y.A.B. Tuan Guru boleh bersabar tetapi mungkin rakyat Kelantan tidak boleh
bersabar seperti Tuan Guru kerana bukan semua rakyat Kelantan mempunyai sifat zuhud dan
taqwa sebagaimana Tuan Guru. Raja yang berkelakuan buruk perlu disekat.
Sekian, wassalam.
Kakitangan kerajaan.
26 Jan. 2001
>>>petikan laman Minda Rakyat
_____________________________________________________________
Sila cadangkan e-mail secara percuma sebagai [EMAIL PROTECTED] dari
http://www.mohamadsabu.com kepada rakan-rakan anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: cedik cedong <[EMAIL PROTECTED]>