*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
M'sia negara kecik tapi punya raja paling ramai dalam dunia.... semua nya
tak berguna.Membazir duit kerajaan jer.
Raja negeri ana dan suku sakat dia semua bolih.. kaki betina.. kaki judi..
balak sapu.. duit cina sapu ,... semua sapu licin.. kalu bolih negeri ni pun
dia nak gadai..
>From: cedik cedong <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* ISU DARJAH KEBESARAN KELANTAN
>Date: Mon, 29 Jan 2001 19:53:17 -0800 (PST)
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>ISU PENARIKAN BALIK DARJAH KEBESARAN KELANTAN
>
>Terlalu murkanya raja Kelantan yang tidak bersekolah itu kepada dua orang
>Exco Kerajaan
>negeri. Gara-gara tidak mengikut kehendak dan telunjuk raja yang bebal dan
>tamak itu maka
>ditariknya pingat kebesaran yang telah dianugerahkan kepada dua orang Exco
>Kanan
>Kerajaan Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam Kerajaan
>Tempatan dan
>Pembangunan Wilayah Negeri Kelantan saudara Takiyuddin Hassan telah
>ditarik balik
>pingat Darjah Kebesaran Ahli Setia Kelantan (ASK) , dan Darjah Kebesaran
>Setia
>Mahkota Kelantan (SMK) dari Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan
>Dakwah
>negeri Kelantan saudara Mohamed bin Daud.
>
>Maka bertepuk tanganlah pemimpin UMNO Kelantan kerana telah berjaya
>menghasut dan
>memperbodohkan Sultan yang sememangnya bodoh itu. Memang pemimpin UMNO yang
>diketuai oleh Tengku Razaleigh dan SUK Kelantan menghasut untuk merenggang
>dan
>mengeruhkan hubungan istana dengan pentadbiran PAS Kelantan. Mereka
>berusaha supaya
>pentadbiran Kelantan tidak berjalan dengan licin akibat dari renggangnya
>hubungan istana
>dengan kerajaan negeri. Semua rakyat Kelantan telah cukup maklum akan hal
>ini. Tindakan
>kebudak-budakan Sultan ini bukanlah kali pertama yang dilakukannya, tetapi
>sebelum ini pun
>pernah juga berlaku. Rakyat Kelantan memang telah lama tahu yang Sultan
>Kelantan
>memang bodoh dan lembab serta senang termakan hasutan, Raja Perempuan pula
>berperangai tamak dan suka mengambil kesempatan mencari kekayaan mudah.
>Mereka
>berdua ini sama-sama besar kepala dan pantang dibantah. Mereka sangka
>rakyat Kelantan
>masih di belakang mereka seperti mana semasa istana berkrisis dengan
>kerajaan UMNO
>Kelantan satu ketika dahulu. Rakyat Kelantan tidak buta wahai raja!! Rakyat
>Kelantan tidak
>bodoh seperti rajanya!. Kini bukannya zaman feudal yang raja boleh buat apa
>saja!!
>
>Pingat yang dianugerahkan Sultan tidak ada apa nilainya. Bahkan Sultan
>sendiri pun tidak ada
>apa nilainya di zaman celik IT ini. Tidak ada keperluannya bagi rakyat dan
>negara kepada
>mereka. Mereka hanya tahu menghabiskan boreh dan kantung kerajaan membayar
>elaun
>aje!. Apakah kerja mereka selain dari menghadiri Majlis Resmi? Menjadi
>Ketua Agama
>Negeri tetapi jangankan membaca khutbah menjadi Imam sembahyang pun mereka
>tak reti.
>Setengahnya pula bergelumang dengan maksiat.
>
>Khabarnya yang menjadikan Sultan ini marah adalah kerana dua orang exco ini
>membantah
>dan menyekat ketamakan Sultan yang mahukan tanah balak di Ulu Kelantan yang
>dipohon di
>bawah "Sultanate Land" maka pingat dua orang exco ini ditarik balik. Syabas
>Y.B. berdua
>kerana mempertahankan hak rakyat. Inilah dia pemimpin yang amanah dan
>tegas. Pemimpin
>beginilah yang kami mahukan. Kebetulan Y.B. Takiyuddin Hassan adalah Wakil
>Rakyat
>DUN tempat saya, jadi tidak sia-sialah saya dan isteri saya memangkah
>beliau pada pemilu
>dahulu.
>
>Kepada Y.A.B. Tuan Guru, saya rasa dan saya yakin rakyat Kelantan mahukan
>perubahan
>di dalam pentadbiran negeri dengan membuat pindaan terhadap Perlembagaan
>Negeri
>Kelantan. Kuasa dan campur tangan Sultan di dalam pentadbiran perlu disekat
>sebelum
>menjadi parah. Saya yakin rakyat Kelantan akan berada di belakang Kerajaan
>PAS
>Kelantan. Inilah masa yang amat sesuai untuk membuat pindaan itu kerana
>ketika ini keahlian
>PAS di Dewan Undangan Negeri melebihi 2/3. Sebelum Kerajaan Kelantan
>ditimpa masalah
>yang lebih besar adalah lebih baik dicantas saja tunas yang akan
>mendatangkan masalah itu!
>
>Y.A.B. Tuan Guru sedia maklum bukannya sekali ini Sultan mendatangkan
>masalah, bahkan
>sudah banyak kali. Kami rakyat marhaen tahu. Tanah Majlis Agama dijadikan
>tanah raja.
>Bangunan Kota Mutiara yang belum siap disuruh beri kebenaran Billion
>Supermarket untuk
>beroperasi. Kedai orang Melayu di Taman Sekebun Bunga dirobohkan dan
>didirikan Hotel
>Diamond Putri. Bukankah yang buruk di mata rakyat adalah Kerajaan Kelantan?
> Air
>Kelantan Water berkarat dan tidak efisyen juga Kerajaan Kelantan yang
>menerima kecaman,
>sedangkan siapakah sebenarnya yang membawa masuk Mat Saleh British itu
>dulu?.
>
>Kalau Y.A.B. Tuan Guru boleh bersabar tetapi mungkin rakyat Kelantan tidak
>boleh
>bersabar seperti Tuan Guru kerana bukan semua rakyat Kelantan mempunyai
>sifat zuhud dan
>taqwa sebagaimana Tuan Guru. Raja yang berkelakuan buruk perlu disekat.
>
>Sekian, wassalam.
>
>Kakitangan kerajaan.
>26 Jan. 2001
>
> >>>petikan laman Minda Rakyat
>
>_____________________________________________________________
>Sila cadangkan e-mail secara percuma sebagai [EMAIL PROTECTED] dari
>http://www.mohamadsabu.com kepada rakan-rakan anda
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: cedik cedong <[EMAIL PROTECTED]>
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Harun Al-Rasshid" <[EMAIL PROTECTED]>